Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Elak Stres Selepas Bersalin

Tekanan perasaan atau stres adalah satu masalah yg sering dialami ibu-ibu selepas bersalin. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kepenatan tubuh dan mental, tidak bersedia menangani anak kecil dan sebagainya. Oleh itu, anda harus ada jalan mengatasinya dengan cara efektif agar tidak mengganggu anda ketika berpantang dan menguruskan anak.


1) Makan makanan sihat

Tubuh anda memerlukan nutrisi yg tinggi terutamanya apabila menyusukan bayi. Anda harus bijak mengambil makanan sihat dan seimbang. Selain dapat memenuhi nutrisi yg diperlukan, makanan ini juga akan membantu anda pulih dari sakit ketika melahirkan dengan lebih cepat.

2) Bersenam

Senaman selepas melahirkan anak juga penting. Ia membantu anda menurunkan berat badan yg selalu menjadi penyebab utama anda stres selepas bersalin. Senaman juga dapat membantu menyeimbangkan hormon anda. Namun, tidak digalakkan membuat senaman berat, bimbang luka dari melahirkan belum pulih sepenuhnya.

3) Cukup tidur

Tidur yg cukup adalah kunci mengurus stres setelah melahirkan. Mungkin sukar untuk anda tidur secukupnya terutamanya ketika malam hari. Cara yg terbaik, ketika bayi tidur, ambillah kesempatan untuk tidur sekali.

4) Relaks

Relaks atau bersantai dapat membantu anda dalam mengurangkan stres setelah melahirkan anak. Menghabiskan waktu dengan buah hati adalah salah satu cara untuk bersantai.

5) Berzikir

Zikir dengan menyebut nama Allah adalah cara tepat untuk menenangkan fikiran. Kembali mengingati siapa yg mencipta diri, pasti dapat memberi kepuasan dan ketenangan yg anda inginkan selama ini.

6) Memanjakan diri

Hanya sebilangan kecil wanita yg menyedari betapa pentingnya memanjakan diri selepas melahirkan. Terutamanya apabila sibuk mengurus buah hati yg menjadi fokus utama. Namun, tidak salah apabila sesekali memanjakan diri seperti mengurut atau ke spa untuk mencantikkan diri. Hal ini akan meningkatkan keyakinan diri anda dan seterusnya membantu mengatasi stres.


Dapatkan vitamin Shaklee untuk mengatasi stres anda sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=77d186b29f493dcc23d67842d66e75e4

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!


Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips & Panduan Memberi Makanan Pejal Buat Bayi

Ibu-ibu disarankan beri makanan pejal kepada bayi yang berusia 6 bulan. Ini kerana pada usia 6 bulan, sistem pencernaan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu atau formula.

Memberi makan sebelum usia tersebut dikhuatiri akan menimbulkan risiko anak alergi, gangguan pencernaan, kembung dan sembelit!


Berikut adalah tips dan panduan ketika memberi makanan pejal kepada bayi anda:

1) 4 hari percubaan

Perkenalkan bayi dengan makanan baru dalam tempoh 4 hari. Ia memberi peluang kepada bayi untuk menyesuaikan diri dengan makanan baru. Selain itu, ia membolehkan ibu-ibu memantau reaksi tubuhnya terhadap makanan yg pertama kali dicuba.

2) Beri finger food pada usia yg tepat (6 bulan dan ke atas)

Jika bayi mula mengambil benda menggunakan jarinya, itu bermakna anda sudah boleh memberi bayi finger food. Finger food adalah makanan bersaiz kecil yg mudah diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

3) Buat puri sendiri

Membuat puri sendiri lebih baik kerana bahan yg segar, berkualiti dan lebih menjimatkan! Namun, tidak ada salahnya memberi bayi anda makanan yg dibeli, cuma anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan tersebut. Makanan tersebut perlu dipastikan tidak mempunyai bahan perasa.

4) Perkenalkan sayur dahulu

Sama ada anda mahu memperkenalkan sayur atau buah terlebih dahulu, terpulang pada anda. Jika anda ingin memperkenalkan sayur, dapatkan sayur yg manis dahulu seperti kentang, labu atau lobak. Apabila memberikan makanan baru kepada bayi, anda perlu bersabar kerana bayi memerlukan 15 hingga 20 kali percubaan sebelum menerima makanan tersebut.

5) Awas makanan alergi

Perkenalkan telur, ikan dan mentega kacang ketika usia bayi setahun. Ketiga-tiga makanan ini merupakan pencetus alergi kepada bayi. Namun menurut Akademi Pediatrik Amerika, tidak ada bukti gangguan jika dalam keluarga tidak mempunyai sejarah alergi makanan.

6) Sediakan bubur

Sejak dahulu, bubur beras menjadi pilihan utama makanan pertama bayi. Ini kerana ia tidak berisiko kepada alergi.

7) Tentukan waktu makan

Pada awal kehidupan, bayi menentukan waktu dia harus menyusu. Ini bermanfaat kepada si kecil untuk mengetahui rasa lapar dan kenyang. Namun apabila bayi berusia 6 bulan ke atas, giliran anda yg mengendalikan jadual makannya!

Selamat mencuba!

Dapatkan vitamin buat si manja anda sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=618b8f8031405754a8c4219c1b8c905e

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!


Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Cara Semulajadi Untuk Mencantikkan Bibir Yang Gelap

Anda mempunyai bibir yang gelap?

Bagaimana cara untuk mencantikkan bibir yang gelap?

petua bibir cantik

Jom ikuti tips dan petua ini. Mudah dan yang penting menjimatkan duit!

1. Madu Dan Lemon

Buat campuran madu dan jus lemon dan simpannya di dalam peti sejuk. Sapukan campuran ini ke bibir anda dan biarkan selama satu jam. Bersihkan bibir anda selepas satu jam. Amalkan petua ini selama 2 hingga 3 kali.

Kandungan limau lemon boleh mengurangkan pigmentasi. Nutrien dalam madu menyuburkan kulit dan menjadikannya lebih sihat. Madu juga membantu dalam membuat bibir anda kelihatan lebih merah jambu.

2. Gliserin

Bibir kering adalah salah satu punca bibir gelap. Gliserin boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan di bibir. Sapukan pada bibir anda dan biarkan semalaman.

3. Air

Kekurangan air dan dehidrasi menyebabkan bibir gelap dan kering. Untuk mengelakkannya, minum banyak air untuk menjaga tubuh anda dan dehidrasi.

4. Elakkan Produk Bibir Memudaratkan

Elak dari menggunakan produk bibir murah dan kualiti rendah. Ia boleh merosakkan kecantikan semulajadi bibir anda dan menyebabkan pigmentasi melampau.

Tukar kepada produk bibir berunsurkan herba serta semulajadi.

Jus buah-buahan boleh digunakan untuk mengurangkan pigmentasi bibir anda.

5. Minyak Badam

Penggunaan minyak badam pada bibir anda untuk mengurangkan pigmentasi. Untuk hasil yang terbaik, sapu sebelum tidur.

6. Jus Timun
Jus timun adalah salah satu penawar yang terbaik untuk bibir yg gelap. Ia boleh membantu dalam mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan warna bibir anda.

7. Lemon

Lemon bertindak sebagai agen pemutihan semulajadi. Ia digunakan secara tradisional untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit. Anda juga boleh menggunakannya untuk merawat bibir yg gelap.

Gosok bibir dengan sekeping lemon untuk mengelupaskan bibir anda. Taburkan sedikit gula di atas limau untuk menjadikannya lebih berkesan. Amalkan selama 2 hingga 3 minggu.

Anda juga boleh meletakkan campuran jus lemon, madu dan gliserin (1/2 sudu besar setiap satu) untuk meningkatkan kecantikan bibir. Sapu dan biarkan semalaman. Amalkan tips ini sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.

8. Bunga Mawar

Rendam beberapa kelopak mawar dalam susu segar. Selepas satu jam hancurkan kelopak dan tambah ½ sudu besar madu. Sapukan campuran ini pada bibir anda dan biarkan selama 15 minit. Amalkan dua kali sehari.

9. Minyak Zaitun

Minyak zaitun membantu dalam melembutkan dan melembapkan bibir anda. Ia mengandungi banyak nutrien penting yang boleh membuat bibir anda cantik.

Urut bibir dengan minyak zaitun. Amalkan setiap malam.

Buat scrub bibir dengan mencampurkan gula dengan minyak zaitun. Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lebih lembut.

10. Gula

Gula adalah bahan pengelupasan yang baik. Ia boleh membantu anda dalam menghapuskan sel-sel kulit mati dari bibir.

Buat campuran gula pasir (3 sudu besar) dan mentega (2 sudu besar). Gunakan ini sebagai scrub semulajadi. Amalkan sekali dalam seminggu.

Campurkan gula pasir (1 sudu besar) dengan madu (1 sudu besar) dan minyak badam (1/2 sudu besar). Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lembut. Ulangi ini setiap minggu.

11. Buah Delima

Buah delima boleh membuat bibir anda merah jambu dan lembap. Ia adalah satu ubat yang terbaik bibir gelap. Ia mempunyai banyak nutrien yang membantu dalam mencantikkan bibir.

Hancurkan beberapa biji buah delima dan tambah beberapa titik air dan susu segar. Gosok bibir anda dengan campuran ini selama 2 hingga 3 minit. Bersihkan bibir dengan air suam.

Sapukan campuran jus delima dan jus lobak merah pada bibir anda. Amalkan ini setiap hari sehingga mendapat hasil yang diharapkan.

12. Madu


Madu boleh membuat bibir anda lembap dan merah jambu.

Setiap malam sapu sedikit madu pada bibir anda. Bilas pada waktu pagi dengan menggunakan air suam. Ini pasti boleh mencantikkan warna bibir anda.

Selamat mencuba!

Tips Mengurangkan Tabiat Merokok

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh sebuah universiti, 1,000 orang yang berusia antara 25 tahun dan lebih tua telah ditinjau mengenai tabiat merokok serta pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka.

kandungan rokok

Terdapat korelasi yang jelas antara orang-orang yang makan lebih makanan ini dan hakikat bahawa mereka kurang merokok. Malah, perokok yang mengamalkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk tidak merokok tembakau berbanding individu yang kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bukan sahaja perokok yang makan lebih makanan ini kurang merokok, malah mereka juga lewat untuk mengambil rokok pertama mereka setiap hari.

Mengapa buah-buahan dan sayur-sayuran boleh memadamkan keinginan untuk merokok? Pakar-pakar yang membuat kajian ini mendapati bahawa serat dalam makanan tersebut mewujudkan rasa kenyang yang boleh membatalkan keinginan perokok untuk merokok.

Tambahan pula, buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan rasa tembakau, membuatkan perokok kurang cenderung untuk merokok, terutamanya apabila menikmati epal atau lobak merah.

Ahli psikologi di Universiti Duke, Joseph McClernon menyimpulkan bahawa buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu membuat rokok rasa kurang enak, manakala makanan lain seperti kopi dan daging meningkatkan rasa untuk merokok.

Selain itu, makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membantu menyembuhkan badan perokok yang rosak. Merokok memusnahkan vitamin C dan vitamin B di dalam badan. Kiwi, oren, pisang dan sayur-sayuran hijau adalah penting untuk membantu memulihkan kesihatan kepada badan perokok.

bahaya merokok


Tercari-cari alternatif untuk berhenti merokok? Vivix Shaklee mungkin boleh membantu.

vitamin shaklee untuk perokok

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Buah Epal

Buah epal dikenali sebagai buah yang mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Bukan cuma berguna untuk kesihatan dan perubatan, buah epal juga bermanfaat untuk kecantikan terutama kulit wajah. Buah epal yang kaya akan vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah epal ini boleh membantu memperbaiki kulit yang rosak.

Masker buah epal mampu membantu proses regenerasi kulit serta membersihkan liang pori. Kulit buah epal juga dapat menjaga kadar pH kulit agar tetap seimbang.


buah epal untuk kulit cantik

Berikut ini merupakan beberapa manfaat masker buah epal untuk merawat kecantikan wajah:

1. Menghilangkan jerawat

Jerawat adalah musuh utama bagi kulit berminyak dan jenis kulit-kulit lain. Untuk mengatasinya, anda perlu pati epal sebagai toner wajah. Biarkan beberapa minit dan terus bilas dengan air bersih.

2. Menghilangkan kedutan di wajah

Kedutan di wajah adalah petanda bahawa kulit sudah mulai menua. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana resipi masker epal berikut ini akan membantu anda menghilangkan kedutan.

Caranya, haluskan buah epal dengan cara diblender lalu campurkan dengan putih telur hingga keduanya menyatu. Sapukan adunan tersebut ke wajah secara rata. Biarkan selama 30 minit hingga kering dengan sendirinya, lalu bilas dengan air bersih.

3. Menghilangkan parut-parut hitam

Selain jerawat, parut-parut hitam di wajah merupakan masalah yang kerapkali melanda. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana masker buah epal boleh membantu anda menghilangkannya. Hancurkan buah epal bersama dengan kulitnya lalu disapukan ke seluruh wajah. Lakukan secara rutin sebanyak 2-3 kali seminggu dan lihat hasilnya!

4. Mencerahkan kulit


Masker buah epal juga boleh mengatasi kulit kusam sehingga menjadi cerah kembali. Campurkan parutan epal dengan air limau nipis. Ambil menggunakan kapas kemudian sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

5 . Membersihkan liang-liang kulit

Liang kulit yang tersumbat dan bercampur dengan minyak serta bakteria boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat. Membersihkan liang sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Caranya, haluskan epal dengan cara diblender, lalu tambahkan 1 sudu makan gula ke dalamnya, adun rata. Sapukan ramuan tersebut pada wajah sambil diurut secara lembut.

6. Menghilangkan mata panda

Lingkaran hitam di sekitar mata atau yang sering disebut mata panda adalah kesan dari kurang tidur. Untuk menghilangkannya, anda boleh menutupi sekitar mata dengan potongan buah epal untuk beberapa minit. Cara ini dapat membantu menghilangkan kawasan yang menghitam!


Ingin mencuba produk kecantikan Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain

Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

5 Cara Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Setiap pasangan suami isteri pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Namun, ada segelintir yg menghadapi masalah kesuburan sehingga sukar untuk merealisasikan impian untuk memiliki cahaya mata. Di sini dititipkan sedikit tips dan cara untuk mempertingkatkan kesuburan bagi suami dan isteri.



1. Turunkan berat badan

Anda atau suami yg mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil.

2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yg mudah seperti joging, berenang dan lain-lain.

3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman berkafein perlu dikurangkan kerana kafein yg banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.

4. Ambil makanan kaya mineral

Makanlah banyak tiram, udang, ayam dan daging tidak berlemak, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elakkan makanan diproses

Makanan yg diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yg berisiko mengganggu tahap kesuburan.

Sebagai ikhtiar, anda suami isteri juga boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee ini.



P.S Ingin mencuba Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Cara Mencegah & Menghilangkan Stretch Mark Di Perut

Pertambahan berat badan yg cepat ketika hamil akan membuatkan kulit hilang keanjalannya. Ini akan mengakibatkan munculnya kesan rekahan atau stretch mark di perut bakal-bakal ibu. Yang lebih serius lagi, kesan stretch mark ini selalunya kekal sehingga selepas bersalin!

Stretch mark biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu!

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Tetapi sekiranya stretch mark telah menyerang dan hadir di perut, anda boleh cuba suplemen ESP Shaklee. Sangat membantu untuk menghilangkan kesan-kesan stretch mark ini.


ESP Shaklee merupakan protein soya yg sangat penting untuk pembentukan sel-sel kulit baru yg lebih sihat. Sel-sel kulit yg baru dan sihat ini akan mengantikan sel-sel kulit yg telah rosak. Hasilnya, kulit yang merekah akibat stretch mark akan mulai pudar dan hilang!


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Berat Badan Naik Mendadak? Cuba Tips Ini.

Berat badan yg mendadak naik terutamanya selepas berumahtangga dan bersalin adalah fenomena biasa yg sering kita dengar. Di sini dititipkan sedikit tips sihat untuk anda.

- Pemakanan seimbang: Pastikan anda memilih makanan yg merangkumi karbohidrat, protein dan kandungan serat yg tinggi.

- Kuantiti sederhana: Makan kerap dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik berbanding makan terlalu banyak untuk satu2 masa.

- Variasikan jenis makanan anda: Sekiranya anda terlalu bergantung kepada sesuatu jenis makanan sahaja, akan menyebabkan kemungkinan terdapat zat dan nutrien yg tidak mencukupi untuk tubuh. Kenalpasti jenis makanan sihat dan pelbagaikan cara masakan yg sesuai dan sihat.

- Kurangkan gula, garam, minyak dan lemak dalam setiap hidangan anda sama ada ketika anda masak di rumah atau menikmati hidangan di luar.

- Banyakkan minum air kosong bagi membantu hidrasi tubuh dengan baik.

- Maksimumkan pergerakan dan aktiviti fizikal anda ketika di tempat kerja.

- Lakukan sukan atau senaman yg digemari supaya anda rasa seronok untuk bergerak sihat.

- Mulakan 10,000 langkah sehari dalam kehidupan seharian bagi kekal aktif.


Bagi yg mahu berikhtiar dengan suplemen, anda boleh cuba produk Shaklee ini.

set kurus shaklee

Lecithin - Membantu membakar lemak (boleh membantu dalam mengawal tekanan  darah, gula dan kolestrol). Ia menyebabkan lemak terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

Cinch Shake - Meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering


Bagi ibu-ibu yg bersalin secara normal, kemungkinan besar anda akan mempunyai luka episiotomi. Untuk memastikan luka anda cepat sembuh dan kering, cuba amalkan tip-tip ini:


Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering

1) Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2) Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3) Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4) Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5) Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6) Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7) Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8) Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Alfalfa Complex dan Ostematrix.

9) Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10) Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

cara senaman kegel

11) Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12) Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

13) Amalkan makan ikan haruan (kaya dgn Zinc) atau Zinc Complex Shaklee setiap hari untuk mempercepatkan luka kering dan sembuh.


Dapatkan Zinc Complex Shaklee sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=de3a1d8c27100134e970acb749429fca
 
Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Petua Menaikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Bagi bakal-bakal pengantin, pastinya menaikkan seri wajah amat dikehendaki agar wajah kelihatan berseri menjelang hari bahagia. Sekiranya mahu menyerlahkan seri wajah dengan mudah, murah dan selamat, jom ikuti petua-petua ini.

tips naikkan seri wajah pengantin

1) Amalkan Daun Lemuni

Ambil beberapa helai daun lemuni. Sesetengah orang memanggilnya daun lengundi. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yg memberangsangkan.

2) Gunakan Air Kelapa

Air kelapa memang banyak manfaatnya. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Jangan fikir air ini untuk diminum. Sebaliknya gunakan ia untuk mencuci muka. Sapukan air ini dengan rata ke seluruh wajah. Kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yg sama memudarkan sebarang parut yg ada.

3) Minum Air Sebelum Mandi

Untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minumlah segelas air kosong (suam) sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah kelihatan lebih segar dan berseri.

4) Urutan Wajah

Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan basahkan dengan air. Rautkan pada wajah bermula dari dagu ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini juga dipercayai membantu mengelakkan  kulit wajah cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai amalan tambahan, sentiasalah amalkan bacaan Al-Qur'an dan wirid.


Sekiranya anda ikuti langkah-langkah di atas, ditambah pula pengambilan suplemen Shaklee Collagen Powder, pasti anda akan mendapat hasil yg mengagumkan!

testimonial shaklee collagen powder

testimonial shaklee collagen powder 2

testimonial shaklee collagen powder 3

testimonial shaklee collagen powder 4

testimonial shaklee collagen powder 5

Selamat mencuba!

Dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=baa905e9af0bf1f9ad514661288b8da7

Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Cara Mudah Menghilangkan Eyebag Terbongkar!

Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi?

Menurut kajian, masalah ini terjadi bila anda tak mendapat tidur yg cukup dan berkualiti. Bila keadaan ini berterusan, wajah akan menjadi pucat dan muncullah eyebag. So, pastikan lepas ni anda cukup rehat dan tidur ye!

cara hilangkan eye bag

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

1) Uncang Teh

Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) Timun

Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3) Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Susu

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) Putih Telur

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6) Air kosong

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.


Sekiranya semua cara di atas kurang berkesan, SCP boleh membantu anda seperti pengguna di bawah. Bukan saja eyebag semakin berkurangan, kulit wajah pun semakin anjal dan awet muda!


Dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=baa905e9af0bf1f9ad514661288b8da7

Untuk info lanjut hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

Kelahiran bayi terutamanya bayi sulung semestinya sangat dinanti oleh pasangan suami isteri. Dalam Islam sendiri ada amalan yg disunatkan untuk diikuti bagi menyambut kelahiran bayi. Bagi yg belum tahu, antara amalan-amalan tersebut adalah:

set bersalin shaklee


1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Selamat beramal!

Petua Merawat Kuku Yang Rosak dan Rapuh

Anda mempunyai kuku yg rosak dan rapuh? Mari amalkan petua ini untuk merawat kuku tersebut. Agar kuku anda akan jadi sihat bersinar serta kuat!

petua rawat kuku rosak

1. Belimbing buluh

Ia berkesan membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yg hendak dibersihkan. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih.

2. Minum air putih secukupnya

Pengambilan air putih yg cukup, melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku.

3. Amalkan kalsium

Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium yg terbaik adalah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. Selain itu, sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga bagus. Anda juga boleh mengambil suplemen semulajadi Shaklee Ostematrix yg kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D!

Shaklee Ostematrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

4. Daun lidah buaya

Bukan saja bagus untuk merawat rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. Anda perlu membersihkan daun ini dan sapu secara rata pada kuku. Lakukan secara kerap, kuku akan kelihatan cantik dan kuat.

5. Getah betik

Sesekali mengupas betik muda, ambil getahnya dan sapu pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.

6. Lemon

Lemon bagus untuk mengurangkan warna kuku yg kekuningan. Perahkan jus lemon, campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Sapu campuran yg diadun rata ini pada kuku. Biar hingga kering. Setelah itu, basuh kuku dengan air suam. Lakukan secara teratur untuk dapatkan kuku yg normal.

7. Bawang putih

Ia mengandungi zat yg sangat berguna untuk kuatkan kuku. Caranya, anda perlu memarut bawang putih hingga halus. Kemudian sapu pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan kuku. Jadikan ini rutin untuk kuku yg kuat dan tidak rapuh. Boleh juga amalkan Garlic Shaklee ini!

garlic shaklee
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

8. Campuran madu, telur dan minyak zaitun

Dapat melembap dan melembutkan kuku. Campurkan 2 sudu madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Tutup api. Kocakkan telur dan campur dengan adunan tadi. Sapu rata pada kuku dan tunggu 10-15 minit. Bersihkan kuku.

Selamat mencuba!

Dapatkan Ostematrix dan Garlic sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0c6de67934d4131901b964842dddfbf6

Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Penyebab Asma dan Cara Mengatasinya Secara Semulajadi

Apakah penyakit asma? Cara merawatnya bagaimana pula? Saya akan kupas satu persatu di entri kali ini. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda. Antara tanda-tanda awal anda menghidap asma adalah berdehit, sesak dada, sukar bernafas dan batuk. Ia kerap melanda pada waktu malam dan awal pagi.

penyakit asma

Penyakit asma melibatkan saluran udara yang membawa masuk dan keluar udara di paru-paru. Dinding dalam saluran pernafasan akan menjadi bengkak atau radang, seterusnya amat sensitif kepada gatal dan cenderung untuk tindakbalas alahan. Radang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan kurang udara boleh melaluinya.

Apakah pencetus atau faktor-faktor asma?

1. Bayi dan kanak-kanak berisiko

Paling biasa di kalangan kanak-kanak - terutamanya yang mempunyai berat lahir yang rendah, terdedah kepada asap rokok, dilahirkan secara Caesarean. Faktor risiko tambahan untuk kanak-kanak termasuk mempunyai alahan, ekzema atau ibu bapa dengan asma.

2. Alahan

Hampir semua penghidap asma mempunyai alahan. Reaksi alahan yang dicetuskan oleh antibodi dalam darah sering membawa kepada radang saluran udara yang dikaitkan dengan asma.

3. Asap rokok

Kanak-kanak daripada ibu-ibu yang merokok dan orang yang terdedah kepada asap rokok, mempunyai risiko yang lebih tinggi meghidap asma.

3. Alam sekitar

Pencemaran, sulfur dioksida, nitrogen oksida, ozon, suhu sejuk, dan kelembapan yang tinggi, dapat mencetuskan asma.

4. Obesiti

Orang dewasa dengan obesiti (BMI 30 atau lebih) mempunyai dua kali risiko asma.

5. Tekanan

Orang yang tertekan mempunyai kadar asma yang lebih tinggi.

Cara merawatnya pula bagaimana?

Kenali punca kenapa asma menyerang anda. Barulah senang untuk merawatnya. Jauhi faktor-faktor cetusan asma. Asma adalah penyakit yang berubah-ubah, banyak faktor boleh mencetuskan serangan, oleh itu awasi punca serangan anda. Adakah ia asap rokok, habuk, pencemaran atau sesetengah jenis makanan?

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Antara suplemen semulajadi Shaklee yg boleh membantu anda adalah Omega Guard Shaklee (minyak ikan).

omega guard shaklee asma

Apa kata pengguna?



Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Semulajadi

Kali ni nak kongsi sikit rahsia untuk buatkan kulit cantik berseri. Guna masker! Boleh buat sendiri je masker ni. Lagi fresh dan berkesan kot. Tak payah la korang nak beli kat kedai kan. Antara masker yg sangat-sangat bagus untuk kulit korang adalah masker putih telur, masker tomato dan masker timun.

kulit cantik shaklee

Cara-cara nak buat masker ni senang dan simple je.

Masker Putih Telur

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Selain itu, masker ini dapat mencerah dan menegangkan kulit wajah.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocak hingga berbuih.
3. Pastikan buihnya pekat dan padat.
4.  Campur sedikit Vitamin E.
5. Sapu masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yg memberangsangkan.

Cara penyediaan:

1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil 1 sudu besar ESP dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
5. Biarkan selama 15-20 minit. Cuci seperti biasa.

Masker Timun

Timun berkhasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yg ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk segarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yg terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara penyediaan:

1. Kupas timun, belah menjadi 2 bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campurkan dengan 1 cawan oat di dalam mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati. Timun pula melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.
3. Tambah 1 sudu ESP ke dalam campuran tadi. ESP bagus untuk menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.

Selamat mencuba!

Cara Mengatasi Masalah Mudah Lupa

Masalah mudah lupa dah jadi semakin biasa di dunia sibuk masakini. Tak kira usia tua atau muda, ia menyerang. Kadang-kadang penat perah otak dan minda. Tapi tak ingat-ingat juga. Selalu tak berhadapan situasi macam ni? Macam mana nak atasi masalah mudah lupa?

masalah mudah lupa

1. Teknik visualisasi

Bayangkan sebiji mangga. Dalam minda mesti anda tergambar buah yg kekuningan lebih daripada perkataan m-a-n-g-g-a itu sendiri kan? Sebenarnya kita akan lebih mengingati sesuatu secara teknik visualisai.

2. Susun pemikiran anda

Bahagikan info yg ingin anda ingat kepada bahagian-bahagian kecil agar mudah mengingatinya.

3. Perbesarkan

Hubungkan benda yg ingin anda ingat dengan konsep yg kelakar, tak masuk akal dan diperbesarkan.

4. Latihan

Latih mengingati sesuatu benda ketika waktu lapang untuk menajamkan memori dan ingatan anda.

5. Elakkan info overload

Ingati sedikit demi sedikit pada sesuatu masa. Memasukkan info yg terlalu banyak pada satu-satu masa akan mendatangkan kerisauan dan kecelaruan yg akan menyebabkan anda mudah lupa.

6. Elakkan percakapan negatif

Ubah cara anda bercakap dengan diri. Beritahu diri anda boleh lakukan dan anda sedang meningkat hari demi hari. Jangan mengatakan sesuatu yg negatif kepada diri seperti anda tak boleh lakukan dan semua ni sia-sia sahaja!

7. Tingkatkan kreativiti

Galakkan penggunaan otak kanan dan kiri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yg berbeza setiap hari. Contohnya seperti menggunakan jalan berbeza untuk ke tempat kerja atau memulakan hobi yg baru.

8. Bina senarai aktiviti anda

Senarai ini akan membuatkan anda teratur dan meningkatkan pengurusan masa anda. Ia juga akan membantu anda untuk mengingati apa yg utama dan menguruskan hidup anda dengan lebih baik!

9. Makanan otak

Dapatkan nutrisi yg mencukupi dan bagus untuk otak anda seperti telur, keju, kacang, minyak ikan, buah-buahan sitrus dan daging yg kaya dengan magnesium, vitamin B, vitamin C, DHA dan EPA.

Omega Guard adalah minyak ikan semulajadi keluaran Shaklee yang sangat bagus untuk meningkatkan memori dan kesihatan otak anda.

makanan untuk otak


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA yang sangat bagus untuk otak.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.




Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

10 Mitos Diet Yang Salah, Sila Jangan Ikut!

Mitos diet, nak percaya takut tersalah, kalo tak percaya mungkin ada yang betulnya. Macam mana nak buat tu? Walaupun ada sesetengah mitos diet memang boleh dipercayai, tapi semua tu tak semestinya betul dan diuji kebenarannya. Bagi sesiapa yg nak berdiet tu, jangan senang-senang je nak percaya tau. Siasat dulu sahih ke tak mitos-mitos diet tu. Kalau tak, penat-penat je korang ikut.

diet shaklee

Jom baca antara mitos-mitos diet yang popular dan fakta di sebalik mitos tersebut. Antaranya:

1. Sayur-sayuran jadikan berat badan berkurangan

Fakta: Jika anda mengambil secara berlebihan, diet vegetarian juga boleh menggemukkan tau! Malah anda mungkin kehilangan nutrisi-nutrisi penting, vitamin dan protein. Makanan seperti biskut vegetarian, kerepek kentang, boleh buatkan badan anda cepat naik.

Oleh itu, cuba dapatkan 10-20% kalori dari protein. Gantikan protein haiwan dengan kacang dan bijian. Namun menurut pakar, sayuran hijau dan berdaun baik untuk kesihatan dan lilitan pinggang anda.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat boleh turunkan berat badan

Fakta: Badan memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga dan kaya dengan vitamin, nutrisi dan serat. Mengurangkan karbohidrat, ia bukan sahaja mengurangkan sumber vitamin dan serat, tetapi juga mengurangkan kapasiti badan untuk stimulasi pengeluaran hormon serotonin yg membuatkan anda berasa bahagia.

3. Minuman diet membantu mengurangkan kalori dengan cepat

Fakta: Pemanis tiruan boleh meningkatkan nafsu makan dan menginginkan gula dengan lebih banyak lagi. Menurut kajian, 70% yg mengambil soda diet lebih dari 2 gelas sehari, mempunyai lilitan pinggang yg lebih besar berbanding yg tidak meminumnya.

4. Diet tinggi protein adalah cara terbaik kurangkan lemak

Fakta: Protein adalah nutrisi yg penting untuk kurangkan berat badan. Tetapi jika anda tidak mengambil nutrisi lain seperti karbohidrat, badan anda boleh kehilangan serat, vitamin dan mineral yg terdapat dalam karbohidrat.

Oleh itu, lebih baik anda berdiet dengan pengambilan protein, karbohidrat dan lemak yg seimbang.

5. Tidak makan sebelum senaman, lemak terbakar lebih banyak

Fakta: Jika anda bersenam dengan perut kosong, tentu sahaja lemak akan terbakar dengan lebih banyak. Namun anda akan cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan selepas bersenam.

Kajian mendapati kelompok yg makan sebelum melakukan aktiviti berbasikal, lebih banyak membakar lemak dan mampu berbasikal dengan lebih intensif.

6. Senaman mengambil masa yg lama

Fakta: Untuk mendapatkan berat badan yg ideal, anda disaran melakukan senaman antara 20-40 minit sehari. Namun jika anda tidak dapat melakukan dalam 1 masa, anda boleh bahagikan kepada 10 minit setiap sesi. Contohnya berlari 10 minit ketika waktu pagi, 10 minit untuk naik turun tangga, berjalan cepat selama 10 minit ketika petang, 10 minit 'skipping' pada waktu malam.

7. Makan pada waktu malam boleh menggemukkan

Fakta: Kalori tetap kalori. Tidak kiralah pada waktu pagi, petang atau malam. Tetapi seeloknya elakkan makan pada waktu malam iaitu sebelum jam 8 malam untuk anda yg ingin menurunkan berat badan.

8. Makanan rendah lemak membantu menurunkan berat badan

Fakta: Bijirin, yogurt dan snek rendah lemak sering menjadi pilihan bagi yg ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya makanan ini mengandungi lebih banyak kalori terutamanya makanan manis dan rendah lemak. Mungkin lebih baik anda mengambil makanan yg rendah gula.

9. Badan memerlukan 8 gelas air sehari

Fakta: Kajian mendapati dengan minum air yg banyak, ia akan membuat kulit lebih bersih, membantu turunkan berat badan dan membantu tubuh untuk detoks.

Untuk mengetahui jumlah air yg cukup dalam badan adalah dengan memeriksa warna urin. Jika urin berwarna kuning pucat, itu tandanya anda minum cukup air!

10. Telur meningkatkan kolestrol

Fakta: Ada kajian mendapati, seorang yg berdiet dan mengambil 2 biji telur setiap hari selama 12 minggu, tidak langsung menunjukkan peningkatan pada kadar kolestrol. Ini kerana telur mengandungi 75 kalori, vitamin D, vitamin B12 dan lain-lain nutrisi.

Nak percaya ke tak? Terserah kepada empunya diri. Yang penting, ketika berdiet kenala pandai atur pemakanan yg sihat, jangan ikut nafsu je. Lagi satu, jangan lupa bersenam jugak!


Kepada yg inginkan bantuan supplement, mungkin produk semulajadi Shaklee ni boleh bantu anda:

1. Protein - Cinch Shake Mix (ada perasa Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla)

2. Detoks - Herblax

3. Pemecah lemak - Lecithin

set diet shaklee

1. Kenapa perlu protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detox.

Herb-Lax berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Tips Penjagaan Rambut Mudah dan Murah

Rambut ibarat mahkota bagi wanita. Tak kisahla yg bertudung atau tak, penjagaan rambut jangan dianggap remeh ye! Bagi yg berkemampuan, mungkin tak jadi masalah untuk anda jaga rambut anda. Hanya pergi ke pusat2 penjagaan rambut, salon dan sebagainya, setel la masalah anda kan. Tapi macam mana pula bagi yg kurang berkemampuan?

Haa.. Kat sini saya nak kongsi sikit tips yg mudah dan murah untuk anda yg tak berkemampuan untuk keluarkan duit yg banyak semata-mata untuk rambut. Boleh buat dan amalkan kat rumah je!

rambut sihat shaklee

Tips-tips untuk pastikan rambut sihat, cantik dan berkilau adalah:

1. Amalkan gaya hidup yg sihat

Kepada perokok, hentikan tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit jadi kering. Kulit kering jika tidak dirawat akan menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yg terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut.

2. Lakukan olahraga

Olahraga juga berkait rapat dengan kecantikan rambut. Amalkan olahraga secara teratur, makan makanan dengan gizi seimbang dan gunakan teknik istirehat untuk meredakan stress. Cara ini dapat memelihara kesihatan badan dan minda yg juga menyumbang kepada kesihatan rambut.

3. Gunakan pengering rambut dengan pelarasan yg sederhana

Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yg sederhana dan elakkan daripada menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat. Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yg basah dengan tuala terlebih dahulu.

4. Tidur dengan nyenyak setiap malam

Tidur yg nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi kusam.

Kalo sesiapa yg ada masalah insomnia tu, boleh amalkan makan Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) ye!

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

insomnia shaklee
Ni rupa Ostematrix tu!


5. Awasi produk penjagaan rambut

Jika anda menggunakan produk penjagaan rambut, pastikan ia tidak mengandungi kandungan alkohol yg tinggi. Juga elakkan menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yg boleh mengakibatkan rambut rosak.

Kalo rambut anda sedang rosak dan gugur dengan banyak, saya cadangkan anda gunakan syampu dari Shaklee ni, Revitalizing Shampoo. Sebab ia diperbuat daripada sumber2 semulajadi dan selamat untuk badan kita.

rambut gugur shaklee


Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


6. Elakkan klorin, pakai pelindung kepala

Sekiranya ingin berenang di kolam renang, pastikan andah basahkan dulu dengan air biasa dan pakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam, anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana air kolam renang mempunyai kandungan klorin yg tinggi dan ianya tak bagus untuk rambut anda.

7. Gunakan sikat rambut yg bersih

Seeloknya bersihkan sikat anda dengan air sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yg diperbuat daripada kayu kerana sikat jenis ni boleh elakkan rambut dari mudah putus.

8. Elak sikat rambut ketika yg basah

Yang ni memang biasa kita buat kan. Seeloknya elakkan dari menyikat rambut ketika masih basah kerana ia akan menyebabkan rambut tak kuat dan senang putus.

Ok. Ni je tips-tips tu. Senang je kan nak amalkan kat rumah. Insyaallah, jika buat secara berterusan, rambut akan sihat, kuat dan cantik macam buat rawatan kat salon! :)


Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved