Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Semulajadi

Kali ni nak kongsi sikit rahsia untuk buatkan kulit cantik berseri. Guna masker! Boleh buat sendiri je masker ni. Lagi fresh dan berkesan kot. Tak payah la korang nak beli kat kedai kan. Antara masker yg sangat-sangat bagus untuk kulit korang adalah masker putih telur, masker tomato dan masker timun.

kulit cantik shaklee

Cara-cara nak buat masker ni senang dan simple je.

Masker Putih Telur

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Selain itu, masker ini dapat mencerah dan menegangkan kulit wajah.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocak hingga berbuih.
3. Pastikan buihnya pekat dan padat.
4.  Campur sedikit Vitamin E.
5. Sapu masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yg memberangsangkan.

Cara penyediaan:

1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil 1 sudu besar ESP dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
5. Biarkan selama 15-20 minit. Cuci seperti biasa.

Masker Timun

Timun berkhasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yg ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk segarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yg terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara penyediaan:

1. Kupas timun, belah menjadi 2 bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campurkan dengan 1 cawan oat di dalam mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati. Timun pula melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.
3. Tambah 1 sudu ESP ke dalam campuran tadi. ESP bagus untuk menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.

Selamat mencuba!

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved