Tips & Panduan Memberi Makanan Pejal Buat Bayi

Ibu-ibu disarankan beri makanan pejal kepada bayi yang berusia 6 bulan. Ini kerana pada usia 6 bulan, sistem pencernaan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu atau formula.

Memberi makan sebelum usia tersebut dikhuatiri akan menimbulkan risiko anak alergi, gangguan pencernaan, kembung dan sembelit!


Berikut adalah tips dan panduan ketika memberi makanan pejal kepada bayi anda:

1) 4 hari percubaan

Perkenalkan bayi dengan makanan baru dalam tempoh 4 hari. Ia memberi peluang kepada bayi untuk menyesuaikan diri dengan makanan baru. Selain itu, ia membolehkan ibu-ibu memantau reaksi tubuhnya terhadap makanan yg pertama kali dicuba.

2) Beri finger food pada usia yg tepat (6 bulan dan ke atas)

Jika bayi mula mengambil benda menggunakan jarinya, itu bermakna anda sudah boleh memberi bayi finger food. Finger food adalah makanan bersaiz kecil yg mudah diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

3) Buat puri sendiri

Membuat puri sendiri lebih baik kerana bahan yg segar, berkualiti dan lebih menjimatkan! Namun, tidak ada salahnya memberi bayi anda makanan yg dibeli, cuma anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan tersebut. Makanan tersebut perlu dipastikan tidak mempunyai bahan perasa.

4) Perkenalkan sayur dahulu

Sama ada anda mahu memperkenalkan sayur atau buah terlebih dahulu, terpulang pada anda. Jika anda ingin memperkenalkan sayur, dapatkan sayur yg manis dahulu seperti kentang, labu atau lobak. Apabila memberikan makanan baru kepada bayi, anda perlu bersabar kerana bayi memerlukan 15 hingga 20 kali percubaan sebelum menerima makanan tersebut.

5) Awas makanan alergi

Perkenalkan telur, ikan dan mentega kacang ketika usia bayi setahun. Ketiga-tiga makanan ini merupakan pencetus alergi kepada bayi. Namun menurut Akademi Pediatrik Amerika, tidak ada bukti gangguan jika dalam keluarga tidak mempunyai sejarah alergi makanan.

6) Sediakan bubur

Sejak dahulu, bubur beras menjadi pilihan utama makanan pertama bayi. Ini kerana ia tidak berisiko kepada alergi.

7) Tentukan waktu makan

Pada awal kehidupan, bayi menentukan waktu dia harus menyusu. Ini bermanfaat kepada si kecil untuk mengetahui rasa lapar dan kenyang. Namun apabila bayi berusia 6 bulan ke atas, giliran anda yg mengendalikan jadual makannya!

Selamat mencuba!

Dapatkan vitamin buat si manja anda sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=618b8f8031405754a8c4219c1b8c905e

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!


Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Ranking: 5
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved