Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau

Kehamilan akan menyebabkan pelbagai perubahan kepada badan ibu hamil tersebut. Namun begitu terdapat beberapa tanda-tanda kehamilan yg membahayakan ibu hamil dan anak yg dikandungnya.


Antara tanda-tanda hamil yg perlu anda risau adalah:

Tanda Amaran Serius 1: Pendarahan dan Pitam Di Awal Kehamilan

Pendarahan faraj kerap terjadi diawal kehamilan dan sering dikaitkan dengan keguguran. Walaubagaimanapun sekiranya pendarahan disertai dengan sakit pada perut dan rasa pitam, ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau ‘ectopic pregnancy’.

Hamil diluar rahim terjadi apabila telur yang disenyawakan terbenam di dalam salur peranakan atau sekitar kawasan pelvis dan bukan didalam rahim. Sekiranya kandungan ini pecah, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan boleh membahayakan nyawa.

Pendarahan faraj juga boleh berlaku semasa trimester ke 2 atau ke 3 tetapi ia lebih dikaitkan dengan uri bawah (placenta previa) atau abruptio placenta, ia satu keadaan dimana uri merekah dari dinding rahim menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku. Jangan berlengah untuk berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku pendarahan tidak kira tempoh kehamilan anda.

Tanda Amaran Serius 2: Muntah keterlaluan

Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' .

'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang.

Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.

Tanda Amaran Serius 3: Pergerakkan bayi kurang secara mendadak

Memang kerap terjadi diwaktu waktu tertentu ibu merasa pergerakkan bayi kurang aktif dari biasa tetapi sekiranya pergerakan bayi tiba tiba menurun berjam-jam lamanya, ia mungkin tanda bayi kekurangan oksigen atau tenaga.

Sekiranya anda rasa bayi tidak begitu aktif, cuba dulu tip ini. Minum air sejuk dan makan atau tidur mengiring dan perhatikan seketika samada bayi kembali aktif atau tidak. Anda juga boleh memerikan stimulasi dengan cuba dengarkan muzik atau bunyi-bunyian untuk mengejutkan bayi dari tidur.

Mencatat pergerakkan bayi anda mungkin boleh menolong. Secara umumnya, anda selalunya akan merasa 10 pergerakkan dalam masa 2 jam, sekiranya kurang, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor, ujian CTG ( jantung bayi) dan Ultrasounds boleh menentukan kesihatan bayi anda.

Tanda Amaran Serius 4: Kontraksi Pada Awal Trimester Ke 3

Kontraksi yang kerap mungkin tanda kelahiran pra-matang tapi bagi ibu kali pertama, mereka sering keliru dengan kontraksi Braxton Hicks. Braxton Hick boleh terjadi bila bila masa tetapi ia tidak konsisten dan akan berhenti dengan sendiri selepas beberapa jam.

Kontraksi sebenar akan menjadi lebih kerap, bertambah sakit dan sekiranya disertai dengan pendarahan 'show' iaitu darah bercampur lendir, kemungkinan besar anda bakal mengalami kelahiran pra-matang. Kiranya anda pasti kontraksi anda semakin kerap, jumpa doktor dengan segera dan jangan tunggu keesokkan harinya. Sekiranya ia masih dalam peringkat awal, doktor masih sempat untuk cuba memberhentikan kontraksi dan memberikan ubat matangkan paru-paru bayi. Dengan itu, risiko komplikasi bayi pra-matang akan dapat dikurangkan.

Tanda Amaran Serius 5: Pecah Air Ketuban

Sekiranya anda sedang berehat, berbaring atau menonton TV dan tiba-tiba air mengalir keluar dari faraj membasahi sarung, baju atau cadar tilam anda, kemungkinan anda mengalami pecah air ketuban.

Pecah ketuban kerap dikelirukan dengan aliran air kencing kerana terkencing secara tiba tiba juga sering terjadi disebabkan oleh rahim yang memberi tekanan pada pundi kencing. Sekiranya anda kurang pasti samada ia air kencing atau ketuban, pergi ke tandas dan buang air kencing sepenuhnya. Sekiranya air masih mengalir dicelah kangkang anda, sudah pasti anda pecah ketuban. Jumpalah doktor dengan segera. Pecah ketuban mempunyai risiko tersendiri seperti jangkitan kuman pada bayi yang boleh memberikan komplikasi yang serius selepas dilahirkan.

Tanda Amaran Serius 6: Sakit Kepala berterusan, Penglihatan kabur dan Bengkak keterlaluan

Sekiranya anda mengalami masalah ini semasa trimester ke 3, kemungkinan besar anda mengalami Pre-Eclampsia. Ia adalah keadaan dimana darah tinggi naik dengan mendadak disertai dengan protin yang banyak dalam urin. Ia adalah satu komplikasi kehamilan yang serius dan boleh membawa maut. Jumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan tekanan darah dan air kencing. Pemeriksaan antenatal yang rutin boleh mengawal penyakit ini pada peringkat awal.



P/S: Anda sedang hamil? Jangan lupa dapatkan Set Kehamilan Shaklee. Pilihan ibu-ibu se-Malaysia!

Sekiranya berminat, hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Masalah Kencing Manis (GDM) Ketika Hamil

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi hanya semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

keletihan;
dahaga yang terlampau;
membuang air kecil dengan banyak;
penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda berada bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi, akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Credit: Babycenter

Cara Atasi Masalah Anemia Ketika Hamil

Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu hamil kurang daripada 11 gm%. Anemia adalah berbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan, namun jangan risau, ada cara untuk atasi masalah ini!

bahaya anemia ketika hamil

Antara punca-punca anemia :

1. kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
2. jangkitan cacing
3. penyakit malaria
4. masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. kerap mengandung (kurang dari 2 tahun), kehamilan kembar, kerap keguguran

Tanda-tanda anemia :

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu hamil :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan:

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.

Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan:

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5.  Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7.  Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8.  Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang


Vitalea (Multivitamin), B-Complex dan Vitamin C Shaklee amat membantu dalam meningkatkan paras hemoglobin atau HB ibu-ibu hamil.


Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu ibu hamil yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

B-Complex
Komponen B-Complex seperti Asid Folik dan Vitamin B12 penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

Vitamin C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.


Apa kata pengguna?

testimonial anemia shaklee

testimonial anemia shaklee 2

testimonial anemia shaklee 3

testimonial anemia shaklee 4


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Cara Mencegah & Menghilangkan Stretch Mark Di Perut

Pertambahan berat badan yg cepat ketika hamil akan membuatkan kulit hilang keanjalannya. Ini akan mengakibatkan munculnya kesan rekahan atau stretch mark di perut bakal-bakal ibu. Yang lebih serius lagi, kesan stretch mark ini selalunya kekal sehingga selepas bersalin!

Stretch mark biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu!

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Tetapi sekiranya stretch mark telah menyerang dan hadir di perut, anda boleh cuba suplemen ESP Shaklee. Sangat membantu untuk menghilangkan kesan-kesan stretch mark ini.


ESP Shaklee merupakan protein soya yg sangat penting untuk pembentukan sel-sel kulit baru yg lebih sihat. Sel-sel kulit yg baru dan sihat ini akan mengantikan sel-sel kulit yg telah rosak. Hasilnya, kulit yang merekah akibat stretch mark akan mulai pudar dan hilang!


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Badan Cergas & Bertenaga Dengan Set Kehamilan Shaklee

Anda sedang hamil dan ingin badan cergas bertenaga? Mungkin Set Kehamilan Shaklee boleh membantu.

Memang lumrah bagi kebanyakan ibu-ibu hamil, akan merasa cepat lelah, semput, loya dan sebagainya. Sehingga membuatkan kehamilan menjadi suatu yg sukar untuk mereka hadapi. 

Tetapi berlainan bagi ibu ini. Badan beliau semakin cergas bertenaga walaupun hamil, apabila mengamalkan Set Kehamilan Shaklee.

badan cergas bertenaga dengan set kehamilan shaklee

Antara suplemen Shaklee yg beliau amalkan adalah Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard dan ESP.

Antara fungsi vitamin-vitamin ini kepada ibu-ibu hamil adalah:

set kehamilan shaklee

Selain mengamalkan pemakanan yg seimbang serta berkhasiat, senaman yg bersesuaian dan rehat yg mencukupi, pengambilan suplemen Shaklee semasa hamil juga sedikit sebanyak membantu ibu-ibu hamil berada dalam keadaan bertenaga dan ceria.

Anda sedang hamil dan inginkan kesan yg sama? Jangan lupa hubungi saya untuk keterangan lanjut.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu


Mengandung dan melahirkan anak kembar memang memerlukan si ibu bersemangat kental dan kuat. Sebabnya proses mengandung dan melahirkan anak kembar agak mencabar. Namun kegembiraan menyambut anak kembar juga pasti berganda-ganda kan?

hamil kembar shaklee

Antara fakta kelahiran bayi kembar:

~ Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.

~ Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

~ Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

~ Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

~ Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

~ Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

~ Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

~ Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

~ Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

~ Ibu sering mendapat ‘morning' sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

~ Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

~ Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

~ Ibu hamil lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

~ Ibu hamil lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.


Hubungi saya untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling bersesuaian dengan anda. Juga pastikan anda dapat harga yang teristimewa dari saya.

Sekiranya anda inginkan info lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ PM Fanpage: http://www.facebook.com/messages/vitaminasli
♥ SMS/WhatsApp: 017-915 1121
♥ Emel: finiey_zain@yahoo.com

Set Kehamilan Shaklee Yang Berkualiti dan Lengkap

Kehamilan merupakan satu detik yang sangat indah bagi ibu-ibu hamil. Set Kehamilan Shaklee adalah salah satu pilihan yang ada di pasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral lengkap untuk ibu yang hamil. Ibu-ibu hamil semestinya mahu berikan yang terbaik kepada anak yang dikandung. Jadi pilihlah makanan tambahan yang sudah pasti berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi.

set hamil shaklee

Fungsi vitamin-vitamin ini:

[1] Vita-Lea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung. Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.

[2] Vita-C : Meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

[3] B-Complex : Menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung. Kandungan asid folik di dalam B-Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

[4] Ostematrix : Membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena.

[5] Omega Guard : Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Apa kata pengguna-pengguna?



Dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat ketika mengandung, insyaallah bakal ibu tetap akan nampak sihat, cantik dan cergas, tambah-tambah lagi jika Set Kehamilan Shaklee menemani di sepanjang tempoh mengandung. Tiada lagi kelesuan, kerja rumah tidak terabai, masih boleh melayan kerenah anak-anak yang lain, dan paling penting cik abang juga masih mendapat layanan istimewa. Seronok bukan?

Hubungi saya untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling bersesuaian dengan anda. Juga pastikan anda dapat harga yang teristimewa dari saya.

Sekiranya anda inginkan info lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ PM Fanpage: http://www.facebook.com/messages/vitaminasli
♥ SMS/WhatsApp: 017-915 1121
♥ Emel: finiey_zain@yahoo.com

Kebaikan Kurma Ketika Hamil

Bagi ibu-ibu hamil, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Terdapat banyak kebaikan kurma sehingga tercatat di dalam al-Qur'an dan hadith.

kebaikan kurma hamil

Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung dan melahirkan Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam: 25-26)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya:
“Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”

Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan:
"Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dipompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.

Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Ingin mencuba Set Kehamilan Shaklee?

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

Kelahiran bayi terutamanya bayi sulung semestinya sangat dinanti oleh pasangan suami isteri. Dalam Islam sendiri ada amalan yg disunatkan untuk diikuti bagi menyambut kelahiran bayi. Bagi yg belum tahu, antara amalan-amalan tersebut adalah:

set bersalin shaklee


1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Selamat beramal!

Offer Bulan Oktober, ESP!

Jom tengok offer terbaru dari Shaklee, untuk bulan Oktober ni. 

Beli 6 Pecuma 1 ESP!

Jangan lepaskan tawaran yg sangat-sangat menarik dari Shaklee ni. Boleh kongsi dengan kawan-kawan, keluarga dan saudara mara untuk beli ESP. 

Banyak sangat? Ok. Jangan risau. Nak beli 1 tin pun boleh. Just contact saya ye. :)


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Set Kehamilan Shaklee Naikkan HB Rendah

Risau HB rendah ketika hamil? Dengan Set Kehamilan, masalah HB rendah dapat diatasi oleh pengguna di bawah.



Fungsi vitamin-vitamin ini:

Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea ni killer product utk Shaklee (di oversea sangat dikenali sebagai vitamin prenatal). Vita-Lea adalah multivitamin (jadi x perlu ambil obimin dah).

Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix (calcium magnesium)

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121



Panduan Pemakanan Asas Ibu Hamil

Pemakanan yg betul dan seimbang adalah sangat penting kepada ibu-ibu yg hamil. Ini adalah kerana bayi yg dikandung akan mendapat 100% zat dan vitamin yg diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan di dalam rahim daripada ibu-ibu hamil.

pemakanan ibu hamil

Di sini disertakan sedikit panduan pemakanan untuk ibu-ibu hamil. 

Makanan semasa mengandung perlu merangkumi tiga kumpulan utama iaitu Protein, Karbohidrat & Lemak, serta Vitamin & Mineral.

Protein - perlu untuk pembentukan jaringan baru anggota tubuh janin, seperti jaringan otot, kulit, rambut dan kuku; serta untuk persediaan ibu menghadapi saat bersalin dan menyusukan bayi nanti. Protein boleh diperolehi dari daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu dan tempe.

Kalsium - perlu untuk pembentukan tulang dan gigi. Jika janin tidak memperolehi zat ini dari sumber makanan, ia akan memperolehinya dari tulang si ibu. Untuk mengatasi masalah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari, ibu mengandung perlu mendapatkan zat kalsium tambahan daripada susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.

Zat Besi - perlu untuk penambahan darah, supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah terutama ketika bersalin nanti.

Tambahan Vitamin - Vitamin diperlukan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan ibu hamil. Vitamin A terdapat di dalam makanan kuning telur, susu, hati, sayur-sayuran serta buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin B Kompleks terdapat di dalam kekacang. Vitamin C pula banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tambahan Kalori - makanan yang banyak mengandungi karbohidrat, lemak dan gula mempunyai nilai kalori yang tinggi. Biasanya diperolehi daripada makanan utama seperti nasi, mee atau roti.

Walaubagaimanapun, di akhir kehamilan (terutama Trimester 3), makanan ini tidak diperlukan di dalam kuantiti yang banyak kerana nilai zatnya yang rendah. Tambahan pula, makanan yang kaya dengan karbohidrat, lemak dan gula ini hendaklah dikurangkan kerana ianya hanya akan menggemukkan badan ibu mengandung.

Jika anda rasa sukar untuk mendapatkan makanan berkhasiat dari sumber semulajadi, anda boleh mendapatkannya daripada pemakanan tambahan (prenatal vitamin), samada yang dibekalkan oleh pihak hospital, yang dibeli di farmasi, ataupun vitamin semulajadi (elakkan vitamin sintetik!) kegemaran anda.

credit

Ingin mencuba Set Kehamilan Lengkap Shaklee?

Klik sini: Set Kehamilan Shaklee

Set Kehamilan Untuk Kesihatan Optimum Ketika Mengandung


Tidak dapat dinafikan kepentingan vitamin-vitamin seperti Asid Folik, Kalsium dan Iron ketika di alam kehamilan. Wanita memerlukan vitamin yg 'extra' bagi berkongsi dengan bayi yg dikandungnya. Kekurangan vitamin-vitamin penting mungkin akan menyebabkan perkembangan bayi terbantut malah mengundang bahaya kepada diri wanita terbabit.

Set Kehamilan ini mungkin dapat membantu anda menampung kekurangan vitamin-vitamin semasa di alam kehamilan. Fungsi vitamin-vitamin ini:

VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung.

Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung.

Ostematrix : membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena.

Hubungi saya 017-9151121 untuk pesanan/pertanyaan.

Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu Ketika Hamil dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika anda mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. Anda janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved