Punca Rambut Gugur dan Botak : Antara Mitos dan Fakta

Rambut merupakan mahkota paling berharga bagi setiap wanita. Sama ada bertudung atau tidak, penjagaan rambut sangat penting.

Pernah dengar tak mitos-mitos tentang punca rambut gugur dan botak? Kat sini saya senaraikan antara mitos yg selalu dikaitkan dengan rambut dan faktanya sekali.

punca rambut gugur dan botak

Mitos 1:
Perapi boleh memperbaiki rambut bercabang.

Fakta:
Perapi memang boleh memperbaiki kutikel sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yg telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap 4 hingga 6 minggu.

Mitos 2:
Jangan tidur dengan rambut basah kerana ia menyebabkan pertumbuhan kurap.

Fakta:
Tiada masalah sekiranya anda tidur dengan rambut basah. Tiada isu kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala sekiranya tidur dengan rambut basah.

Mitos 3:
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.

Fakta:
Jika difikirkan secara logik, bagaimana dengan hanya bersikat rambut 100 kali sehari mampu menumbuhkan rambut? Sebaliknya jika anda bersikat secara berlebihan dan ditambah dengan penggunaan sikat yg salah akan merosakkan kutikel rambut.

Mitos 4:
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.

Fakta:
Setiap orang perlu mempunyai sikatnya sendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia mudah menular dari satu kepala ke kepala yg lain.

Mitos 5:
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.

Fakta:
Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yg anda gunakan, selagi ia bertujuan untuk membesihkan keseluruhan rambut, hasilnya sama sahaja. Jangan membazirkan syampu dan gunakanlah dengan jumlah yg secukupnya mengikut keperluan.

Mitos 6:
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.

Fakta:
Ya, apa yg anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yg seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.

Mitos 7:
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan botak.

Fakta:
Apabila mengikat rambut dengan tegang, ia boleh menyebabkan olepecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Tekanan pada rambut dan kulit kepala menyebabkan rambut mudah gugur dan berlaku gejala botak atau alopecia.

Sekiranya anda ingin merawat rambut yg sering gugur dan hampir botak, boleh cuba suplemen semulajadi dari Shaklee ni:

rambut gugur shaklee


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved