Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Cara Mencegah & Menghilangkan Stretch Mark Di Perut

Pertambahan berat badan yg cepat ketika hamil akan membuatkan kulit hilang keanjalannya. Ini akan mengakibatkan munculnya kesan rekahan atau stretch mark di perut bakal-bakal ibu. Yang lebih serius lagi, kesan stretch mark ini selalunya kekal sehingga selepas bersalin!

Stretch mark biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu!

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Tetapi sekiranya stretch mark telah menyerang dan hadir di perut, anda boleh cuba suplemen ESP Shaklee. Sangat membantu untuk menghilangkan kesan-kesan stretch mark ini.


ESP Shaklee merupakan protein soya yg sangat penting untuk pembentukan sel-sel kulit baru yg lebih sihat. Sel-sel kulit yg baru dan sihat ini akan mengantikan sel-sel kulit yg telah rosak. Hasilnya, kulit yang merekah akibat stretch mark akan mulai pudar dan hilang!


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips & Petua Supaya Mudah Bersalin

Bagi ibu-ibu yg bakal merasai pengalaman bersalin buat pertama kali, di sini dititipkan sedikit tips dan petua untuk memudahkan proses bersalin kelak.

tips mudah bersalin

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan.

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan.

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri.

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersama dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti Ayat Kursi. Paling mudah ucapkan Subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah:

a. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.

b. Angkat kepala, dagu cecah dada.

c. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata).

d. Tangan pegang buku lali kaki.

e. Masa teran jangan keluarkan suara.

f. Masa teran jangan angkat punggung.

g. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas di fikiran. 

h. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby). 


Fakta Menarik Tentang Ibu Ketika Melahirkan


Besarnya pengorbanan dan kekuatan seorang ibu yg melahirkan anak. Antara keajaiban yg berlaku kepada ibu-ibu ketika proses melahirkan adalah:

proses ibu bersalin

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering


Bagi ibu-ibu yg bersalin secara normal, kemungkinan besar anda akan mempunyai luka episiotomi. Untuk memastikan luka anda cepat sembuh dan kering, cuba amalkan tip-tip ini:


Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering

1) Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2) Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3) Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4) Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5) Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6) Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7) Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8) Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Alfalfa Complex dan Ostematrix.

9) Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10) Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

cara senaman kegel

11) Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12) Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

13) Amalkan makan ikan haruan (kaya dgn Zinc) atau Zinc Complex Shaklee setiap hari untuk mempercepatkan luka kering dan sembuh.


Dapatkan Zinc Complex Shaklee sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=de3a1d8c27100134e970acb749429fca
 
Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu


Mengandung dan melahirkan anak kembar memang memerlukan si ibu bersemangat kental dan kuat. Sebabnya proses mengandung dan melahirkan anak kembar agak mencabar. Namun kegembiraan menyambut anak kembar juga pasti berganda-ganda kan?

hamil kembar shaklee

Antara fakta kelahiran bayi kembar:

~ Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.

~ Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

~ Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

~ Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

~ Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

~ Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

~ Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

~ Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

~ Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

~ Ibu sering mendapat ‘morning' sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

~ Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

~ Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

~ Ibu hamil lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

~ Ibu hamil lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.


Hubungi saya untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling bersesuaian dengan anda. Juga pastikan anda dapat harga yang teristimewa dari saya.

Sekiranya anda inginkan info lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ PM Fanpage: http://www.facebook.com/messages/vitaminasli
♥ SMS/WhatsApp: 017-915 1121
♥ Emel: finiey_zain@yahoo.com

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

Kelahiran bayi terutamanya bayi sulung semestinya sangat dinanti oleh pasangan suami isteri. Dalam Islam sendiri ada amalan yg disunatkan untuk diikuti bagi menyambut kelahiran bayi. Bagi yg belum tahu, antara amalan-amalan tersebut adalah:

set bersalin shaklee


1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Selamat beramal!

Set Bersalin Shaklee & Panduan Selepas Pembedahan

Kebiasaannya bersalin secara pembedahan atau 'C-Section' akan dilakukan sekiranya 'vaginal delivery' akan membahayakan nyawa ibu atau bayi. Ada juga di kalangan ibu-ibu yg meminta untuk bersalin secara pembedahan atas sebab-sebab tertentu. Kalau dahulu, bersalin secara pembedahan dianggap agak janggal, namun pada masa kini, ia dianggap sesuatu yg biasa dan normal.

Bersalin secara pembedahan akan menyebabkan luka pada bahagian abdomen ibu. Ini akan membuatkan ibu terpaksa berpantang tanpa berurut, bertungku, berbengkung dan sebagainya.

panduan bersalin pembedahan

Antara panduan bagi ibu-ibu yg bersalin secara pembedahan:

1. Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

2. Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

3. Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

4. Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

5. Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

6. Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

7. Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

8. Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

9. Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

10. Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Bagi penyembuhan yg cepat dan berkesan, ibu boleh berpantang dengan set bersalin Shaklee ini.

set bersalin shaklee

Fungsi vitamin-vitamin ini:

VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi bantu tambah darah yang hilang semasa proses bersalin.

B-Complex : anti-stress, elak kemurungan (meroyan) & stabilkan hormon

Vita-C : cepatkan penyembuhan luka, baiki tisu rosak semasa proses bersalin

Zinc : bantu rahim sembuh, cepatkan penyembuhan luka episoptomi @ caesarean, kurangkan rambut gugur selepas bersalin, tingkatkan imun badan

Ostematrix : membantu mengurangkan sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf selepas bersalin. Membantu masalah buasir dan sembelit selepas bersalin


Apa kata ibu-ibu yg sudah menggunakan set bersalin ini?

testimonial set bersalin shaklee

berpantang shaklee

bersalin bedah shaklee


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu Ketika Hamil dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika anda mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. Anda janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved