Showing posts with label Info Cantik. Show all posts
Showing posts with label Info Cantik. Show all posts

Cara Semulajadi Untuk Mencantikkan Bibir Yang Gelap

Anda mempunyai bibir yang gelap?

Bagaimana cara untuk mencantikkan bibir yang gelap?

petua bibir cantik

Jom ikuti tips dan petua ini. Mudah dan yang penting menjimatkan duit!

1. Madu Dan Lemon

Buat campuran madu dan jus lemon dan simpannya di dalam peti sejuk. Sapukan campuran ini ke bibir anda dan biarkan selama satu jam. Bersihkan bibir anda selepas satu jam. Amalkan petua ini selama 2 hingga 3 kali.

Kandungan limau lemon boleh mengurangkan pigmentasi. Nutrien dalam madu menyuburkan kulit dan menjadikannya lebih sihat. Madu juga membantu dalam membuat bibir anda kelihatan lebih merah jambu.

2. Gliserin

Bibir kering adalah salah satu punca bibir gelap. Gliserin boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan di bibir. Sapukan pada bibir anda dan biarkan semalaman.

3. Air

Kekurangan air dan dehidrasi menyebabkan bibir gelap dan kering. Untuk mengelakkannya, minum banyak air untuk menjaga tubuh anda dan dehidrasi.

4. Elakkan Produk Bibir Memudaratkan

Elak dari menggunakan produk bibir murah dan kualiti rendah. Ia boleh merosakkan kecantikan semulajadi bibir anda dan menyebabkan pigmentasi melampau.

Tukar kepada produk bibir berunsurkan herba serta semulajadi.

Jus buah-buahan boleh digunakan untuk mengurangkan pigmentasi bibir anda.

5. Minyak Badam

Penggunaan minyak badam pada bibir anda untuk mengurangkan pigmentasi. Untuk hasil yang terbaik, sapu sebelum tidur.

6. Jus Timun
Jus timun adalah salah satu penawar yang terbaik untuk bibir yg gelap. Ia boleh membantu dalam mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan warna bibir anda.

7. Lemon

Lemon bertindak sebagai agen pemutihan semulajadi. Ia digunakan secara tradisional untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit. Anda juga boleh menggunakannya untuk merawat bibir yg gelap.

Gosok bibir dengan sekeping lemon untuk mengelupaskan bibir anda. Taburkan sedikit gula di atas limau untuk menjadikannya lebih berkesan. Amalkan selama 2 hingga 3 minggu.

Anda juga boleh meletakkan campuran jus lemon, madu dan gliserin (1/2 sudu besar setiap satu) untuk meningkatkan kecantikan bibir. Sapu dan biarkan semalaman. Amalkan tips ini sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.

8. Bunga Mawar

Rendam beberapa kelopak mawar dalam susu segar. Selepas satu jam hancurkan kelopak dan tambah ½ sudu besar madu. Sapukan campuran ini pada bibir anda dan biarkan selama 15 minit. Amalkan dua kali sehari.

9. Minyak Zaitun

Minyak zaitun membantu dalam melembutkan dan melembapkan bibir anda. Ia mengandungi banyak nutrien penting yang boleh membuat bibir anda cantik.

Urut bibir dengan minyak zaitun. Amalkan setiap malam.

Buat scrub bibir dengan mencampurkan gula dengan minyak zaitun. Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lebih lembut.

10. Gula

Gula adalah bahan pengelupasan yang baik. Ia boleh membantu anda dalam menghapuskan sel-sel kulit mati dari bibir.

Buat campuran gula pasir (3 sudu besar) dan mentega (2 sudu besar). Gunakan ini sebagai scrub semulajadi. Amalkan sekali dalam seminggu.

Campurkan gula pasir (1 sudu besar) dengan madu (1 sudu besar) dan minyak badam (1/2 sudu besar). Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lembut. Ulangi ini setiap minggu.

11. Buah Delima

Buah delima boleh membuat bibir anda merah jambu dan lembap. Ia adalah satu ubat yang terbaik bibir gelap. Ia mempunyai banyak nutrien yang membantu dalam mencantikkan bibir.

Hancurkan beberapa biji buah delima dan tambah beberapa titik air dan susu segar. Gosok bibir anda dengan campuran ini selama 2 hingga 3 minit. Bersihkan bibir dengan air suam.

Sapukan campuran jus delima dan jus lobak merah pada bibir anda. Amalkan ini setiap hari sehingga mendapat hasil yang diharapkan.

12. Madu


Madu boleh membuat bibir anda lembap dan merah jambu.

Setiap malam sapu sedikit madu pada bibir anda. Bilas pada waktu pagi dengan menggunakan air suam. Ini pasti boleh mencantikkan warna bibir anda.

Selamat mencuba!

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Buah Epal

Buah epal dikenali sebagai buah yang mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Bukan cuma berguna untuk kesihatan dan perubatan, buah epal juga bermanfaat untuk kecantikan terutama kulit wajah. Buah epal yang kaya akan vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah epal ini boleh membantu memperbaiki kulit yang rosak.

Masker buah epal mampu membantu proses regenerasi kulit serta membersihkan liang pori. Kulit buah epal juga dapat menjaga kadar pH kulit agar tetap seimbang.


buah epal untuk kulit cantik

Berikut ini merupakan beberapa manfaat masker buah epal untuk merawat kecantikan wajah:

1. Menghilangkan jerawat

Jerawat adalah musuh utama bagi kulit berminyak dan jenis kulit-kulit lain. Untuk mengatasinya, anda perlu pati epal sebagai toner wajah. Biarkan beberapa minit dan terus bilas dengan air bersih.

2. Menghilangkan kedutan di wajah

Kedutan di wajah adalah petanda bahawa kulit sudah mulai menua. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana resipi masker epal berikut ini akan membantu anda menghilangkan kedutan.

Caranya, haluskan buah epal dengan cara diblender lalu campurkan dengan putih telur hingga keduanya menyatu. Sapukan adunan tersebut ke wajah secara rata. Biarkan selama 30 minit hingga kering dengan sendirinya, lalu bilas dengan air bersih.

3. Menghilangkan parut-parut hitam

Selain jerawat, parut-parut hitam di wajah merupakan masalah yang kerapkali melanda. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana masker buah epal boleh membantu anda menghilangkannya. Hancurkan buah epal bersama dengan kulitnya lalu disapukan ke seluruh wajah. Lakukan secara rutin sebanyak 2-3 kali seminggu dan lihat hasilnya!

4. Mencerahkan kulit


Masker buah epal juga boleh mengatasi kulit kusam sehingga menjadi cerah kembali. Campurkan parutan epal dengan air limau nipis. Ambil menggunakan kapas kemudian sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

5 . Membersihkan liang-liang kulit

Liang kulit yang tersumbat dan bercampur dengan minyak serta bakteria boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat. Membersihkan liang sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Caranya, haluskan epal dengan cara diblender, lalu tambahkan 1 sudu makan gula ke dalamnya, adun rata. Sapukan ramuan tersebut pada wajah sambil diurut secara lembut.

6. Menghilangkan mata panda

Lingkaran hitam di sekitar mata atau yang sering disebut mata panda adalah kesan dari kurang tidur. Untuk menghilangkannya, anda boleh menutupi sekitar mata dengan potongan buah epal untuk beberapa minit. Cara ini dapat membantu menghilangkan kawasan yang menghitam!


Ingin mencuba produk kecantikan Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain

Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

Kolagen Untuk Kulit Cantik dan Awet Muda

Anda tahu apa itu kolagen? Rata-rata golongan wanita mesti tahu kan? Tambahan pula banyak produk-produk berasaskan kolagen yg ada kat pasaran sekarang. Kolagen ni tisu penyambung untuk bantu kekalkan keanjalan kulit dan kekuatan rambut, sendi, ligamen, otot, tulang, gusi, tendon dan salur darah. Pendek kata, memang kolagen ni sangat penting untuk kita terus kekal sihat.


Apa tanda-tanda kita telah kehilangan kolagen dari badan?


So, macam mana nak kembalikan kolagen-kolagen yg hilang daripada badan kita?

1) Dengan cara sapuan - Namun molekul kolagen terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit.


2) Pengambilan secara oral - yg ni lebih berkesan dan efektif.


Tapi..nanti dulu. Sebelum anda ambil apa-apa produk secara oral, pastikan saiz molekul kolagen produk tersebut adalah kecil agar mudah diserap oleh badan.

Pilihan saya dan juga ramai wanita-wanita di Malaysia? Semestinya Shaklee Collagen Powder (SCP) dari sumber-sumber semulajadi.


Ingredient utama SCP ni adalah sisik ikan merah. Kenapa sisik ikan merah? Ini kerana ikan merah hidup jauh di dasar lautan yg bertekanan tinggi. Semestinya sisiknya sangat lasak dan kuat kan!


Lain-lain ingredients yg terkandung dalam SCP:


Setiap bahan mempunyai fungsi masing-masing.


Kajian saintifik telah dibuat kepada SCP.


Apa kata pengguna-pengguna SCP?



Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Tips Penjagaan Rambut Mudah dan Murah

Rambut ibarat mahkota bagi wanita. Tak kisahla yg bertudung atau tak, penjagaan rambut jangan dianggap remeh ye! Bagi yg berkemampuan, mungkin tak jadi masalah untuk anda jaga rambut anda. Hanya pergi ke pusat2 penjagaan rambut, salon dan sebagainya, setel la masalah anda kan. Tapi macam mana pula bagi yg kurang berkemampuan?

Haa.. Kat sini saya nak kongsi sikit tips yg mudah dan murah untuk anda yg tak berkemampuan untuk keluarkan duit yg banyak semata-mata untuk rambut. Boleh buat dan amalkan kat rumah je!

rambut sihat shaklee

Tips-tips untuk pastikan rambut sihat, cantik dan berkilau adalah:

1. Amalkan gaya hidup yg sihat

Kepada perokok, hentikan tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit jadi kering. Kulit kering jika tidak dirawat akan menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yg terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut.

2. Lakukan olahraga

Olahraga juga berkait rapat dengan kecantikan rambut. Amalkan olahraga secara teratur, makan makanan dengan gizi seimbang dan gunakan teknik istirehat untuk meredakan stress. Cara ini dapat memelihara kesihatan badan dan minda yg juga menyumbang kepada kesihatan rambut.

3. Gunakan pengering rambut dengan pelarasan yg sederhana

Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yg sederhana dan elakkan daripada menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat. Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yg basah dengan tuala terlebih dahulu.

4. Tidur dengan nyenyak setiap malam

Tidur yg nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi kusam.

Kalo sesiapa yg ada masalah insomnia tu, boleh amalkan makan Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) ye!

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

insomnia shaklee
Ni rupa Ostematrix tu!


5. Awasi produk penjagaan rambut

Jika anda menggunakan produk penjagaan rambut, pastikan ia tidak mengandungi kandungan alkohol yg tinggi. Juga elakkan menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yg boleh mengakibatkan rambut rosak.

Kalo rambut anda sedang rosak dan gugur dengan banyak, saya cadangkan anda gunakan syampu dari Shaklee ni, Revitalizing Shampoo. Sebab ia diperbuat daripada sumber2 semulajadi dan selamat untuk badan kita.

rambut gugur shaklee


Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


6. Elakkan klorin, pakai pelindung kepala

Sekiranya ingin berenang di kolam renang, pastikan andah basahkan dulu dengan air biasa dan pakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam, anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana air kolam renang mempunyai kandungan klorin yg tinggi dan ianya tak bagus untuk rambut anda.

7. Gunakan sikat rambut yg bersih

Seeloknya bersihkan sikat anda dengan air sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yg diperbuat daripada kayu kerana sikat jenis ni boleh elakkan rambut dari mudah putus.

8. Elak sikat rambut ketika yg basah

Yang ni memang biasa kita buat kan. Seeloknya elakkan dari menyikat rambut ketika masih basah kerana ia akan menyebabkan rambut tak kuat dan senang putus.

Ok. Ni je tips-tips tu. Senang je kan nak amalkan kat rumah. Insyaallah, jika buat secara berterusan, rambut akan sihat, kuat dan cantik macam buat rawatan kat salon! :)


Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Tips Cantik Semulajadi Dan Jimat Duit

Mana ada wanita yg tak suka cantik, jelita semulajadi kan? Tapi gaya hidup masa kini kadangkala membuatkan golongan wanita terlalu sibuk sehingga mengabaikan penjagaan diri mereka. Ada yg awal-awal pagi, gelap gelita lagi dah keluar mencari rezeki. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai ke rumah.

Tapi jangan jadikan itu alasan utk anda tak menjaga penampilan anda tau! Kat rumah pun kita boleh rawat wajah, kulit dan badan kita. Kat sini saya nak bagi tips sikit, macam mana nak buat semua tu. Duit pun dah boleh jimat banyak kat situ.

tips kecantikan

Bibir

Untuk dapatkan bibir yg sihat tidak mengelupas, caranya:

1. Dapatkan gula perang, madu dan sedikit pelembap bibir.
2. Campurkan sedikit gula perang dan madu.
3. Masukkan pelembap bibir dan kacau sehingga tekstur menjadi likat.
4. Sapu dan gosok perlahan pada bibir.
5. Dalam tempoh 5 minit anda boleh melihat hasilnya.

*Madu melembutkan bibir, manakala gula perang menjadi skrub bagi menanggalkan sel kulit mati pada bahagian bibir.


Tubuh & Kulit Wajah

Untuk menghilangkan sel kulit mati di wajah dan tubuh, anda boleh buat skrub sendiri. Caranya:

1. Dapatkan 3 sudu besar minyak zaitun (sebaiknya extra virgin), 2 sudu besar madu dan sedikit gula.
2. Campurkan ketiga-tiga bahan ini. Kacau sebati.
3. Setelah mendapat tekstur kasar seperti skrub, mulalah lulur bahagian tubuh dan wajah. Bancuhan skrub ini juga boleh disimpan jika anda mahu.
4. Anda juga boleh campurkan sedikit ESP dan yogurt dalam bancuhan ini.

ESP Shaklee
Kandungan ESP Shaklee.


Penyegar Semulajadi Untuk Kulit Muka

Untuk mengatasi masalah kulit kering, gunakanlah penyegar dan pelembap. Salah satu bahan semulajadi yg dipercayai amat berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah beras. Untuk menghasilkan penyegar berasaskan beras ini amat mudah:

1. Ambil beras, lebih baik jika organik.
2. Basuh beras seperti biasa.
3. Dapatkan air basuhannya dan simpan di dalam bekas.
4. Ambil kapas muka dan gunakan air basuhan beras ini seperti penyegar.
5. Selepas menggunakannya, anda akan dapat rasai kesegaran pada kulit wajah anda. 

*Usah simpan air beras dalam tempoh yg lama, seelok-eloknya gunakan dalam tempoh 1 hari sahaja.


Telapak Kaki

Jika anda mempunyai tapak kaki yg kasar atau tumit yg pecah-pecah, buatlah rawatan seperti berikut:

1. Letakkan air suam ke dalam besen dan taburkan garam bukit.
2. Rendamkan kaki selama 15-20 minit.
3. Ambil berus dan gosok tapak kaki anda.
4. Untuk membuang sel kulit mati dan menghapuskan tapak kaki yg bermasalah, gunakan gula perang dan madu sebagai skrub.
5. Sapu Herbal Blend Multi-Purpose Cream tiap-tiap malam sebelum tidur pada tapak kaki dan tumit yg bermasalah itu.

tumit pecah shaklee


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Inginkan maklumat lanjut tentang produk?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Facial Muka Murah ala-ala Salon

Sape kata tak boleh buat facial muka kat rumah. Kalo nak cantik, kenala rajin sikit kan. Tapi takdela orang-orang yg nak urut muka kita macam kat salon tu. Kalo nak buat facial murah ala-ala salon, jom ikut tips di bawah ni.

kulit cantik

Bahan-Bahan:

Pembersih Wajah / Facial Cleanser
Penyegar
Peeling
Masker
Air Suam
Ubat Jerawat

Langkah-Langkah:

1. Bersihkan wajah dengan pembersih muka
Urut lembut dengan arah memutar dengan sedikit ditarik ke atas. Urutan ini fungsinya untuk menganjalkan kulit wajah agar tidak terjadi penuaan awal.

2. Segarkan wajah yg sudah dibersihkan
Selepas wajah dibersihkan, jangan lupa untuk menggunakan penyegar yg berfungsi untuk memberi efek menyegarkan wajah.

3. Proses pengelupasan
Usapkan peeling pada wajah secara merata pada seluruh wajah. Lakukan urutan lembut seperti membersihkan wajah tadi. Penggunaan peeling ini sangat penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati, juga kotoran yg menyumbat pori-pori.

4. Bersihkan wajah
Bersihkan wajah dari sisa-sisa peeling dengan span yg sudah direndam dalam air suam. Air suam membantu membuka pori-pori wajah sehingga dapat membersihkan wajah dengan maksimum.

5. Membersihkan bintik hitam dan bintik putih.
Mulakan mencari bintik hitam dan bintik putih yg bersarang di wajah dan jerawat-jerawat di wajah. Picit secara lembut.

6. Bersihkan lagi wajahmu
Usap kembali wajah dengan span yg direndam dalam air suam utk menyapu kotoran-kotoran yg masih tertinggal.

7. Pemakaian masker
Kemudian mulailah mengaplikasikan masker pada wajah. Biarkan selama beberapa minit hingga masker mengering. Biasanya 15 hingga 20 minit bergantung jenis masker yg dipakai.

8. Bersihkan sisa masker
Setelah masker kering, usap kembali dengan span yg sudah dibersihkan. Gunakan air dingin untuk menutup pori-pori pada wajah.

9. Penyegaran
Langkah terakhir, setelah wajah sudah benar-benar bersih dari sisa masker, aplikasikan face mist (penyegar wajah) yg disemburkan pada wajah. Cukup 1 atau 2 semburan sahaja. Aplikasikan juga ubat jerawat jika ada jerawat pada wajah.

Tips Untuk Wajah Kasar dan Kusam

Pernah tak bila korang tengok cermin, korang tak kenal orang dalam cermin tu? Macam tula perasaan saya bila pandang cermin dulu. Mak aii...gelapnya orang tu! Kasar dan kusamnya kulit! Padahal orang yg anda perkatakan tu, diri anda sendiri!

Anda tahu tak penyebab kulit kita boleh jadi kasar dan kusam?

Sel-sel mati yang terkumpul di permukaan kulit anda akan berkumpul dan menyebabkan kulit anda kasar. Malah, sel-sel kulit yang mati dan sel-sel kulit yang tidak sihat akan mengakibatkan tekstur kulit tidak sekata dan menyebabkan cahaya tidak dapat disinarkan secara keseluruhan, sekali gus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak, malap dan kusam.

Kekurangan pengambilan protein dalam diet seharian kita banyak menyumbang kepada sel-sel kulit yang tidak sihat. Pengambilan makanan kaya dengan protein secara konsisten akan membantu anda mengembalikan kehalusan dan keserian kulit anda.

Oh! Rupa-rupanya cara nak atasi, just tambah pengambilan protein tiap-tiap hari. Senang je kot. Tapi selalunya saya jenis yg makan ikut sedap hati-mata-mulut je. Sebab tu saya cuba cari produk-produk berasaskan protein, dalam terjumpalah dengan ESP.

kandungan ESP Shaklee
Kandungan dalam ESP.

Tahukah kita, bahawa pengambilan protein dapat memberikan banyak manfaat seperti:

Faedah #1 – Keseimbangan Tubuh Badan

Menurut majalah Amagram, protein dapat membantu mengawal atur tahap bahan tertentu seperti air. Dalam masa yang sama, proten juga membantu membawa masuk, dan membawa keluar bahan-bahan seperti:

■Kalium.
■Elektrolit.
■Kalium.

Faedah #2 – Menyihatkan Kulit dan Rambut

Apabila tubuh badan kita kurang pengambilan protein, maka ia akan menimbulkan kesan pada kulit dan rambut. Seperti kulit berkedut, rambut rosak, atau setiap helaian rambut kelihatan lemah.

Mengikut kajian, 90% daripada tisu rambut dan kulit kita adalah protein. Jadi, ini menjelaskan betapa pentingnya pengambilan protein, bagi menyihatkan kulit dan rambut kita.

Faedah #3 – Meningkatkan Tenaga Bagi Menjalani Kehidupan Harian

Protein merupakan enzim yang bertanggungjawab, bagi menukarkan makanan menjadi tenaga. Oleh itu, jumlah tenaga kita boleh dikatakan bergantung pada pengambilan protein yang diambil dalam kehidupan seharian.

Rupa-rupanya, protein bukan untuk kulit je. Tapi untuk keseluruhan kesihatan badan kita. Bila dah guna ESP, jatuh hati terus. Saya sangat bersyukur sebab bertemu dengan ESP. Kulit dan kurang kasar dan tak kusam lagi! 

Tips Untuk Mata Yang Cantik!

Pepatah ada mengatakan, dari mata turun ke hati. Begitu pentingnya peranan mata. Sehingga boleh menambat hati orang yg memandangnya. Mata kita sememangnya tuhan ciptakan dah sedia cantik, tapi ia tetap perlukan penjagaan agar kekal cantik. Jom tengok tips untuk dapatkan mata yg cantik!

tips mata cantik
Cantiknya mata dia!

1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.

2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.

4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.

5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

6. Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi serta elakkan berjaga malam terlalu kerap. Hindari tekanan berlebihan, tidak merokok dan mengambil ubat-ubatan berlebihan.

7. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!

8. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.

Selamat mencuba!

Vitamin Terbaik untuk Kulit Sihat & Cantik

Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, dan vitamin tertentu adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kulit anda. Tanpa nutrien tertentu, kulit boleh menderita akibat kekeringan melampau, pengeluaran minyak tidak wajar dan punca penuaan dan perubahan warna. Mengetahui vitamin yang menghalang masalah-masalah ini adalah penting dalam mengekalkan kulit yang sihat.

Vitamin A

Vitamin A adalah perlu untuk keseimbangan kelembapan kulit untuk mengekalkan kulit yang kelihatan muda, berseri dan sihat. Vitamin A mengawal pengeluaran sebum iaitu bahan berminyak yang dihasilkan untuk memastikan kulit lembut dan terhidrat. Tanpa pengeluaran sebum betul, kulit akan menjadi kusam, mengelupas dan bersisik.

Vitamin A boleh didapati di dalam hati, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna merah, jingga dan kuning warna. Purata orang yang memerlukan kira-kira 2,500 unit individu (IU) vitamin A sehari.

Vitamin C

Vitamin C memastikan keanjalan kulit dengan memelihara dan menghasilkan kolagen tisu penghubung. Kolagen adalah perlu untuk mendapatkan kulit yang bebas kedut.

Vitamin C, apabila disapu, mencegah pengoksidaan sel dan kedutan kulit, boleh dipraktikkan dengan menggosok hirisan lemon pada muka anda dua kali seminggu.

Vitamin C adalah vitamin yang boleh larut dalam air, jadi ia perlu diisi semula setiap hari. Buah-buahan sitrus, beri dan bayam adalah sumber makanan yang sangat baik vitamin C.

Vitamin E

Vitamin E digelar "vitamin kulit" kerana kesannya terhadap penuaan kulit. Vitamin E menghalang tanda-tanda penuaan seperti kedut dan tompok penuaan kerana ia adalah antioksidan yang kuat. Vitamin E menghapuskan radikal bebas dan membaiki kerosakan akibat daripada radikal bebas. Ia mempercepatkan proses pertumbuhan semula sel-sel dan melincirkan membran sel untuk penampilan yang muda dan anjal. Ia boleh merawat kedut dan tompok penuaan. Hanya tusukan kapsul vitamin E dan sapukannya di kawasan yang dikehendaki.

Amaun yang diperlukan vitamin E untuk mengambil setiap hari adalah lebih kurang 30 IU. Vitamin E boleh didapati dalam minyak sayur-sayuran, kacang dan benih.

Selenium 

Selenium merupakan mineral antioksidan yang bertanggungjawab untuk keanjalan tisu. Ia juga bertindak untuk mengelakkan kerosakan sel oleh radikal bebas dan ini berhubung kait dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ia memainkan peranan penting dalam mencegah kanser kulit, kerana ia boleh melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya ultraungu yang berlebihan.

Vitamin B Kompleks. 

Lapan vitamin adalah komponen utama Vitamin B kompleks, dan setiap satu mempunyai peranan tersendiri untuk dimainkan di dalam menjaga kulit supaya sihat dan berseri. Semuanya larut air dan disimpan di dalam hati. Dalam susunan abjad, mereka adalah:

Biotin (Vitamin B7): Membantu asid lemak dan juga memainkan peranan penting dalam melepaskan karbohidrat. Penting untuk rambut yang sihat dan kulit.

Cobalamin (Vitamin B12): Membantu fungsi sistem saraf, pembentukan sel darah merah.

Asid folik (Vitamin B9): Membolehkan badan untuk membentuk hemoglobin. Penting terutamanya bagi wanita hamil.

Nikotinamida (Vitamin B3): Melancarkan peredaran. Membantu lemak, karbohidrat dan protein tubuh badan. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Asid Pantothenic (Vitamin B5): Penting untuk membantu fungsi kelenjar adrenal. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Pyridoxine (Vitamin B6): Membantu sistem imun anda untuk berfungsi. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Riboflavin (Vitamin B2): Mengekalkan selaput mukosa dalam saluran penghadaman, bersama-sama dengan Vitamin A. Penting untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat. Jerawat adalah satu tanda anda kekurangan Riboflavin.

Thiamin (Vitamin B1): Membantu membersihkan badan anda daripada toksin, penghadaman dan menggalakkan peredaran darah.

Zink 

Mineral Zink adalah satu komponen penting dalam kulit yang sihat, terutama bagi penghidap jerawat. Malah, jerawat sendiri boleh menjadi tanda-tanda kekurangan zink. Zink mengawal pengeluaran minyak pada kulit, dan juga boleh membantu mengawal beberapa hormon yang mewujudkan jerawat. Zink juga diperlukan untuk fungsi sistem imun yang betul, serta untuk penyelenggaraan penglihatan, rasa, bau dan. Penggunaan zink juga dikaitkan dengan pengurangan kanser prostat.

Makanan yang kaya dengan zink merangkumi tiram segar, biji labu, halia, pecans, kacang Brazil, oat, dan telur. Zink boleh dibeli dalam bentuk tambahan, dalam kedua-dua cecair tumpuan dan tablet.

Asid Lemak Omega-3

Kekeringan, radang kulit atau kulit yang mengalami kemunculan kerap whiteheads atau bintik hitam boleh mendapat manfaat dengan menambahkan dengan asid lemak perlu (EFA), terutamanya omega-3. EFA adalah bertanggungjawab untuk membaiki kulit, kandungan kelembapan dan fleksibiliti keseluruhan, tetapi kerana tubuh tidak boleh menghasilkan EFA sendiri, ia mesti diperolehi melalui diet.

Antara produk-produk Shaklee yang mungkin boleh anda cuba:

CarotoMax (Vitamin A)

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Sustained Release Vita-C 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Vita-E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

6 Musuh Utama Kulit Anda

Jom kenali musuh-musuh utama kulit kita agar mudah untuk kita menghindari dan melawannya!


Musuh-musuh utama kesihatan kulit anda adalah seperti berikut:

1 - Tekanan: Tekanan adalah salah satu punca utama penuaan pramatang di kulit anda.

2 - Dehidrasi: Kulit memerlukan banyak air. Jadi dehidrasi menyebabkan kedut dan garis-garis pada kulit anda. Adalah amat baik untuk minum beberapa gelas air setiap hari.

3 - Makanan Berlemak: Bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat cuba untuk mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan.

4 - Pencemaran: Banyak bahan kimia menyebabkan reaksi rantaian yang berbahaya di dalam kulit. Mengambil makanan yang mengandungi banyak anti-oksidan boleh mengurangkan tindak balas yang berbahaya ini.

5 - Merokok: Terdapat lebih 4000 racun dalam asap rokok. Jadi pendedahan kepada asap ini, orang pertama atau kedua (second hand), menyebabkan penuaan kulit anda.

6 - Pendedahan Matahari: Bukan sahaja UV matahari menyebabkan penuaan kulit, tetapi juga ia boleh menyebabkan beberapa jenis kanser kulit.

Tips Mudah Untuk Kulit Cantik Berseri

Kulit cantik berseri memang idaman dan igauan setiap wanita. Jom ikuti tips-tips ringkas dan mudah untuk menjaga kulit wajah anda supaya kekal jelita! Pasti berguna untuk memikat hati si dia tercinta.

1 - Anda perlu untuk membersihkan kulit anda secara tetap! Berapa kali? Jenis kulit yang berbeza memerlukan penjagaan yang berbeza. Kebanyakan doktor cadangkan 1-2 kali sehari, tetapi ia benar-benar bergantung pada kulit anda dan masa yang anda mahu memperuntukkan!

Apa yang saya cadangkan melakukan sedikit eksperimen: Cuba bersihkan kulit anda dengan frekuensi yang berbeza selama 2-3 minggu dan bandingkan keputusannya. Selepas tempoh ini, anda akan mendapati kekerapan peribadi anda yang sempurna untuk kulit anda. Tetapi ingat selepas mencari formula anda sendiri, konsisten dan melekat pada rutin anda!

Walaupun terdapat beberapa jenama popular untuk digunakan pada jerawat, anda boleh mencari banyak lagi cara yang asli dan murah untuk membersihkan kulit anda. Bagi mereka yang memilih kaedah organik, jus lemon, madu dan timun adalah beberapa pilihan yang paling disyorkan. Ingat untuk membersihkan kulit anda gunakan bahan pencuci yang lembut dan tanpa menggunakan air panas. Selepas menggosok lembut pencuci pada kulit anda, basuh muka anda dengan air sejuk. Anda tidak perlu untuk mengeringkan kulit anda selepas itu.

2 - Kelembapan: kulit kering merupakan salah satu punca utama kedut. Jika anda mempunyai kulit kering, anda perlu pastikan bahawa muka anda mendapat kelembapan yang diperlukan. Gunakan pelembap yang lembut untuk menjaga kulit anda. Untuk pilihan organik, gunakanlah minyak kelapa dan minyak badam.


3 - Jangan sekali-kali tidur dengan Make-Up. Ia akan meliputi liang kulit dan menyebabkan liang peluh tertutup. Maka ia boleh menyebabkan Jerawat.


4 - Basuh muka anda dengan air sejuk atau suam dan lakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

5 - Pastikan minum air yang banyak. Badan anda dan kulit anda memerlukan air yang banyak pada waktu siang untuk terus mengeluarkan sisa melalui peluh daripada kulit anda. Walaupun ia mitos bahawa "anda perlu minum lapan gelas air sehari", tetapi minumlah seberapa banyak yang boleh!

6 – Senaman muka termasuk senyuman adalah alat yang sangat baik untuk menggerakkan otot muka anda. Sebab di sebalik pembentukan kedutan adalah kelonggaran otot muka apabila kita menua. Oleh latihan ini, kita menangguhkan penuaan otot dan menjadikan mereka lebih kuat.


7 - Gunakan Topeng Muka. Terdapat pelbagai topeng semulajadi yang anda boleh gunakan pada kulit anda. Topeng muka membantu kulit anda menghidrat dan membantu mengelupas sisa yang terkumpul pada kulit anda.


Contoh terkenal topeng muka adalah telur, timun dan betik. Topeng muka yang dibuat daripada tomato segar dan putik betik mengandungi nutrien anti-penuaan. Lakukan dua minggu sekali untuk memastikan kulit anda berseri! Anda juga boleh menghancurkan buah dan mencampurkannya dengan susu atau yogurt dan memakainya seperti topeng. Biarkan ia antara 15 hingga 25 minit Tidak perlu untuk membeli produk kulit yang mahal dan berjenama untuk mengelupas kulit wajah anda!

8 - Jangan sentuh muka anda secara keterlaluan. Ramai orang mempunyai tabiat buruk bermain dengan jerawat atau bersandar muka mereka di tangan mereka. Jauhkan diri daripada tabiat ini. Juga anda harus mencuci bantal anda secara tetap untuk mengeluarkan buangan berasaskan minyak yang dirembeskan dari kulit anda semasa tidur.

9 - Lindungi muka anda dari matahari dengan menggunakan pelindung matahari setiap hari. Ultraungu (UV) secara beransur-ansur merosakkan kulit dari masa ke semasa dan pelindung matahari membantu kita untuk melindungi daripada kerosakan UV.

Kulit Cantik Dengan ESP dan GLA Complex


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.


GLA COMPLEX SHAKLEE

EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.

Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).

Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Apa kata pengguna:


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat?

Hubungi saya:
Shafini Zain
Shaklee Independent Distrributor
017-9151121
finiey_zain@yahoo.com

Jenis-Jenis Jerawat


Jom kenalpasti jenis-jenis jerawat yang biasa tumbuh di kulit wajah yang bermasalah agar mudah untuk anda mencari kaedah merawatnya! Antara jenis-jenis jerawat:

1. White Head - Jenis jerawat yang kekal dan tinggal di bawah kulit.

2. Black Head - Jenis jerawat yang timbul di permukaan kulit dan kehitaman.

3. Papul - Benjolan kecil berwarna merah jambu dan mungkin akan berasa sakit bila disentuh.

4. Pustul - Jerawat yang berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas.

5. Nodul - Jerawat yang besar, menyakitkan dan padu di dalam kulit.

6. Sista - Jerawat jenis bernanah dan menyakitkan serta boleh meninggalkan parut.
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved