Terdapat korelasi yang jelas antara orang-orang yang makan lebih makanan ini dan hakikat bahawa mereka kurang merokok. Malah, perokok yang mengamalkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk tidak merokok tembakau berbanding individu yang kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bukan sahaja perokok yang makan lebih makanan ini kurang merokok, malah mereka juga lewat untuk mengambil rokok pertama mereka setiap hari.
Mengapa buah-buahan dan sayur-sayuran boleh memadamkan keinginan untuk merokok? Pakar-pakar yang membuat kajian ini mendapati bahawa serat dalam makanan tersebut mewujudkan rasa kenyang yang boleh membatalkan keinginan perokok untuk merokok.
Tambahan pula, buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan rasa tembakau, membuatkan perokok kurang cenderung untuk merokok, terutamanya apabila menikmati epal atau lobak merah.
Ahli psikologi di Universiti Duke, Joseph McClernon menyimpulkan bahawa buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu membuat rokok rasa kurang enak, manakala makanan lain seperti kopi dan daging meningkatkan rasa untuk merokok.
Selain itu, makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membantu menyembuhkan badan perokok yang rosak. Merokok memusnahkan vitamin C dan vitamin B di dalam badan. Kiwi, oren, pisang dan sayur-sayuran hijau adalah penting untuk membantu memulihkan kesihatan kepada badan perokok.
Tercari-cari alternatif untuk berhenti merokok? Vivix Shaklee mungkin boleh membantu.
Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!
Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment