Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts

Berat Badan Naik Mendadak? Cuba Tips Ini.

Berat badan yg mendadak naik terutamanya selepas berumahtangga dan bersalin adalah fenomena biasa yg sering kita dengar. Di sini dititipkan sedikit tips sihat untuk anda.

- Pemakanan seimbang: Pastikan anda memilih makanan yg merangkumi karbohidrat, protein dan kandungan serat yg tinggi.

- Kuantiti sederhana: Makan kerap dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik berbanding makan terlalu banyak untuk satu2 masa.

- Variasikan jenis makanan anda: Sekiranya anda terlalu bergantung kepada sesuatu jenis makanan sahaja, akan menyebabkan kemungkinan terdapat zat dan nutrien yg tidak mencukupi untuk tubuh. Kenalpasti jenis makanan sihat dan pelbagaikan cara masakan yg sesuai dan sihat.

- Kurangkan gula, garam, minyak dan lemak dalam setiap hidangan anda sama ada ketika anda masak di rumah atau menikmati hidangan di luar.

- Banyakkan minum air kosong bagi membantu hidrasi tubuh dengan baik.

- Maksimumkan pergerakan dan aktiviti fizikal anda ketika di tempat kerja.

- Lakukan sukan atau senaman yg digemari supaya anda rasa seronok untuk bergerak sihat.

- Mulakan 10,000 langkah sehari dalam kehidupan seharian bagi kekal aktif.


Bagi yg mahu berikhtiar dengan suplemen, anda boleh cuba produk Shaklee ini.

set kurus shaklee

Lecithin - Membantu membakar lemak (boleh membantu dalam mengawal tekanan  darah, gula dan kolestrol). Ia menyebabkan lemak terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

Cinch Shake - Meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

10 Mitos Diet Yang Salah, Sila Jangan Ikut!

Mitos diet, nak percaya takut tersalah, kalo tak percaya mungkin ada yang betulnya. Macam mana nak buat tu? Walaupun ada sesetengah mitos diet memang boleh dipercayai, tapi semua tu tak semestinya betul dan diuji kebenarannya. Bagi sesiapa yg nak berdiet tu, jangan senang-senang je nak percaya tau. Siasat dulu sahih ke tak mitos-mitos diet tu. Kalau tak, penat-penat je korang ikut.

diet shaklee

Jom baca antara mitos-mitos diet yang popular dan fakta di sebalik mitos tersebut. Antaranya:

1. Sayur-sayuran jadikan berat badan berkurangan

Fakta: Jika anda mengambil secara berlebihan, diet vegetarian juga boleh menggemukkan tau! Malah anda mungkin kehilangan nutrisi-nutrisi penting, vitamin dan protein. Makanan seperti biskut vegetarian, kerepek kentang, boleh buatkan badan anda cepat naik.

Oleh itu, cuba dapatkan 10-20% kalori dari protein. Gantikan protein haiwan dengan kacang dan bijian. Namun menurut pakar, sayuran hijau dan berdaun baik untuk kesihatan dan lilitan pinggang anda.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat boleh turunkan berat badan

Fakta: Badan memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga dan kaya dengan vitamin, nutrisi dan serat. Mengurangkan karbohidrat, ia bukan sahaja mengurangkan sumber vitamin dan serat, tetapi juga mengurangkan kapasiti badan untuk stimulasi pengeluaran hormon serotonin yg membuatkan anda berasa bahagia.

3. Minuman diet membantu mengurangkan kalori dengan cepat

Fakta: Pemanis tiruan boleh meningkatkan nafsu makan dan menginginkan gula dengan lebih banyak lagi. Menurut kajian, 70% yg mengambil soda diet lebih dari 2 gelas sehari, mempunyai lilitan pinggang yg lebih besar berbanding yg tidak meminumnya.

4. Diet tinggi protein adalah cara terbaik kurangkan lemak

Fakta: Protein adalah nutrisi yg penting untuk kurangkan berat badan. Tetapi jika anda tidak mengambil nutrisi lain seperti karbohidrat, badan anda boleh kehilangan serat, vitamin dan mineral yg terdapat dalam karbohidrat.

Oleh itu, lebih baik anda berdiet dengan pengambilan protein, karbohidrat dan lemak yg seimbang.

5. Tidak makan sebelum senaman, lemak terbakar lebih banyak

Fakta: Jika anda bersenam dengan perut kosong, tentu sahaja lemak akan terbakar dengan lebih banyak. Namun anda akan cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan selepas bersenam.

Kajian mendapati kelompok yg makan sebelum melakukan aktiviti berbasikal, lebih banyak membakar lemak dan mampu berbasikal dengan lebih intensif.

6. Senaman mengambil masa yg lama

Fakta: Untuk mendapatkan berat badan yg ideal, anda disaran melakukan senaman antara 20-40 minit sehari. Namun jika anda tidak dapat melakukan dalam 1 masa, anda boleh bahagikan kepada 10 minit setiap sesi. Contohnya berlari 10 minit ketika waktu pagi, 10 minit untuk naik turun tangga, berjalan cepat selama 10 minit ketika petang, 10 minit 'skipping' pada waktu malam.

7. Makan pada waktu malam boleh menggemukkan

Fakta: Kalori tetap kalori. Tidak kiralah pada waktu pagi, petang atau malam. Tetapi seeloknya elakkan makan pada waktu malam iaitu sebelum jam 8 malam untuk anda yg ingin menurunkan berat badan.

8. Makanan rendah lemak membantu menurunkan berat badan

Fakta: Bijirin, yogurt dan snek rendah lemak sering menjadi pilihan bagi yg ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya makanan ini mengandungi lebih banyak kalori terutamanya makanan manis dan rendah lemak. Mungkin lebih baik anda mengambil makanan yg rendah gula.

9. Badan memerlukan 8 gelas air sehari

Fakta: Kajian mendapati dengan minum air yg banyak, ia akan membuat kulit lebih bersih, membantu turunkan berat badan dan membantu tubuh untuk detoks.

Untuk mengetahui jumlah air yg cukup dalam badan adalah dengan memeriksa warna urin. Jika urin berwarna kuning pucat, itu tandanya anda minum cukup air!

10. Telur meningkatkan kolestrol

Fakta: Ada kajian mendapati, seorang yg berdiet dan mengambil 2 biji telur setiap hari selama 12 minggu, tidak langsung menunjukkan peningkatan pada kadar kolestrol. Ini kerana telur mengandungi 75 kalori, vitamin D, vitamin B12 dan lain-lain nutrisi.

Nak percaya ke tak? Terserah kepada empunya diri. Yang penting, ketika berdiet kenala pandai atur pemakanan yg sihat, jangan ikut nafsu je. Lagi satu, jangan lupa bersenam jugak!


Kepada yg inginkan bantuan supplement, mungkin produk semulajadi Shaklee ni boleh bantu anda:

1. Protein - Cinch Shake Mix (ada perasa Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla)

2. Detoks - Herblax

3. Pemecah lemak - Lecithin

set diet shaklee

1. Kenapa perlu protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detox.

Herb-Lax berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Gopoh Ketika Makan, Faktor Penyebab Gemuk?

Bila belek-belek satu magazine ni, tetiba je mata terpandang tajuk ni, gopoh ketika makan punca gemuk? Korang setuju tak? Korang pun mesti pernah gopoh time makan kan? Saya pun, especially time busy dan tengah kejar masa. Tapi bila baca kat magazine tu, terasa takut pun ada. Tak nakla gemuk. Lepas ni kena makan secara lebih berhemah la. Dan kenala diet sikit. Hehehe.


Apa kata magazine tu?

Menurut kajian, seseorang yang mampu melambatkan proses makannya, hanya mengambil 70 kalori lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan cepat ataupun yang biasa makan terburu-buru.

Menurut pakar nutrisi, untuk mengelakkan kegemukkan, ada beberapa amalan yang dapat membantu. Pertamanya, sebelum makan hendaklah menarik nafas panjang selama beberapa kali melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut. Cara ini dilakukan secara perlahan sehingga tubuh berada dalam keadaan relaks.

Seterusnya, nikmati setiap suapan makanan anda dengan betul dan kunyah secara perlahan-lahan. Keadaan tubuh yang relaks dapat membantu anda lebih tenang dan memudahkan anda untuk merasai nikmat hidangan yang masuk ke mulut. 

Asalkan anda tahu cara makan dengan betul, iaitu tidak terburu-buru, makan dengan mengunyah serta menikmati setiap suapan, ia akan membantu anda cepat kenyang dan puas dengan makanan itu, biarpun kuantitinya tidak banyak! 

Kencing Manis = Diabetes

Apa Itu Kencing Manis @ Diabetes?

Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


Apakah tanda-tanda amaran Kencing Manis?

Gejala yang biasa dialami ialah: Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.

Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis ?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
- Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
- Impaired glucose tolerance (IGT).
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih).
- Tekanan darah tinggi
- Tidak atau kurang aktif
- Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
- Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Insya-Allah, dengan pengambilan konsisten dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal. Suplemen2 di bawah terbukti secara klinikal membantu pesakit diabetes secara ringkasnya:

B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh
VIVIX – memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik
CINCH – rendah GI

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com 

Resepi Enak - Cocoa Cafe Latte Smoothie


Bahan-Bahan:

Susu Rendah Lemak
Cafe Latte Cinch Shake Mix
Chocolate Syrup
Ais

1)  Bahan-bahan utama.


2) Sukat 2 scoop serbuk Cinch Shake Mix.


 3) Campurkan semua bahan-bahan tadi di dalam pengisar, sukatan mengikut citarasa masing-masing.


 4) Kisar dan siap untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Yummy! Sedap!

Cinch Shake Mix Untuk Kuruskan Badan!


Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?".

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.

Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:

•Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/pencuci mulut

•Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

•Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

•Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

•Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

•Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

•Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

•Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan (soya bukan GMO)

Apa kata penguna-pengguna:


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kekal Langsing Dengan Shaklee

Basically utk diet anda perlu:

Detoks (Herblax or Alfalfa) + Protein (Cinch Shake or Energizing Soy Protein (ESP) + Lecithin

1. Kenapa perlu protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detox.


3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn. Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Herblax atau Alfalfa. Herb-Lax/Alfalfa berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.


Apa kata pengguna-pengguna set ini?



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berminat Dapatkan Set ini?

Sila hubungi saya:

Shafini Zain
Shaklee Independent distributor
017-9151121
finiey_zain@yahoo.com
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved