Tips Elak Stres Selepas Bersalin

Tekanan perasaan atau stres adalah satu masalah yg sering dialami ibu-ibu selepas bersalin. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kepenatan tubuh dan mental, tidak bersedia menangani anak kecil dan sebagainya. Oleh itu, anda harus ada jalan mengatasinya dengan cara efektif agar tidak mengganggu anda ketika berpantang dan menguruskan anak.


1) Makan makanan sihat

Tubuh anda memerlukan nutrisi yg tinggi terutamanya apabila menyusukan bayi. Anda harus bijak mengambil makanan sihat dan seimbang. Selain dapat memenuhi nutrisi yg diperlukan, makanan ini juga akan membantu anda pulih dari sakit ketika melahirkan dengan lebih cepat.

2) Bersenam

Senaman selepas melahirkan anak juga penting. Ia membantu anda menurunkan berat badan yg selalu menjadi penyebab utama anda stres selepas bersalin. Senaman juga dapat membantu menyeimbangkan hormon anda. Namun, tidak digalakkan membuat senaman berat, bimbang luka dari melahirkan belum pulih sepenuhnya.

3) Cukup tidur

Tidur yg cukup adalah kunci mengurus stres setelah melahirkan. Mungkin sukar untuk anda tidur secukupnya terutamanya ketika malam hari. Cara yg terbaik, ketika bayi tidur, ambillah kesempatan untuk tidur sekali.

4) Relaks

Relaks atau bersantai dapat membantu anda dalam mengurangkan stres setelah melahirkan anak. Menghabiskan waktu dengan buah hati adalah salah satu cara untuk bersantai.

5) Berzikir

Zikir dengan menyebut nama Allah adalah cara tepat untuk menenangkan fikiran. Kembali mengingati siapa yg mencipta diri, pasti dapat memberi kepuasan dan ketenangan yg anda inginkan selama ini.

6) Memanjakan diri

Hanya sebilangan kecil wanita yg menyedari betapa pentingnya memanjakan diri selepas melahirkan. Terutamanya apabila sibuk mengurus buah hati yg menjadi fokus utama. Namun, tidak salah apabila sesekali memanjakan diri seperti mengurut atau ke spa untuk mencantikkan diri. Hal ini akan meningkatkan keyakinan diri anda dan seterusnya membantu mengatasi stres.


Dapatkan vitamin Shaklee untuk mengatasi stres anda sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=77d186b29f493dcc23d67842d66e75e4

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!


Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Ranking: 5
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved