Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

Panduan Asas Dalam Memilih Vitamin / Supplement



Soalan lazim:

Apa makanan tambahan yang harus saya ambil? Dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk panduan anda. Tidak memihak kepada mana2 brand. Ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers.

Jawapan:

1) Protein

Fungsi:

-Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim.
-Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti.
-Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein pada keseluruhannya.
-Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
-Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protein biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protein tanpa lemak.
-la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Panduan Memilih:

Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.

2) Multivitamin

Fungsi:

-Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
-Menampung kekurangan diet yang kecilan.
-Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Panduan Memilih:

-Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara. Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
-Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
-Manakala kalsium, fosforus dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
-Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini. V

3) Vitamin C

Fungsi:

-Meningkatkan respons imun. Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
-Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
-Membantu penyerapan besi.
-Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
-Membantu memulihkan luka.
-Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih:

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


4) Alfalfa

Fungsi:

-Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
-Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
-Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi. la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protein.
-Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
-la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih:

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya, ini akan menyusutkan kualitinya. Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai.

5) Vitamin E

Fungsi:

-Melengahkan penuaan sel.
-Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
-Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
-Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
-Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien.
-Melindung dengan menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita. Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih:

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.

6) B-Complex

Fungsi:

-Membantu memerangi kelesuan.
-Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi.
-Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan.
-Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B.
-Perlu bagi saraf sihat. Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress.

Panduan memilih:

Dalam memilih B-kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

7) Lesitin/Lecithin

Fungsi:

-Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
-Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
-Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
-Boleh menurunkan kolesterol.
-Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih:

Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati, namun sumber yang paling kaya, paling potensi dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.

8) Kalsium

Fungsi:

-Membina tulang dan gigi yang kuat.
-Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
-Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
-Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
-Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis.
-Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan.
-Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih:

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.

9) Zat Besi

Fungsi:

-Membina sel-sel darah sihat. Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
-Ramai wanita, dianggarkan 90 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
-Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
-Membantu mencegah anemia.
-Penting bagi sistem imun anda.
-la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan.
-Vegetarian, pelangsing badan, ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami kekurangan zat besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih:

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.

10) Zink

Fungsi:

-Perlu bagi memulihkan luka.
-Komponen penting bagi insulin.
-Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
-Amat penting dalam sistem imun.
-Memelihara deria hidu dan rasa.
-Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
-Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
-Memainkan peranan dalam respons stress.

Panduan memilih:

Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

11) Gentian/Fiber

Fungsi:

-Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular dan hernia hiatus.
-Boleh membantu mencegah kanser kolon.
-Boleh mengurangkan paras kolesterol.
-Amat sesuai bagi pelangsing badan.
-Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
-Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis.
-Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar.
-Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

12) Julap / Laksatif Herba

Fungsi:

-Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
-Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli.
-Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

13) EPA/Omega

Fungsi:

-Boleh menurunkan trigliserida.
-Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
-Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
-Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang berlabelkan “tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

credit

Pentingkah Mengambil Vitamin Untuk Kulit?


Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

*Sumber Utusan Malaysia

Kenapa Perlu Minum Air Banyak Bila Ambil Supplement?


Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?

Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

1) Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

2) Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

3) Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

credit

5 Perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


Tahukah anda apa perbezaan antara vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi? Jom kita ikuti 5 perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi (Natural) yang dipetik dari Cery dan sumber asalnya dari Mommy Lyna.

1. Penghasilan 

-Vitamin natural - dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik - dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

 2. Keserasian dgn badan 

-Vitamin natural - dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

 -Vitamin sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga 

-Vitamin natural - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik - biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

 4. Kesan kepada tubuh badan 

-Vitamin natural - mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik - oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang 

-Vitamin natural - tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

 Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar. 

Pilihan saya tentulah vitamin semulajadi dan tentu sekali Shaklee!!! Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan daripada berjimat cermat untuk sesuatu yang memberikan kebaikan sementara dan dalam masa yang sama boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari. Pilihan di tangan anda!!

Apa Itu Vitamin?


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon.

Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau supplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti supplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. 

*Sumber Wikipedia
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved