Showing posts with label Obesiti. Show all posts
Showing posts with label Obesiti. Show all posts

Gopoh Ketika Makan, Faktor Penyebab Gemuk?

Bila belek-belek satu magazine ni, tetiba je mata terpandang tajuk ni, gopoh ketika makan punca gemuk? Korang setuju tak? Korang pun mesti pernah gopoh time makan kan? Saya pun, especially time busy dan tengah kejar masa. Tapi bila baca kat magazine tu, terasa takut pun ada. Tak nakla gemuk. Lepas ni kena makan secara lebih berhemah la. Dan kenala diet sikit. Hehehe.


Apa kata magazine tu?

Menurut kajian, seseorang yang mampu melambatkan proses makannya, hanya mengambil 70 kalori lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan cepat ataupun yang biasa makan terburu-buru.

Menurut pakar nutrisi, untuk mengelakkan kegemukkan, ada beberapa amalan yang dapat membantu. Pertamanya, sebelum makan hendaklah menarik nafas panjang selama beberapa kali melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut. Cara ini dilakukan secara perlahan sehingga tubuh berada dalam keadaan relaks.

Seterusnya, nikmati setiap suapan makanan anda dengan betul dan kunyah secara perlahan-lahan. Keadaan tubuh yang relaks dapat membantu anda lebih tenang dan memudahkan anda untuk merasai nikmat hidangan yang masuk ke mulut. 

Asalkan anda tahu cara makan dengan betul, iaitu tidak terburu-buru, makan dengan mengunyah serta menikmati setiap suapan, ia akan membantu anda cepat kenyang dan puas dengan makanan itu, biarpun kuantitinya tidak banyak! 

Gemuk = Banyak Makan?


Kegemukan bukan hanya kerana banyak makan dan kurang bersenam, tapi juga akibat faktor lain. Antara yang dikenal pasti adalah keadaan kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon dan kekurangan vitamin.

Namun, faktor di bawah juga menyumbang kepada berlakunya masalah kegemukan:

1. Kemurungan

Ada bukti bahawa kemurungan berkait rapat dengan kenaikan berat badan. Satu kajian tahun 2010 yang dipaparkan dalam American Journal of Public Health menyatakan bahawa orang yang merasa sedih dan kesepian lebih cepat naik berat badannya daripada yang tidak sedih. Selain daripada itu, ubat anti-kemurungan mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

2. Kesan Sampingan Ubat

Ada beberapa ubat yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan seperti pil perancang kehamilan, kelebihan hormon kerana terapi hormon, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti kejang, ubat kanser payudara seperti tamoxifen dan beberapa ubat rawatan untuk rheumatoid arthritis serta ubat migrain dan pedih ulu hati.

3. Pencernaan Lambat

Gangguan pencernaan seperti lambat buang air besar juga dapat menambah berat badan. Idealnya, buang air besar dilakukan satu jam setelah makan. Buang air besar sekali atau dua kali sehari masih dikira sihat. Tapi jika pembuangan air besar tidak begitu teratur, dehidrasi dan kurang serat dalam usus boleh menyebabkan tubuh anda cepat gemuk.

4. Kurang Nutrisi

Kekurangan Vitamin D, Magnesium atau Zat Besi dapat mengganggu sistem kekebalan, kurang bertenaga atau mengganggu metabolisme. Akibatnya, terjadi kenaikan berat badan. Kekurangan energi dapat dibantu dengan mengambil manisan dan karbohidrat sederhana.

5. Penuaan

Ini adalah keadaan yang tidak dapat dihindari. Seiring pertambahan usia, metabolisme tubuh semakin perlahan. Golongan berusia membakar kalori lebih lambat dibandingkan ketika masih muda. Jadi mereka perlu banyak berolahraga dan menjaga nutrisi agar metabolisme berjalan dengan baik.


6. Mengidap Fasciitis Plantar

Penyakit otot dan tulang seperti plantar fasciitis, osteoarthritis dan nyeri lutut atau pinggul, dapat menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak disengaja. Plantar fasciitis akan membuat si penderitanya tidak dapat beraktiviti sehingga menyebabkan kenaikan berat badan.


7. Mengidap Sindrom Cushing

Berat badan disertai dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna dan kualitas kulit seperti berkas ungu atau keperakan pada perut dan kemerahan pipi, menjadi tanda bahawa tubuh tidak dapat memproses nutrisi dengan tepat atau disebut sindrom Cushing. Sindrom ini menyerang sekitar 15 juta orang dewasa setiap tahun. Salah satu tandanya adalah lemak berkumpul di bahagian tengah tubuh menyebabkan lengan dan kaki kelihantan ramping.


Susu Ibu dan Obesiti


Khasiat susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.

Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.

Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.

Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.

Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.

Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.

"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.

"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.

Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.

"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.

"Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.

Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.

"Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka," katanya.

Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal.

"Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.

Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.

"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.

Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.

Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.

Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.

Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.

Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.

Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.

"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
(Yang mengikuti Bengkel Pemakanan Awal Wyeth di Singapura)
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved