Showing posts with label Kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label Kulit Cantik. Show all posts

Promosi Shaklee Jun 2014 : Vitamin E Complex

Promosi Shaklee untuk bulan Jun 2014, Vitamin E Complex!


Nak tau apa istimewanya Vitamin E?

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi, 10mcg selenium dan grape seed extract.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Khasiat Vitamin E Complex Shaklee:

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E. 


Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Buah Epal

Buah epal dikenali sebagai buah yang mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Bukan cuma berguna untuk kesihatan dan perubatan, buah epal juga bermanfaat untuk kecantikan terutama kulit wajah. Buah epal yang kaya akan vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah epal ini boleh membantu memperbaiki kulit yang rosak.

Masker buah epal mampu membantu proses regenerasi kulit serta membersihkan liang pori. Kulit buah epal juga dapat menjaga kadar pH kulit agar tetap seimbang.


buah epal untuk kulit cantik

Berikut ini merupakan beberapa manfaat masker buah epal untuk merawat kecantikan wajah:

1. Menghilangkan jerawat

Jerawat adalah musuh utama bagi kulit berminyak dan jenis kulit-kulit lain. Untuk mengatasinya, anda perlu pati epal sebagai toner wajah. Biarkan beberapa minit dan terus bilas dengan air bersih.

2. Menghilangkan kedutan di wajah

Kedutan di wajah adalah petanda bahawa kulit sudah mulai menua. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana resipi masker epal berikut ini akan membantu anda menghilangkan kedutan.

Caranya, haluskan buah epal dengan cara diblender lalu campurkan dengan putih telur hingga keduanya menyatu. Sapukan adunan tersebut ke wajah secara rata. Biarkan selama 30 minit hingga kering dengan sendirinya, lalu bilas dengan air bersih.

3. Menghilangkan parut-parut hitam

Selain jerawat, parut-parut hitam di wajah merupakan masalah yang kerapkali melanda. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana masker buah epal boleh membantu anda menghilangkannya. Hancurkan buah epal bersama dengan kulitnya lalu disapukan ke seluruh wajah. Lakukan secara rutin sebanyak 2-3 kali seminggu dan lihat hasilnya!

4. Mencerahkan kulit


Masker buah epal juga boleh mengatasi kulit kusam sehingga menjadi cerah kembali. Campurkan parutan epal dengan air limau nipis. Ambil menggunakan kapas kemudian sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

5 . Membersihkan liang-liang kulit

Liang kulit yang tersumbat dan bercampur dengan minyak serta bakteria boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat. Membersihkan liang sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Caranya, haluskan epal dengan cara diblender, lalu tambahkan 1 sudu makan gula ke dalamnya, adun rata. Sapukan ramuan tersebut pada wajah sambil diurut secara lembut.

6. Menghilangkan mata panda

Lingkaran hitam di sekitar mata atau yang sering disebut mata panda adalah kesan dari kurang tidur. Untuk menghilangkannya, anda boleh menutupi sekitar mata dengan potongan buah epal untuk beberapa minit. Cara ini dapat membantu menghilangkan kawasan yang menghitam!


Ingin mencuba produk kecantikan Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain

Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

Cara Mencegah & Menghilangkan Stretch Mark Di Perut

Pertambahan berat badan yg cepat ketika hamil akan membuatkan kulit hilang keanjalannya. Ini akan mengakibatkan munculnya kesan rekahan atau stretch mark di perut bakal-bakal ibu. Yang lebih serius lagi, kesan stretch mark ini selalunya kekal sehingga selepas bersalin!

Stretch mark biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekahan ini. Beruntunglah mereka itu!

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan stretch mark adalah:

1. Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Tetapi sekiranya stretch mark telah menyerang dan hadir di perut, anda boleh cuba suplemen ESP Shaklee. Sangat membantu untuk menghilangkan kesan-kesan stretch mark ini.


ESP Shaklee merupakan protein soya yg sangat penting untuk pembentukan sel-sel kulit baru yg lebih sihat. Sel-sel kulit yg baru dan sihat ini akan mengantikan sel-sel kulit yg telah rosak. Hasilnya, kulit yang merekah akibat stretch mark akan mulai pudar dan hilang!


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

GLA Complex Atasi Jeragat Dengan Berkesan

Jeragat iaitu tompok dan bintik hitam seringkali muncul di bahagian wajah, leher dan badan. Ia bukan masalah yg serius, tapi kemunculan jeragat akan menjejas dan mencacatkan penampilan. Kulit juga nampak kurang sihat dan tidak berseri.

Jangan risau! GLA Complex mampu menolong anda mengatasi dan mencegah jeragat. Seperti pengguna berikut.

cara atasi jeragat dengan gla complex shaklee

Berminat nak dapatkan GLA Complex dengan HARGA RUNTUH?

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Kulit Cantik Tanpa Parut

Pasti setiap wanita mengimpikan kulit yg cantik berseri tanpa parut. Namun tahukah anda apakah itu parut dan jenis-jenis parut yg sering melanda kulit kita? Sehingga kulit yg cantik pun terjejas dengan kehadirannya?

sebab parut terjadi

Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yg tidak seimbang di sekitar bahagian luka.

Jenis-jenis parut yg sering terjadi adalah:

1) Keloid : Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yg cenderung membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal.

2) Kontraktur : Jika kulit anda terbakar, anda  mungkin akan mempunyai parut jenis ini yg menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan utk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam kulit dan memberikan kesan terhadap otot dan saraf.

3) Hipertrofik : Parut merah yg menggelembung yg lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melangkaui sempadan kawasan yg cedera.

4) Atrofik : Ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.

Kepada yg mengalami masalah parut-parut di atas, anda bolehlah mencuba kaedah rawatan semulajadi daripada Shaklee, dengan pengambilan ESP dan Vitamin E Complex.

testimonial kulit cantik shaklee

Umie Sapidah:

Assalamualaikum dan Selamat petang...

Testimoni ESP+VITA E:

Ni adalah testimoni sepupu merangkap customer umie. Customer ni br consume Esp+vita E selama 2 minggu dan hasilnya memang menakjubkan.

U all boleh tgk kat gambar tu.. actually kulit dia sensitif dan berjerawat batu. Semasa dia consume br 1 minggu jerawatnya dah kecut.. ramai kawan-kawan ofis dah tegur mukanya makin BERSIH, parut jerawat dah PUDAR.. muka makin CERAH..

untuk pengetahuan u all.. dlm 1 minggu dia boleh whatsapp umie hampir tiap hari sb dia excited jerawatnya dah kecut dan ada perubahan selepas menggunakan produk shaklee ni.. umie pun happy dapat tolong dia... alhamdulillah...


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Petua Menaikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Bagi bakal-bakal pengantin, pastinya menaikkan seri wajah amat dikehendaki agar wajah kelihatan berseri menjelang hari bahagia. Sekiranya mahu menyerlahkan seri wajah dengan mudah, murah dan selamat, jom ikuti petua-petua ini.

tips naikkan seri wajah pengantin

1) Amalkan Daun Lemuni

Ambil beberapa helai daun lemuni. Sesetengah orang memanggilnya daun lengundi. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yg memberangsangkan.

2) Gunakan Air Kelapa

Air kelapa memang banyak manfaatnya. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Jangan fikir air ini untuk diminum. Sebaliknya gunakan ia untuk mencuci muka. Sapukan air ini dengan rata ke seluruh wajah. Kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yg sama memudarkan sebarang parut yg ada.

3) Minum Air Sebelum Mandi

Untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minumlah segelas air kosong (suam) sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah kelihatan lebih segar dan berseri.

4) Urutan Wajah

Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan basahkan dengan air. Rautkan pada wajah bermula dari dagu ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini juga dipercayai membantu mengelakkan  kulit wajah cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai amalan tambahan, sentiasalah amalkan bacaan Al-Qur'an dan wirid.


Sekiranya anda ikuti langkah-langkah di atas, ditambah pula pengambilan suplemen Shaklee Collagen Powder, pasti anda akan mendapat hasil yg mengagumkan!

testimonial shaklee collagen powder

testimonial shaklee collagen powder 2

testimonial shaklee collagen powder 3

testimonial shaklee collagen powder 4

testimonial shaklee collagen powder 5

Selamat mencuba!

Dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=baa905e9af0bf1f9ad514661288b8da7

Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Wanita Asia Cepat Kelihatan Tua?

Anda tahu tak, kulit wanita-wanita Asia cenderung untuk kelihatan tua dan tekstur kulit menjadi kasar serta kusam dengan lebih cepat berbanding dengan wanita-wanita di Barat?


Kajian bermula pada 2007 itu dijalankan ke atas 490 wanita Asia di Tokyo, Jepun dan 380 wanita Barat di Long Island, New York. 

Kajian mendapati kulit orang Asia mempunyai lapisan corneum atau lapisan lembapan yang lebih nipis. Ini menyebabkan penyahhidratan kulit berlaku lebih cepat, seterusnya boleh menyebabkan kulit cepat tua dan tekstur kulit menjadi kasar.

Bintik gelap akibat usia muncul di kalangan masyarakat Asia pada peringkat umur lebih muda berbanding kulit orang Barat, mempercepatkan lagi pertukaran tona kulit orang Asia.

Di samping itu, terdapat perbezaan antara penyusunan kolagen dalam kedua-dua jenis kulit. Ini memberi kesan terhadap bagaimana cahaya disebarkan, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri.

kolagen shaklee

Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Pengambilan makanan kaya dengan protein, Vitamin CVitamin E dan Kolagen secara konsisten akan membantu anda mengembalikan kehalusan dan keserian kulit anda. Malah dapat membantu kulit menjadi lebih anjal serta mengembalikan keremajaan kulit anda.

Namun, sekiranya anda tidak mampu untuk mengambilnya secara konsisten dan mencukupi melalui pemakanan harian, supplement mampu menolong anda.

kulit cantik shaklee


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Merawat Kulit Terbakar atau Sunburn Akibat Sinaran Matahari

Kulit muka anda terbakar akibat sinaran matahari atau sunburn? Bagi yg aktif beraktiviti outdoor pasti sering mengalami sunburn ni kan? Atau bagi yg baru pulang becuti dari pantai atau pulau-pulau, pasti cenderung untuk terkena sunburn. Jangan stress-stress. Jom cuba petua dan tips di bawah untuk rawat sunburn.

kulit terbakar sunburn

1) Daun Lidah Buaya

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.

2) Masker Timun & Susu Tepung

Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yg terbakar.

3) Tomato

Cuci bersih tomato yg hendak digunakan. Kemudian belah 2. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri.

4) Guna Kentang

Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana. Tidak perlu buang kulitnya. Basuh bersih dan kukus sehingga lembut. Kemudian lenyek kentang sehingga hancur. Sapukan ke wajah dan jadikan seperti masker. Khasiat ubi kentang juga bagus untuk merawat kulit terbakar.

5) Shaklee Collagen Powder

Sekiranya anda mahukan kesan segera, bolehlah mencuba suplemen Shaklee Collagen Powder (SCP).

shaklee collagen powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.  

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Apa kata pengguna?

testimonial shaklee collagen powder

Pic atas: before start collagen. Muka mudah terbkar walau tak kena direct ngan cuaca panas.. Selalu duduk kat belakang je if naik kereta

Pic tengah: after 7 paket collagen. Muka dah xbrapa nak merah2. Dah cantik ya putih sekata.

Pic bawah: pic latest (xtau collagen keberapa. tp belum habis 1 box collagen sebab kdg terlupa minum..minum collagen sebelum tido). Muka dah nampak putih jernih..pinkish.. Nampak glowing. Muda belia.

Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder hari ini!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=baa905e9af0bf1f9ad514661288b8da7

Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rahsia Kulit Cantik Gebu Dengan Nutriwhite

Impikan kulit yg cantik dan gebu? Ada yg bertanya, "Saya dah makan semua vitamin untuk kulit cantik, ada tak produk Shaklee untuk luaran pulak?". Jawapannya, "Ya. Memang ada". Rangkaian penjagaan kulit Nutriwhite Shaklee, memang sesuai untuk anda yg sedang tercari-cari produk penjagaan kulit wajah.

Antara produk-produk dalam rangkaian penjagaan wajah Nutriwhite:

Nutriwhite Shaklee

Bagaimana ia bertindak?

Nutriwhite Shaklee

Antara produk Nutriwhite yg paling hot adalah:



Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Cara Atasi Jerawat dan Parut Jerawat Degil

Argh. Tensionnya bila tengok cermin!
Kenapa la kulit aku ni teruk sgt?
Bila la jerawat dan parut nak hilang ni?
Tolong. Dah macam-macam pakai, tapi jerawat dan parut tak hilang-hilang pun!!

Anda pernah rasa macam ni tak? Sahlah anda perlukan bantuan.

-->> Cubalah ESP (Soy Protein) & Alfalfa Complex keluaran Shaklee <<--

Jom tengok perubahan pengguna ni. Kulit makin bersih dan cantik setelah amalkan ESP & Alfalfa Complex.


Fungsi:

ESP : Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit, menghilangkan parut.

Alfalfa : membantu proses membuang toksin dari tubuh. Toksin dalam badan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat dan berminyak. Juga mengatasi masalah keradangan pada kulit akibat jerawat dan alahan (resdung).

Disebabkan Vita-C Shaklee dah habis licin se-Malaysia, bolehlah jadikan ESP & Alfalfa sbg alternatif anda utk merawat jerawat dan parut!


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Hilang Jerawat dan Parut, Kulit Jadi Cantik Mulus!

Ramai yang dah hilang jerawat dan parut jerawat selepas amalkan Shaklee. Malah kulit diorang jadi semakin cantik dan mulus selepas jerawat dan parut tu hilang.

Alhamdulillah. Ternyata Shaklee bukan sahaja terbukti berkesan, malah dapat memperbaiki kualiti hidup pengguna-penggunanya. Yela, selama ada jerawat dan parut, mesti rasa rendah diri dan kurang yakin dengan penampilan diri sendiri kan. Dah hilang segala mak, nenek jerawat, parut jerawat, mestilah makin yakin!

kulit cantik shaklee

Apa kata pengguna ni?

LoVely FaiZah:

Pengalaman sendiri: saya beli vitamin C & E organic xde jenama kat internet.. rupanya vitamin C & E ni shaklee punya. mmg pasni terus promote shaklee jew..tgokla progress from 1,2,3,4.. y 4 tu terkini!! xde parut jerawat pon... :) tengs to Zata Ezzah Fawzi, tgok page beliau bru taw vitamin shaklee y sebenar lebih murah.. now sy da jd ahli... :) look out another vitamin lak pasni.. n suggest kt kwn2..

Dan pengguna ni?

kulit cantik shaklee 2

Dan yang paling best,

kulit cantik shaklee 3

Antara vitamin yang diorang gunakan adalah Vitamin E Shaklee.

vitamin e shaklee

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. Satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3. Pilih Vitamin E yg berserta selenium

**Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan
___________________________________________

Seperti saya... saya pilih jenama Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas:

1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
3. Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium (as selenium yeast)*

Apa pilihan anda pula?


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Semulajadi

Kali ni nak kongsi sikit rahsia untuk buatkan kulit cantik berseri. Guna masker! Boleh buat sendiri je masker ni. Lagi fresh dan berkesan kot. Tak payah la korang nak beli kat kedai kan. Antara masker yg sangat-sangat bagus untuk kulit korang adalah masker putih telur, masker tomato dan masker timun.

kulit cantik shaklee

Cara-cara nak buat masker ni senang dan simple je.

Masker Putih Telur

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Selain itu, masker ini dapat mencerah dan menegangkan kulit wajah.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocak hingga berbuih.
3. Pastikan buihnya pekat dan padat.
4.  Campur sedikit Vitamin E.
5. Sapu masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yg memberangsangkan.

Cara penyediaan:

1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil 1 sudu besar ESP dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
5. Biarkan selama 15-20 minit. Cuci seperti biasa.

Masker Timun

Timun berkhasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yg ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk segarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yg terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara penyediaan:

1. Kupas timun, belah menjadi 2 bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campurkan dengan 1 cawan oat di dalam mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati. Timun pula melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.
3. Tambah 1 sudu ESP ke dalam campuran tadi. ESP bagus untuk menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.

Selamat mencuba!

Kolagen Untuk Kulit Cantik dan Awet Muda

Anda tahu apa itu kolagen? Rata-rata golongan wanita mesti tahu kan? Tambahan pula banyak produk-produk berasaskan kolagen yg ada kat pasaran sekarang. Kolagen ni tisu penyambung untuk bantu kekalkan keanjalan kulit dan kekuatan rambut, sendi, ligamen, otot, tulang, gusi, tendon dan salur darah. Pendek kata, memang kolagen ni sangat penting untuk kita terus kekal sihat.


Apa tanda-tanda kita telah kehilangan kolagen dari badan?


So, macam mana nak kembalikan kolagen-kolagen yg hilang daripada badan kita?

1) Dengan cara sapuan - Namun molekul kolagen terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit.


2) Pengambilan secara oral - yg ni lebih berkesan dan efektif.


Tapi..nanti dulu. Sebelum anda ambil apa-apa produk secara oral, pastikan saiz molekul kolagen produk tersebut adalah kecil agar mudah diserap oleh badan.

Pilihan saya dan juga ramai wanita-wanita di Malaysia? Semestinya Shaklee Collagen Powder (SCP) dari sumber-sumber semulajadi.


Ingredient utama SCP ni adalah sisik ikan merah. Kenapa sisik ikan merah? Ini kerana ikan merah hidup jauh di dasar lautan yg bertekanan tinggi. Semestinya sisiknya sangat lasak dan kuat kan!


Lain-lain ingredients yg terkandung dalam SCP:


Setiap bahan mempunyai fungsi masing-masing.


Kajian saintifik telah dibuat kepada SCP.


Apa kata pengguna-pengguna SCP?



Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Selama saya berkecimpung dalam biz Shaklee ni, alhamdulillah banyak feedback2 positif daripada customer saya. Antara vitamin-vitamin Shaklee yg 'hot' adalah vitamin untuk kulit cantik Shaklee. Jap lagi saya share antara testimonial daripada customer2 ni ye.

Vitamin apa yg sangat bagus untuk kulit ni?

kulit cantik shaklee

Vitamin C – Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen yang menguatkan sel kulit. Juga membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. 

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya. Juga membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.

B-Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat. Juga membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam.

Apa kata pengguna-pengguna:

testimonial shaklee 1

Hani Nadhirah:

Tengok gambo kt sebelum tu makan vita C tp dari brand lain tp x jadi apa2 pun uols..muka pun ala2 jambatan x siap gittew..coreng sana coreng sini..parut jerawat toksah ckpla merata2 ada..belum masuk lg kawah bulan..mekap pun tetap nampak buroks jugak k..

Alhamdulillah selepas sembang dgn kak Zura Betty, beliau yg suggest sy minum ESP Shaklee..after 2 minggu consume ESP memang terasa ada perubahan terus beli pulak GLA Complex Shaklee x saba2 nk kulit cantik okey...slps sebulan memang sangat2 berpuas hati dgn produk ni..then terus mkn Set D ( VITA C, VITA E, BCOMPLEX) utk dpt hasil yg lg POWER...Alhamdulillah....tak mau tukar yang lain dahhhhh.....Sekarang x perlu nk mekap tebal sampai 3 inci dh k...just sapu compact powder & celak sikit je..memang ESP ni boleh dpt cun lahhhhhh.....


testimonial shaklee 2

Masnah Jali:

Saja nak buat testimoni. Setelah pengambilan set D (vita E, vita C, B-Complex), esp dan gla start sept 2012. gambar terkini 12 dec 2012.


testimonial shaklee 3

Ayu Aiman:

Hasil stlh sebulan stgh amik shaklee set d+esp secara konsisten..2,2 pix ni tanpa makeup k..yg latest ni amik smlm lps balij keje..muka still moist & segar je.. ni hasil yg nampak..yg paling mengagumkan,parut bersalin c-zer yg dh nk masuk 2 thn saya pon dh cerah..tp tkleh la nak tunjuk kan..hehe..:)



Inginkan maklumat lanjut tentang produk?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Tips Cantik Semulajadi Dan Jimat Duit

Mana ada wanita yg tak suka cantik, jelita semulajadi kan? Tapi gaya hidup masa kini kadangkala membuatkan golongan wanita terlalu sibuk sehingga mengabaikan penjagaan diri mereka. Ada yg awal-awal pagi, gelap gelita lagi dah keluar mencari rezeki. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai ke rumah.

Tapi jangan jadikan itu alasan utk anda tak menjaga penampilan anda tau! Kat rumah pun kita boleh rawat wajah, kulit dan badan kita. Kat sini saya nak bagi tips sikit, macam mana nak buat semua tu. Duit pun dah boleh jimat banyak kat situ.

tips kecantikan

Bibir

Untuk dapatkan bibir yg sihat tidak mengelupas, caranya:

1. Dapatkan gula perang, madu dan sedikit pelembap bibir.
2. Campurkan sedikit gula perang dan madu.
3. Masukkan pelembap bibir dan kacau sehingga tekstur menjadi likat.
4. Sapu dan gosok perlahan pada bibir.
5. Dalam tempoh 5 minit anda boleh melihat hasilnya.

*Madu melembutkan bibir, manakala gula perang menjadi skrub bagi menanggalkan sel kulit mati pada bahagian bibir.


Tubuh & Kulit Wajah

Untuk menghilangkan sel kulit mati di wajah dan tubuh, anda boleh buat skrub sendiri. Caranya:

1. Dapatkan 3 sudu besar minyak zaitun (sebaiknya extra virgin), 2 sudu besar madu dan sedikit gula.
2. Campurkan ketiga-tiga bahan ini. Kacau sebati.
3. Setelah mendapat tekstur kasar seperti skrub, mulalah lulur bahagian tubuh dan wajah. Bancuhan skrub ini juga boleh disimpan jika anda mahu.
4. Anda juga boleh campurkan sedikit ESP dan yogurt dalam bancuhan ini.

ESP Shaklee
Kandungan ESP Shaklee.


Penyegar Semulajadi Untuk Kulit Muka

Untuk mengatasi masalah kulit kering, gunakanlah penyegar dan pelembap. Salah satu bahan semulajadi yg dipercayai amat berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah beras. Untuk menghasilkan penyegar berasaskan beras ini amat mudah:

1. Ambil beras, lebih baik jika organik.
2. Basuh beras seperti biasa.
3. Dapatkan air basuhannya dan simpan di dalam bekas.
4. Ambil kapas muka dan gunakan air basuhan beras ini seperti penyegar.
5. Selepas menggunakannya, anda akan dapat rasai kesegaran pada kulit wajah anda. 

*Usah simpan air beras dalam tempoh yg lama, seelok-eloknya gunakan dalam tempoh 1 hari sahaja.


Telapak Kaki

Jika anda mempunyai tapak kaki yg kasar atau tumit yg pecah-pecah, buatlah rawatan seperti berikut:

1. Letakkan air suam ke dalam besen dan taburkan garam bukit.
2. Rendamkan kaki selama 15-20 minit.
3. Ambil berus dan gosok tapak kaki anda.
4. Untuk membuang sel kulit mati dan menghapuskan tapak kaki yg bermasalah, gunakan gula perang dan madu sebagai skrub.
5. Sapu Herbal Blend Multi-Purpose Cream tiap-tiap malam sebelum tidur pada tapak kaki dan tumit yg bermasalah itu.

tumit pecah shaklee


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Inginkan maklumat lanjut tentang produk?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Kenapa Selulit Terjadi Sehingga Menghodohkan Kulit?

Bagi kebanyakan wanita, mendengar perkataan selulit sahaja dah buat mereka stress dan tertekan. Apatah lagi bila mereka sendiri merasainya.

Selulit adalah gumpalan lemak yg terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menggerutu. Ia juga mengakibatkan garis-garis kulit pecah dan selalu terdapat pada bahagian punggung, paha dan belakang betis.

selulit

Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapatkan selulit. Tahukah anda kenapa selulit sering terjadi?

1. Hormon

Hormon Estrogen merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Ia terbentuk ketika terjadi perubahan hormon pada wanita iaitu ketika akil baligh, hamil dan menopaus. Pengambilan pil kesuburan dan juga pengambilan sesetengah pil perancang keluarga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon.

2. Fizikal

Masalah ini terjadi ketika adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Apabila perubahan ini berlaku, maka berlakulah masalah selulit.

3. Duduk terlalu lama

Situasi ini boleh menjadi pencetus selulit ditambah lagi bila anda duduk dalam posisi yg salah. Contohnya duduk dalam keadaan tubuh yg agak membongkok dan kurang bergerak sehingga sendi-sendi tulang pada tubuh menjadi kaku. Contohnya terlalu lama duduk di depan komputer.

4. Pengambilan Kafein

Minuman yg mengandungi kafein juga boleh menjadi penyebab munculnya selulit. Jadi jika ingin mencegah selulit 'datang' kepada anda, ada baiknya kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuaman bersoda.

5. Berat badan tak stabil

Diet yo-yo atau perubahan berat badan yg tak stabil juga boleh meningkatkan kemungkinan munculnya selulit. Kawal berat badan, sebaik-baiknya lakukan secara perlahan-lahan dan tak terlalu drastik.

6. Pola Makan

Hindari makanan yg kaya dengan lemak kerana lemak lambat diuraikan dan tersimpan dalam tubuh. Hindari pula makanan yg tinggi kadar gula dan zat aditif kerana membuat selulit makin parah. Banyakkan minum air putih untuk membantu membuang kandungan toksin dalam tubuh.

Suplemen semulajadi dari Shaklee yg mungkin dapat membantu anda:

selulit shaklee

1) LECITHIN -  Nature’s Emulsifier  memecah serta mencairkan lemak terutama  kolestrol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.

2) VITAMIN C -  berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat.

3) OSTEMATRIX - Pil Kalsium berserta magnesium yang penting dalam pembentukan tulang dan mengeluarkan hormon & enzim badan serta mengurangkan masalah pengumpulan air ataupun water retention di dalam tubuh.


4) ESP – sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved