Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

November Special - Alfalfa!


Buy 6, Free 1 Alfalfa!


Alfalfa Complex
-----------------------
Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Selamat Tinggal Resdung!


Resdung boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti mengubah cara hidup dan juga cara pemakanan. Selain itu, pengidap resdung juga digalakkan:

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
 
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
 
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
 
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
 
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Pengidap resdung juga boleh mengamalkan supplement atau makanan tambahan bagi mengurangkan simptom-simptom resdung dan mengubatinya secara semulajadi dengan Shaklee.

Apa kata pengguna:

Saya telah menggunakan NutriFeron daripada Shaklee sejak ia diperkenalkan. Setelah mengalami melalui begitu banyak selsema, jangkitan resdung, sakit telinga dan flu, menggunakan NutriFeron nampaknya memberikan kesan semula jadi dalam penjagaan kesihatan saya.

Pada masa itu, saya telah mengambil anti-histamin prekripsi, decongestants preskripsi, inhaler preskripsi, antibiotik dan masih sakit! Malah ia membuatkan saya merasa mengantuk dengan perut dan saluran usus agak bermasalah. Semua ubat yang saya ambil tidak menghilangkan resdung dan masalah sejuk.

Kemudian dengan tambahan NutriFeron dan Alfalfa Kompleks Shaklee, masalah resdung saya hilang. Kini mereka adalah memori lampau. Tiada lagi antibiotik! Tiada anti-histamin, decongestants! Saya boleh bernafas tidak kira di mana saya berada. Saya kerap mengembara dengan perniagaan saya, jadi saya masuk dan keluar dari semua jenis debunga, kuman, virus yang pelbagai. Tetapi sistem imun saya bertambah dan meningkat dengan NutriFeron, rasa geli di bahagian tekak saya pun jarang saya rasa.

credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Antara produk-produk Shaklee yang membantu pengguna tersebut adalah:


 Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kebaikan: Artritis, Bronkitis, Asma, Masalah Kolon, Ulser, Penghadaman, Alahan, Kidney Stone, Resdung, Batu hempedu, Gout, Bau Badan, Bursitis dan Stiff Joints.


 NutriFeron

Merangsang pengeluaran interferon semulajadi. Sistem imun yang sihat adalah barisan hadapan yang paling berkuasa dalam pertahanan badan kita. Berkesan terhadap Selsema, Flu, Hepatitis C, Kanser, Alahan, Asma, Resdung, Jangkitan kronik dan sebagainya.

Dr. Kojima selama 40 tahun menguji beratus-ratus sebatian mencari formula semulajadi yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Satu campuran kuat tetapi selamat ekstrak daripada tumbuhan, yang dibuktikan oleh kajian klinikal manusia untuk memberi sokongan imun yang berkuasa. Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'


Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Resdung atau Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.


Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung


Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.


Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Simptom-Simptom Resdung


- Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
- Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
- Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
- Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
- Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
- Pening kepala.
- Hidung tersumbat.
- Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
- Demam atau rasa tidak sedap badan.
- Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
- Kurang deria rasa atau bau.
- Kelesuan.

credit
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved