Tips Untuk Mata Yang Cantik!

Pepatah ada mengatakan, dari mata turun ke hati. Begitu pentingnya peranan mata. Sehingga boleh menambat hati orang yg memandangnya. Mata kita sememangnya tuhan ciptakan dah sedia cantik, tapi ia tetap perlukan penjagaan agar kekal cantik. Jom tengok tips untuk dapatkan mata yg cantik!

tips mata cantik
Cantiknya mata dia!

1. Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.

2. Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

3. Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.

4. Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.

5. Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

6. Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi serta elakkan berjaga malam terlalu kerap. Hindari tekanan berlebihan, tidak merokok dan mengambil ubat-ubatan berlebihan.

7. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!

8. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.

Selamat mencuba!
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Unknown said...

oh.. entri menarik..huhu.. btw produk shaklee tak ada ke utk mata ?


January 28, 2013 at 2:25 PM
Unknown said...

nana liena - Shaklee ade produk utk mata. Carotomax nama die, carotomax ni vit a atau beta carotene..mcm yg kita tau, vit a mmg bagus utk mata..


February 2, 2013 at 4:04 PM
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved