Showing posts with label Kulit Berminyak. Show all posts
Showing posts with label Kulit Berminyak. Show all posts

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Semulajadi

Kali ni nak kongsi sikit rahsia untuk buatkan kulit cantik berseri. Guna masker! Boleh buat sendiri je masker ni. Lagi fresh dan berkesan kot. Tak payah la korang nak beli kat kedai kan. Antara masker yg sangat-sangat bagus untuk kulit korang adalah masker putih telur, masker tomato dan masker timun.

kulit cantik shaklee

Cara-cara nak buat masker ni senang dan simple je.

Masker Putih Telur

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Selain itu, masker ini dapat mencerah dan menegangkan kulit wajah.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocak hingga berbuih.
3. Pastikan buihnya pekat dan padat.
4.  Campur sedikit Vitamin E.
5. Sapu masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yg memberangsangkan.

Cara penyediaan:

1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil 1 sudu besar ESP dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
5. Biarkan selama 15-20 minit. Cuci seperti biasa.

Masker Timun

Timun berkhasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yg ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk segarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yg terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara penyediaan:

1. Kupas timun, belah menjadi 2 bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campurkan dengan 1 cawan oat di dalam mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati. Timun pula melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.
3. Tambah 1 sudu ESP ke dalam campuran tadi. ESP bagus untuk menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.

Selamat mencuba!

Dec 2012 Offer: Shaklee Collagen Powder!


Buy 6, Free 1 Shaklee Collagen Powder!

Yeay! Akhirnya produk yg saya tunggu! Shaklee Collagen Powder ni is one of my FAVOURITE!

Kenapa?

Tungguu...in my next post okayyy!! :)

Nak order 1, 2, 3 atau 6 kotak terus?

Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Produk Penjagaan Wajah Pilihan Hati

Kulit muka saya memang agak bermasalah sejak dari saya di bangku sekolah menengah lagi. Dan saat itu, memang kulit muka saya sangat-sangat kronik. Kadang-kadang timbul rasa rendah diri bila bandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya yang lain. Nak beli produk rawatan muka yang mahal-mahal atau pergi buat rawatan muka di salun-salun kecantikan memang tak mampu. Setakat pakai produk Safi je. Al-maklumlah, duit pun minta kat mak ayah je. Tu pun setakat nak beli peralatan belajar dan tinggallah sedikit untuk buat belanja diri.


Bila menjangkau usia 22 tahun, saya mula berjinak-jinak dan merasa pegang duit sendiri. Baru je graduate, terus dapat kerja sebagai Jurutera. Bekerja sebagai Jurutera memang agak mencabar fizikal dan mental. Dan yang ikut terkena effect, adalah kulit saya sendiri sebab banyak terdedah kepada cahaya matahari, habuk dan kotoran. Dan bermulalah pencarian saya untuk mencantikkan kulit saya yang dah makin teruk.

Saya masih ingat lagi, bila kawan serumah saya perkenalkan produk penjagaan kulit TA (nama penuh, biarlah rahsia, hehe). Teruja sangat bila tengok kulit kawan saya yang berubah menjadi putih dan licin bila amalkan produk penjagaan wajah ni. Saya terus beli 1 set dan mula pakai. Memang cepat nampak perubahan kat kulit saya. Jerawat makin hilang dan kulit jadi licin. Sukanya saya saat tu.

Tapi, sampai satu ketika, saya mula was-was untuk gunakan produk tu. Sebab tiada kelulusan KKM dan pada masa tu hangat isu hidrokuinon dalam produk-produk kecantikan buatan Malaysia. Bila saya stop, terus kulit saya penuh dengan jerawat-jerawat, malah lebih teruk dari keadaan awal dulu. Sejak tu, saya serik untuk gunakan produk-produk penjagaan wajah yang dibuat oleh syarikat-syarikat kosmetik. Saya terus bertukar ke produk-produk yang saya yakin selamat. Saya beli kat farmasi je.

Sejak saya kenal dengan Shaklee, saya amat tertarik dengan produk penjagaan kulit Enfuselle. Sebabnya, Enfuselle dibuat oleh Shaklee sendiri, iaitu syarikat nutrisi semulajadi dan bukannya syarikat kosmetik. Malah produk Enfuselle telah diuji oleh pakar Dermatologi, tiada Paraben dan tiada bahan-bahan daripada sumber haiwan.

Enfuselle terbahagi kepada dua jenis, untuk kulit normal to dry dan normal to oily.

1) Normal to Oily Skin


Sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif. Ianya terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

- Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
- Mencerahkan tona kulit
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik

2) Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida.

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal:

- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- pH yang seimbang
- Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
- Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
- Membantu mengawal kulit berminyak
- Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer 

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit.

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

- 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
- Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
- Hipoalergenik

2) Normal to Dry Skin


Sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif. Terdiri daripada:

1) Hydrating Cleansing Lotion 

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri.
- Mencerahkan tona kulit.
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik

2) Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit

Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal:

- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.
- pH yang seimbang.
- Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit.
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer 

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam

Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:

- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
- Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik

Apa kata pengguna-pengguna? 


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved