Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Buah Epal

Buah epal dikenali sebagai buah yang mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan.

Bukan cuma berguna untuk kesihatan dan perubatan, buah epal juga bermanfaat untuk kecantikan terutama kulit wajah. Buah epal yang kaya akan vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C serta antioksidan. Zat antioksidan dalam buah epal ini boleh membantu memperbaiki kulit yang rosak.

Masker buah epal mampu membantu proses regenerasi kulit serta membersihkan liang pori. Kulit buah epal juga dapat menjaga kadar pH kulit agar tetap seimbang.


buah epal untuk kulit cantik

Berikut ini merupakan beberapa manfaat masker buah epal untuk merawat kecantikan wajah:

1. Menghilangkan jerawat

Jerawat adalah musuh utama bagi kulit berminyak dan jenis kulit-kulit lain. Untuk mengatasinya, anda perlu pati epal sebagai toner wajah. Biarkan beberapa minit dan terus bilas dengan air bersih.

2. Menghilangkan kedutan di wajah

Kedutan di wajah adalah petanda bahawa kulit sudah mulai menua. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana resipi masker epal berikut ini akan membantu anda menghilangkan kedutan.

Caranya, haluskan buah epal dengan cara diblender lalu campurkan dengan putih telur hingga keduanya menyatu. Sapukan adunan tersebut ke wajah secara rata. Biarkan selama 30 minit hingga kering dengan sendirinya, lalu bilas dengan air bersih.

3. Menghilangkan parut-parut hitam

Selain jerawat, parut-parut hitam di wajah merupakan masalah yang kerapkali melanda. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana masker buah epal boleh membantu anda menghilangkannya. Hancurkan buah epal bersama dengan kulitnya lalu disapukan ke seluruh wajah. Lakukan secara rutin sebanyak 2-3 kali seminggu dan lihat hasilnya!

4. Mencerahkan kulit


Masker buah epal juga boleh mengatasi kulit kusam sehingga menjadi cerah kembali. Campurkan parutan epal dengan air limau nipis. Ambil menggunakan kapas kemudian sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

5 . Membersihkan liang-liang kulit

Liang kulit yang tersumbat dan bercampur dengan minyak serta bakteria boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat. Membersihkan liang sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Caranya, haluskan epal dengan cara diblender, lalu tambahkan 1 sudu makan gula ke dalamnya, adun rata. Sapukan ramuan tersebut pada wajah sambil diurut secara lembut.

6. Menghilangkan mata panda

Lingkaran hitam di sekitar mata atau yang sering disebut mata panda adalah kesan dari kurang tidur. Untuk menghilangkannya, anda boleh menutupi sekitar mata dengan potongan buah epal untuk beberapa minit. Cara ini dapat membantu menghilangkan kawasan yang menghitam!


Ingin mencuba produk kecantikan Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain

Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved