Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Promosi Shaklee April 2014 : Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium!

Promosi Shaklee untuk bulan April 2014 adalah Ostematrix!

Beli 6 botol, percuma 1 botol!

Dapatkan Ostematrix dengan harga SUPER JIMAT dengan mendaftar sebagai ahli sekarang!

Hanya RM65 untuk mendaftar keahlian untuk SEUMUR HIDUP!

PROMOSI OSTEMATRIX

Apa kandungan Ostematrix Shaklee? 

 - 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap 
 - 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang 
 - 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium 
- Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang 
 - Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang 
 - Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang 
- OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS. Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf. 

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee? 

 - Nutrien pembinaan tulang yang lengkap 
- Terbukti secara klinikal 
- Mudah ditelan dan mudah diserap badan 
- VITAMIN SEMULAJADI! 

Siapa yang perlu mengambil Ostematrix Shaklee? 

- Mereka yang kurang mendapat zat membina tulang dari pemakanan harian. 
- Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang, gigi dan mengekalkan tulang serta gigi yang sihat untuk jangka masa panjang. 
- Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium 
- Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua. 
- Ibu hamil dan menyusukan anak 
- Wanita yang mengalami gejala PMS 
 - Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal 
- Sekiranya anda sukar minum susu atau menelan kalsium dalam bentuk lain 

Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Top 10 Supplement Yang Anda Perlu Ambil Setiap Hari!

Senarai ini adalah di antara supplement atau makanan tambahan yang anda digalakkan ambil setiap hari untuk memaksimumkan kesihatan anda secara keseluruhan.

vitamin shaklee yang perlu ambil

1. Multivitamin

Tempat pertama, anda perlu mulakan dengan multivitamin. Ia menyediakan dan memberi badan anda nutrisi asas yang diperlukan. Tetapi anda tidak perlu berhenti hanya di multivitamin kerana badan anda boleh mendapat manfaat yg lebih banyak daripada nutrien yg lain.

2. Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 (seperti EPA dan DHA) telah terbukti membantu merendahkan risiko strok dan penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah dan juga telah terbukti membantu dalam menangani artritis reumatoid, kemurungan, asthma, ADHD, Alzheimer dan dementia.

3. Vitamin C

Kebanyakan kita tidak mendapat Vitamin C yg cukup dalam diet kita. Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi dan sistem imun kita. Memandangkan Vitamin C pantas digunakan oleh badan, pilih Vitamin C jenis Sustained Release!

4. Vitamin D

Vitamin D adalah penting untuk metabolisme kalsium, jika anda mahu tulang yang sihat anda memerlukan Vitamin D. Vitamin D juga menyokong sistem imun kita. Darah yg mempunyai tahap Vitamin D yg optimum boleh membantu dalam kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser tertentu serta depression.

5. Vitamin B

Vitamin B membantu mengawal metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Mereka membantu sintesis dan pembaikan DNA, menurunkan homocysteine dan berguna untuk mengurangkan tekanan serta metabolism tenaga.

6. Vitamin K

Vitamin K tidak begitu popular berbanding nutrien lain, tetapi ia amat penting untuk kesihatan kita dan secara amnya kekurangan Vitamin K dalam diet kita adalah kerana kita tidak cukup makan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K adalah penting untuk mineral tulang, pembekuan darah dan penyembuhan luka.

7. Kalsium

Ramai orang tahu bahawa kalsium adalah penting untuk tulang dan osteoporosis adalah satu kebimbangan utama dengan peningkatan usia. Kalsium juga membantu untuk mengekalkan tekanan darah yang normal dan boleh memainkan peranan dalam penurunan berat badan.

8. Antioksidan

Antioksidan adalah penting untuk melindungi badan kita terhadap radikal bebas, yg menjadi penyumbang kepada penuaan. Sumber-sumber terbaik antioksidan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Cari makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E, Beta-Karotena, Lycopene, Lutein, Zink dan Selenium.

9. Probiotik

Walaupun ia bukan nutrien, Probiotik tersenarai di sini kerana ia penting untuk fungsi penghadaman kita. Probiotik adalah mikroorganisma yang menyokong fungsi normal saluran pencernaan keseluruhan dan boleh mengurangkan kecenderungan kita untuk sembelit dan cirit-birit. 

10. Lutein dan Lycopene

Sebatian-sebatian ini (vitamin-like compounds) yg terdapat dalam makanan adalah antioksidan yg hebat. Mereka juga menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan dan jangka panjang mata, jantung, kulit dan paru-paru!


Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Vitamin Shaklee Untuk Merawat Buasir

Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yg mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir.

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian  rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.

Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Untuk merawat buasir, anda digalakkan mengambil vitamin Shaklee yg terdiri daripada Ostematrix, Omega Guard dan Zinc Complex.

vitamin shaklee untuk buasir

Fungsi setiap vitamin-vitamin Shaklee ini adalah:


Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.


Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.


Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Ramai yg telah mendapat manfaat daripada vitamin-vitamin ini.


Apa kata pengguna-pengguna?

testimonial buasir shaklee 1

testimonial buasir shaklee 2

testimonial buasir shaklee 3


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Badan Cergas & Bertenaga Dengan Set Kehamilan Shaklee

Anda sedang hamil dan ingin badan cergas bertenaga? Mungkin Set Kehamilan Shaklee boleh membantu.

Memang lumrah bagi kebanyakan ibu-ibu hamil, akan merasa cepat lelah, semput, loya dan sebagainya. Sehingga membuatkan kehamilan menjadi suatu yg sukar untuk mereka hadapi. 

Tetapi berlainan bagi ibu ini. Badan beliau semakin cergas bertenaga walaupun hamil, apabila mengamalkan Set Kehamilan Shaklee.

badan cergas bertenaga dengan set kehamilan shaklee

Antara suplemen Shaklee yg beliau amalkan adalah Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard dan ESP.

Antara fungsi vitamin-vitamin ini kepada ibu-ibu hamil adalah:

set kehamilan shaklee

Selain mengamalkan pemakanan yg seimbang serta berkhasiat, senaman yg bersesuaian dan rehat yg mencukupi, pengambilan suplemen Shaklee semasa hamil juga sedikit sebanyak membantu ibu-ibu hamil berada dalam keadaan bertenaga dan ceria.

Anda sedang hamil dan inginkan kesan yg sama? Jangan lupa hubungi saya untuk keterangan lanjut.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering


Bagi ibu-ibu yg bersalin secara normal, kemungkinan besar anda akan mempunyai luka episiotomi. Untuk memastikan luka anda cepat sembuh dan kering, cuba amalkan tip-tip ini:


Tips Luka Bersalin Normal Cepat Sembuh & Kering

1) Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2) Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3) Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4) Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5) Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6) Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7) Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8) Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Alfalfa Complex dan Ostematrix.

9) Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10) Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

cara senaman kegel

11) Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12) Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

13) Amalkan makan ikan haruan (kaya dgn Zinc) atau Zinc Complex Shaklee setiap hari untuk mempercepatkan luka kering dan sembuh.


Dapatkan Zinc Complex Shaklee sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=de3a1d8c27100134e970acb749429fca
 
Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Set Penyusuan 3M Shaklee Yang Sangat Popular

Sedang tercari-cari Set Penyusuan untuk membantu menambah susu badan? Cubalah Set Penyusuan 3M Shaklee. Memang popular dan hot di kalangan ibu-ibu menyusu di Malaysia!

set penyusuan 3m shaklee

Set penyusuan 3M ini terdiri daripada VitaLea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex, Ostematrix dan ESP.

Siapa yang perlukan set ini?

Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, ibu yang nak mula menyimpan stok, ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Fungsi vitamin-vitamin ini:

VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kurang imun & mudah mengalami masalah penyusuan seperti clogged duct, masisitis, thrush dll. 

Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu. Vita-C juga membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu. B-Complex juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Alfalfa : penggalak susu ibu, membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga bagus untuk merawat keputihan dan bertindak sebagai 'perapat'!

Ostematrix : menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis, reput gigi serta merawat masalah sakit uraf saraf serta kejang otot kaki dan tangan

ESP : protein soya yg membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu. Membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit serta payudara.

testimonial set penyusuan 3m shaklee

Siti Asmah Mustafa:

Stok ebm utk Saffiya sblm masuk kerja hari ini. Sekadar berkongsi utk beri semangat pd ibu2 menyusu. Dgn mengamalkan set 3M + lecithin, omega, zink dan vit e.


Sekiranya anda inginkan info lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ SMS/WhatsApp: 017-915 1121
♥ Emel: finiey_zain@yahoo.com

Set Kehamilan Shaklee Yang Berkualiti dan Lengkap

Kehamilan merupakan satu detik yang sangat indah bagi ibu-ibu hamil. Set Kehamilan Shaklee adalah salah satu pilihan yang ada di pasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral lengkap untuk ibu yang hamil. Ibu-ibu hamil semestinya mahu berikan yang terbaik kepada anak yang dikandung. Jadi pilihlah makanan tambahan yang sudah pasti berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi.

set hamil shaklee

Fungsi vitamin-vitamin ini:

[1] Vita-Lea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung. Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.

[2] Vita-C : Meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

[3] B-Complex : Menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung. Kandungan asid folik di dalam B-Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

[4] Ostematrix : Membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena.

[5] Omega Guard : Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Apa kata pengguna-pengguna?



Dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat ketika mengandung, insyaallah bakal ibu tetap akan nampak sihat, cantik dan cergas, tambah-tambah lagi jika Set Kehamilan Shaklee menemani di sepanjang tempoh mengandung. Tiada lagi kelesuan, kerja rumah tidak terabai, masih boleh melayan kerenah anak-anak yang lain, dan paling penting cik abang juga masih mendapat layanan istimewa. Seronok bukan?

Hubungi saya untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling bersesuaian dengan anda. Juga pastikan anda dapat harga yang teristimewa dari saya.

Sekiranya anda inginkan info lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ PM Fanpage: http://www.facebook.com/messages/vitaminasli
♥ SMS/WhatsApp: 017-915 1121
♥ Emel: finiey_zain@yahoo.com

Set Bersalin Shaklee & Panduan Selepas Pembedahan

Kebiasaannya bersalin secara pembedahan atau 'C-Section' akan dilakukan sekiranya 'vaginal delivery' akan membahayakan nyawa ibu atau bayi. Ada juga di kalangan ibu-ibu yg meminta untuk bersalin secara pembedahan atas sebab-sebab tertentu. Kalau dahulu, bersalin secara pembedahan dianggap agak janggal, namun pada masa kini, ia dianggap sesuatu yg biasa dan normal.

Bersalin secara pembedahan akan menyebabkan luka pada bahagian abdomen ibu. Ini akan membuatkan ibu terpaksa berpantang tanpa berurut, bertungku, berbengkung dan sebagainya.

panduan bersalin pembedahan

Antara panduan bagi ibu-ibu yg bersalin secara pembedahan:

1. Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

2. Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

3. Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

4. Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

5. Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

6. Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

7. Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

8. Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

9. Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

10. Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Bagi penyembuhan yg cepat dan berkesan, ibu boleh berpantang dengan set bersalin Shaklee ini.

set bersalin shaklee

Fungsi vitamin-vitamin ini:

VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi bantu tambah darah yang hilang semasa proses bersalin.

B-Complex : anti-stress, elak kemurungan (meroyan) & stabilkan hormon

Vita-C : cepatkan penyembuhan luka, baiki tisu rosak semasa proses bersalin

Zinc : bantu rahim sembuh, cepatkan penyembuhan luka episoptomi @ caesarean, kurangkan rambut gugur selepas bersalin, tingkatkan imun badan

Ostematrix : membantu mengurangkan sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf selepas bersalin. Membantu masalah buasir dan sembelit selepas bersalin


Apa kata ibu-ibu yg sudah menggunakan set bersalin ini?

testimonial set bersalin shaklee

berpantang shaklee

bersalin bedah shaklee


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rawatan Sakit Lutut Terbaik dan Berkesan!

Dalam seminggu, dua ni, ramai pengunjung blog saya yg bertanya tentang rawatan sakit lutut yg terbaik dan berkesan. Ramai juga terus buat bayaran dan beli supplement untuk sakit lutut dari Shaklee ni. Nak tau supplement Shaklee yg mana 1? Semestinya Advanced Joint Health Tablet (AJHT). AJHT ni bagus diambil bersama dengan Ostematrix bagi memaksimumkan kesan untuk rawatan sakit lutut.

ajht shaklee

Gandingan terbaik AJHT, adalah Ostematrix!

Ostematrix adalah gabungan kalsium, magnesium, vitamin D, vitamin K, zink, mangan, copper, boron yg amat penting untuk membina tulang yg kuat dan sihat!

Jom baca testimoni pengguna-pengguna tentang keberkesanan AJHT dan Ostematrix dalam merawat sakit lutut.



Jangan lepaskan peluang untuk grab harga istimewa untuk 2 supplement ni sempena Ostematrix Shaklee : Promosi Bulan Mac 2013

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Ostematrix Shaklee : Promosi Bulan Mac 2013

Promosi bulan Mac adalah Ostematrix Shaklee!! Nak tau apa istimewanya Ostematrix ni dan kenapa anda perlu rebut peluang ni utk beli 1, 2 atau 6 botol terus??

Ostematrix Shaklee


Apa kandungan Ostematrix Shaklee?

- 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
- 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
- Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
- Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
- Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
- OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS. Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

- Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
- Terbukti secara klinikal
- Mudah ditelan dan mudah diserap badan
- VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil Ostematrix Shaklee?

- Mereka yang kurang mendapat zat membina tulang dari pemakanan harian.
- Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang, gigi dan mengekalkan tulang serta gigi yang sihat untuk jangka masa panjang.
- Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
- Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
- Ibu hamil dan menyusukan anak
- Wanita yang mengalami gejala PMS
- Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
- Sekiranya anda sukar minum susu atau menelan kalsium dalam bentuk lain


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121


Petua Merawat Kuku Yang Rosak dan Rapuh

Anda mempunyai kuku yg rosak dan rapuh? Mari amalkan petua ini untuk merawat kuku tersebut. Agar kuku anda akan jadi sihat bersinar serta kuat!

petua rawat kuku rosak

1. Belimbing buluh

Ia berkesan membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yg hendak dibersihkan. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih.

2. Minum air putih secukupnya

Pengambilan air putih yg cukup, melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku.

3. Amalkan kalsium

Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium yg terbaik adalah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. Selain itu, sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga bagus. Anda juga boleh mengambil suplemen semulajadi Shaklee Ostematrix yg kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D!

Shaklee Ostematrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

4. Daun lidah buaya

Bukan saja bagus untuk merawat rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. Anda perlu membersihkan daun ini dan sapu secara rata pada kuku. Lakukan secara kerap, kuku akan kelihatan cantik dan kuat.

5. Getah betik

Sesekali mengupas betik muda, ambil getahnya dan sapu pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.

6. Lemon

Lemon bagus untuk mengurangkan warna kuku yg kekuningan. Perahkan jus lemon, campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Sapu campuran yg diadun rata ini pada kuku. Biar hingga kering. Setelah itu, basuh kuku dengan air suam. Lakukan secara teratur untuk dapatkan kuku yg normal.

7. Bawang putih

Ia mengandungi zat yg sangat berguna untuk kuatkan kuku. Caranya, anda perlu memarut bawang putih hingga halus. Kemudian sapu pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan kuku. Jadikan ini rutin untuk kuku yg kuat dan tidak rapuh. Boleh juga amalkan Garlic Shaklee ini!

garlic shaklee
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

8. Campuran madu, telur dan minyak zaitun

Dapat melembap dan melembutkan kuku. Campurkan 2 sudu madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Tutup api. Kocakkan telur dan campur dengan adunan tadi. Sapu rata pada kuku dan tunggu 10-15 minit. Bersihkan kuku.

Selamat mencuba!

Dapatkan Ostematrix dan Garlic sekarang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0c6de67934d4131901b964842dddfbf6

Untuk Info Lanjut:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Penjagaan Rambut Mudah dan Murah

Rambut ibarat mahkota bagi wanita. Tak kisahla yg bertudung atau tak, penjagaan rambut jangan dianggap remeh ye! Bagi yg berkemampuan, mungkin tak jadi masalah untuk anda jaga rambut anda. Hanya pergi ke pusat2 penjagaan rambut, salon dan sebagainya, setel la masalah anda kan. Tapi macam mana pula bagi yg kurang berkemampuan?

Haa.. Kat sini saya nak kongsi sikit tips yg mudah dan murah untuk anda yg tak berkemampuan untuk keluarkan duit yg banyak semata-mata untuk rambut. Boleh buat dan amalkan kat rumah je!

rambut sihat shaklee

Tips-tips untuk pastikan rambut sihat, cantik dan berkilau adalah:

1. Amalkan gaya hidup yg sihat

Kepada perokok, hentikan tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit jadi kering. Kulit kering jika tidak dirawat akan menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yg terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut.

2. Lakukan olahraga

Olahraga juga berkait rapat dengan kecantikan rambut. Amalkan olahraga secara teratur, makan makanan dengan gizi seimbang dan gunakan teknik istirehat untuk meredakan stress. Cara ini dapat memelihara kesihatan badan dan minda yg juga menyumbang kepada kesihatan rambut.

3. Gunakan pengering rambut dengan pelarasan yg sederhana

Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yg sederhana dan elakkan daripada menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat. Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yg basah dengan tuala terlebih dahulu.

4. Tidur dengan nyenyak setiap malam

Tidur yg nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi kusam.

Kalo sesiapa yg ada masalah insomnia tu, boleh amalkan makan Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) ye!

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

insomnia shaklee
Ni rupa Ostematrix tu!


5. Awasi produk penjagaan rambut

Jika anda menggunakan produk penjagaan rambut, pastikan ia tidak mengandungi kandungan alkohol yg tinggi. Juga elakkan menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yg boleh mengakibatkan rambut rosak.

Kalo rambut anda sedang rosak dan gugur dengan banyak, saya cadangkan anda gunakan syampu dari Shaklee ni, Revitalizing Shampoo. Sebab ia diperbuat daripada sumber2 semulajadi dan selamat untuk badan kita.

rambut gugur shaklee


Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


6. Elakkan klorin, pakai pelindung kepala

Sekiranya ingin berenang di kolam renang, pastikan andah basahkan dulu dengan air biasa dan pakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam, anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana air kolam renang mempunyai kandungan klorin yg tinggi dan ianya tak bagus untuk rambut anda.

7. Gunakan sikat rambut yg bersih

Seeloknya bersihkan sikat anda dengan air sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yg diperbuat daripada kayu kerana sikat jenis ni boleh elakkan rambut dari mudah putus.

8. Elak sikat rambut ketika yg basah

Yang ni memang biasa kita buat kan. Seeloknya elakkan dari menyikat rambut ketika masih basah kerana ia akan menyebabkan rambut tak kuat dan senang putus.

Ok. Ni je tips-tips tu. Senang je kan nak amalkan kat rumah. Insyaallah, jika buat secara berterusan, rambut akan sihat, kuat dan cantik macam buat rawatan kat salon! :)


Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Petua Merawat Migrain Sebelum Menjadi Parah!

Selalunya orang akan salah sangka migrain sebagai sakit kepala biasa. Sebab tu diorang rawat migrain seperti merawat sakit kepala biasa. Mungkin ramai yg kurang tahu, migrain ni boleh membawa kepada serangan sawan, strok dan serangan teruk yg menyebabkan lumpuh!

migrain shaklee

Migrain adalah kesakitan yg berupa denyutan di sebelah kepala dan sering diikuti dengan perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yg kuat dan cahaya yg terang. Selalunya migrain akan berlanjutan dari beberapa jam ke beberapa hari.

Sakit kepala biasa pula berbeza sebab ia datang menyerang pada bahagian kiri dan kanan kepala dan boleh berlanjutan ke beberapa jam. Selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.

Haa.. Dah nampak perbezaan kedua2 ni kan. Biasanya migrain ni disebabkan oleh pendarahan haid, pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kurang tidur, cahaya lampu yg terang dan bau-bauan yg kuat.

Untuk merawat migrain, ada beberapa jenis makanan yg sangat bagus untuk diamalkan bagi mengelakkan dari diserang migrain:

1. Telur - Kaya dengan Omega-3 yg dikatakan amat baik dalam merawat migrain.

2. Kekacang - Sesetengah kajian mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh sebabkan migrain. Magnesium juga dikatakan berkesan untuk tenangkan fikiran yg berada dalam keadaan tegang semasa migrain melanda. Amalkan kekacang sebab ia didapati dapat melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah.

3. Susu - Riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain. So, orang2 yg migrain jangan lupa minum susu ye!

4. Bayam - Kaya dengan kandungan magnesium yg berkesan merawat migrain.

5. Salmon - Tinggi kandungan Omega-3 yg menjadikannya salah satu makanan terbaik menghindari migrain.

Selalu jugak saya mendapat pertanyaan, 'ada tak suplemen Shaklee yg boleh bantu rawat migrain?'. Ya, memang ada. Boleh cuba dua suplemen ni, Ostematrix dan B-Complex.



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Kenapa Selulit Terjadi Sehingga Menghodohkan Kulit?

Bagi kebanyakan wanita, mendengar perkataan selulit sahaja dah buat mereka stress dan tertekan. Apatah lagi bila mereka sendiri merasainya.

Selulit adalah gumpalan lemak yg terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menggerutu. Ia juga mengakibatkan garis-garis kulit pecah dan selalu terdapat pada bahagian punggung, paha dan belakang betis.

selulit

Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapatkan selulit. Tahukah anda kenapa selulit sering terjadi?

1. Hormon

Hormon Estrogen merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Ia terbentuk ketika terjadi perubahan hormon pada wanita iaitu ketika akil baligh, hamil dan menopaus. Pengambilan pil kesuburan dan juga pengambilan sesetengah pil perancang keluarga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon.

2. Fizikal

Masalah ini terjadi ketika adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Apabila perubahan ini berlaku, maka berlakulah masalah selulit.

3. Duduk terlalu lama

Situasi ini boleh menjadi pencetus selulit ditambah lagi bila anda duduk dalam posisi yg salah. Contohnya duduk dalam keadaan tubuh yg agak membongkok dan kurang bergerak sehingga sendi-sendi tulang pada tubuh menjadi kaku. Contohnya terlalu lama duduk di depan komputer.

4. Pengambilan Kafein

Minuman yg mengandungi kafein juga boleh menjadi penyebab munculnya selulit. Jadi jika ingin mencegah selulit 'datang' kepada anda, ada baiknya kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuaman bersoda.

5. Berat badan tak stabil

Diet yo-yo atau perubahan berat badan yg tak stabil juga boleh meningkatkan kemungkinan munculnya selulit. Kawal berat badan, sebaik-baiknya lakukan secara perlahan-lahan dan tak terlalu drastik.

6. Pola Makan

Hindari makanan yg kaya dengan lemak kerana lemak lambat diuraikan dan tersimpan dalam tubuh. Hindari pula makanan yg tinggi kadar gula dan zat aditif kerana membuat selulit makin parah. Banyakkan minum air putih untuk membantu membuang kandungan toksin dalam tubuh.

Suplemen semulajadi dari Shaklee yg mungkin dapat membantu anda:

selulit shaklee

1) LECITHIN -  Nature’s Emulsifier  memecah serta mencairkan lemak terutama  kolestrol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.

2) VITAMIN C -  berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat.

3) OSTEMATRIX - Pil Kalsium berserta magnesium yang penting dalam pembentukan tulang dan mengeluarkan hormon & enzim badan serta mengurangkan masalah pengumpulan air ataupun water retention di dalam tubuh.


4) ESP – sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Petua Merawat Senggugut dan PMS Secara Semulajadi

Senggugut dan premenstrual syndrome (PMS) memang sinonim dengan wanita. Memang sakit! Sape yg pernah kena je yg tau rasanya. Tapi semenjak dah bersalin dan mengamalkan petua2 tertentu, alhamdulillah, senggugut saya dah makin kurang dan hilang.

petua merawat senggugut

Apa yg boleh kita buat untuk merawat senggugut secara semulajadi?

Sepanjang Bulan

1. Bersenam

Apabila anda bersenam, badan akan mengeluarkan endorfin yg merupakan ubat penahan sakit semulajadi yg boleh mengurangkan berlakunya kekejangan. Pergerakan biasa seperti berjalan juga mampu melawan keletihan dan masalah kembung perut.

2. Diet Tambahan

Kajian mendapati kalsium terbukti dapat mengurangkan gejala PMS, tetapi magnesium juga ternyata penting dan memberi sumbangan. Kedua-dua mineral ini bekerjasama memainkan peranan penting dalam pengecutan otot. 500mg vitamin D disyorkan diambil untuk membantu penyerapan kalsium.

3. Semuanya Bijirin Penuh!

Bijirin penuh seperti roti gandum dan beras perang boleh meningkatkan tahap Serotonin yg boleh menangkis gejala PMS yg berkaitan dengan kerengsaan. Asid lemak Omega 3 juga membantu kerana ia dapat mengurangkan kesakitan yg dialami. Ia boleh didapati dalam minyak falxseed, walnut dan ikan kaya lemak seperti salmon.

7-10 Hari Pra Haid

1. Kurangkan Garam

Menurut kajian, sesetengah individu amat sensitif berbanding yg lain terhadap garam. Jika anda tergolong dalam kelompok yg mudah mendapat 'water retention' selepas makan makanan masin, cuba kurangkan semasa minggu pra haid.

2. Dapatkan Cahaya Matahari

Dengan hanya berada 10 minit di luar setiap hari, boleh meningkatkan tahap Serotonin dan membantu mengatasi gejala kemurungan semasa PMS.

Semasa Haid

1. Ambil Pelega Kesakitan

Apabila anda menjangka ia mahu datang, walaupun sebelum haid bermula, ambil ubat penahan sakit.

2. Cuba Kaedah Semulajadi

Lebih suka kaedah semulajadi? Cuba supplement semulajadi yg terdapat banyak di pasaran. Antara vitamin semulajadi Shaklee yg boleh membantu anda adalah Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D) dan GLA Complex.

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Kepentingan Kalsium Yang Kita Perlu Tahu

Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan bersama 20 cerita menarik tentang kalsium ini.

kepentingan kalsium

1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.

2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.

3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.

4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.

5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.

6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.

7. Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.

8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.

9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.

10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.

11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.

12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.

13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.

14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.

15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.

16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.

17. Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.

18. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.

19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.

20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

Credit: Pa&Ma

Dan saya nak tambah point ke 21, hehe. Kalsium yg saya tengah makan sekarang adalah Ostemarix Shaklee. Memang saya amalkan ambil 4 biji sebelum tidur. Gigi dah tak sakit, nak membuang pun lawas je. Saya suka! :)


Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved