Petua Merawat Senggugut dan PMS Secara Semulajadi

Senggugut dan premenstrual syndrome (PMS) memang sinonim dengan wanita. Memang sakit! Sape yg pernah kena je yg tau rasanya. Tapi semenjak dah bersalin dan mengamalkan petua2 tertentu, alhamdulillah, senggugut saya dah makin kurang dan hilang.

petua merawat senggugut

Apa yg boleh kita buat untuk merawat senggugut secara semulajadi?

Sepanjang Bulan

1. Bersenam

Apabila anda bersenam, badan akan mengeluarkan endorfin yg merupakan ubat penahan sakit semulajadi yg boleh mengurangkan berlakunya kekejangan. Pergerakan biasa seperti berjalan juga mampu melawan keletihan dan masalah kembung perut.

2. Diet Tambahan

Kajian mendapati kalsium terbukti dapat mengurangkan gejala PMS, tetapi magnesium juga ternyata penting dan memberi sumbangan. Kedua-dua mineral ini bekerjasama memainkan peranan penting dalam pengecutan otot. 500mg vitamin D disyorkan diambil untuk membantu penyerapan kalsium.

3. Semuanya Bijirin Penuh!

Bijirin penuh seperti roti gandum dan beras perang boleh meningkatkan tahap Serotonin yg boleh menangkis gejala PMS yg berkaitan dengan kerengsaan. Asid lemak Omega 3 juga membantu kerana ia dapat mengurangkan kesakitan yg dialami. Ia boleh didapati dalam minyak falxseed, walnut dan ikan kaya lemak seperti salmon.

7-10 Hari Pra Haid

1. Kurangkan Garam

Menurut kajian, sesetengah individu amat sensitif berbanding yg lain terhadap garam. Jika anda tergolong dalam kelompok yg mudah mendapat 'water retention' selepas makan makanan masin, cuba kurangkan semasa minggu pra haid.

2. Dapatkan Cahaya Matahari

Dengan hanya berada 10 minit di luar setiap hari, boleh meningkatkan tahap Serotonin dan membantu mengatasi gejala kemurungan semasa PMS.

Semasa Haid

1. Ambil Pelega Kesakitan

Apabila anda menjangka ia mahu datang, walaupun sebelum haid bermula, ambil ubat penahan sakit.

2. Cuba Kaedah Semulajadi

Lebih suka kaedah semulajadi? Cuba supplement semulajadi yg terdapat banyak di pasaran. Antara vitamin semulajadi Shaklee yg boleh membantu anda adalah Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D) dan GLA Complex.

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved