Tips Cantik Semulajadi Dan Jimat Duit

Mana ada wanita yg tak suka cantik, jelita semulajadi kan? Tapi gaya hidup masa kini kadangkala membuatkan golongan wanita terlalu sibuk sehingga mengabaikan penjagaan diri mereka. Ada yg awal-awal pagi, gelap gelita lagi dah keluar mencari rezeki. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai ke rumah.

Tapi jangan jadikan itu alasan utk anda tak menjaga penampilan anda tau! Kat rumah pun kita boleh rawat wajah, kulit dan badan kita. Kat sini saya nak bagi tips sikit, macam mana nak buat semua tu. Duit pun dah boleh jimat banyak kat situ.

tips kecantikan

Bibir

Untuk dapatkan bibir yg sihat tidak mengelupas, caranya:

1. Dapatkan gula perang, madu dan sedikit pelembap bibir.
2. Campurkan sedikit gula perang dan madu.
3. Masukkan pelembap bibir dan kacau sehingga tekstur menjadi likat.
4. Sapu dan gosok perlahan pada bibir.
5. Dalam tempoh 5 minit anda boleh melihat hasilnya.

*Madu melembutkan bibir, manakala gula perang menjadi skrub bagi menanggalkan sel kulit mati pada bahagian bibir.


Tubuh & Kulit Wajah

Untuk menghilangkan sel kulit mati di wajah dan tubuh, anda boleh buat skrub sendiri. Caranya:

1. Dapatkan 3 sudu besar minyak zaitun (sebaiknya extra virgin), 2 sudu besar madu dan sedikit gula.
2. Campurkan ketiga-tiga bahan ini. Kacau sebati.
3. Setelah mendapat tekstur kasar seperti skrub, mulalah lulur bahagian tubuh dan wajah. Bancuhan skrub ini juga boleh disimpan jika anda mahu.
4. Anda juga boleh campurkan sedikit ESP dan yogurt dalam bancuhan ini.

ESP Shaklee
Kandungan ESP Shaklee.


Penyegar Semulajadi Untuk Kulit Muka

Untuk mengatasi masalah kulit kering, gunakanlah penyegar dan pelembap. Salah satu bahan semulajadi yg dipercayai amat berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah beras. Untuk menghasilkan penyegar berasaskan beras ini amat mudah:

1. Ambil beras, lebih baik jika organik.
2. Basuh beras seperti biasa.
3. Dapatkan air basuhannya dan simpan di dalam bekas.
4. Ambil kapas muka dan gunakan air basuhan beras ini seperti penyegar.
5. Selepas menggunakannya, anda akan dapat rasai kesegaran pada kulit wajah anda. 

*Usah simpan air beras dalam tempoh yg lama, seelok-eloknya gunakan dalam tempoh 1 hari sahaja.


Telapak Kaki

Jika anda mempunyai tapak kaki yg kasar atau tumit yg pecah-pecah, buatlah rawatan seperti berikut:

1. Letakkan air suam ke dalam besen dan taburkan garam bukit.
2. Rendamkan kaki selama 15-20 minit.
3. Ambil berus dan gosok tapak kaki anda.
4. Untuk membuang sel kulit mati dan menghapuskan tapak kaki yg bermasalah, gunakan gula perang dan madu sebagai skrub.
5. Sapu Herbal Blend Multi-Purpose Cream tiap-tiap malam sebelum tidur pada tapak kaki dan tumit yg bermasalah itu.

tumit pecah shaklee


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Inginkan maklumat lanjut tentang produk?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved