Kajian bermula pada 2007 itu dijalankan ke atas 490 wanita Asia di Tokyo, Jepun dan 380 wanita Barat di Long Island, New York.
Kajian mendapati kulit orang Asia mempunyai lapisan corneum atau lapisan lembapan yang lebih nipis. Ini menyebabkan penyahhidratan kulit berlaku lebih cepat, seterusnya boleh menyebabkan kulit cepat tua dan tekstur kulit menjadi kasar.
Bintik gelap akibat usia muncul di kalangan masyarakat Asia pada peringkat umur lebih muda berbanding kulit orang Barat, mempercepatkan lagi pertukaran tona kulit orang Asia.
Di samping itu, terdapat perbezaan antara penyusunan kolagen dalam kedua-dua jenis kulit. Ini memberi kesan terhadap bagaimana cahaya disebarkan, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri.
Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya.
Pengambilan makanan kaya dengan protein, Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen secara konsisten akan membantu anda mengembalikan kehalusan dan keserian kulit anda. Malah dapat membantu kulit menjadi lebih anjal serta mengembalikan keremajaan kulit anda.
Namun, sekiranya anda tidak mampu untuk mengambilnya secara konsisten dan mencukupi melalui pemakanan harian, supplement mampu menolong anda.
Untuk Info dan Order:
Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment