Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Promosi Shaklee Jun 2014 : Vitamin E Complex

Promosi Shaklee untuk bulan Jun 2014, Vitamin E Complex!


Nak tau apa istimewanya Vitamin E?

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi, 10mcg selenium dan grape seed extract.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Khasiat Vitamin E Complex Shaklee:

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. 

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E. 


Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121 

Top 10 Supplement Yang Anda Perlu Ambil Setiap Hari!

Senarai ini adalah di antara supplement atau makanan tambahan yang anda digalakkan ambil setiap hari untuk memaksimumkan kesihatan anda secara keseluruhan.

vitamin shaklee yang perlu ambil

1. Multivitamin

Tempat pertama, anda perlu mulakan dengan multivitamin. Ia menyediakan dan memberi badan anda nutrisi asas yang diperlukan. Tetapi anda tidak perlu berhenti hanya di multivitamin kerana badan anda boleh mendapat manfaat yg lebih banyak daripada nutrien yg lain.

2. Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 (seperti EPA dan DHA) telah terbukti membantu merendahkan risiko strok dan penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah dan juga telah terbukti membantu dalam menangani artritis reumatoid, kemurungan, asthma, ADHD, Alzheimer dan dementia.

3. Vitamin C

Kebanyakan kita tidak mendapat Vitamin C yg cukup dalam diet kita. Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi dan sistem imun kita. Memandangkan Vitamin C pantas digunakan oleh badan, pilih Vitamin C jenis Sustained Release!

4. Vitamin D

Vitamin D adalah penting untuk metabolisme kalsium, jika anda mahu tulang yang sihat anda memerlukan Vitamin D. Vitamin D juga menyokong sistem imun kita. Darah yg mempunyai tahap Vitamin D yg optimum boleh membantu dalam kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser tertentu serta depression.

5. Vitamin B

Vitamin B membantu mengawal metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Mereka membantu sintesis dan pembaikan DNA, menurunkan homocysteine dan berguna untuk mengurangkan tekanan serta metabolism tenaga.

6. Vitamin K

Vitamin K tidak begitu popular berbanding nutrien lain, tetapi ia amat penting untuk kesihatan kita dan secara amnya kekurangan Vitamin K dalam diet kita adalah kerana kita tidak cukup makan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K adalah penting untuk mineral tulang, pembekuan darah dan penyembuhan luka.

7. Kalsium

Ramai orang tahu bahawa kalsium adalah penting untuk tulang dan osteoporosis adalah satu kebimbangan utama dengan peningkatan usia. Kalsium juga membantu untuk mengekalkan tekanan darah yang normal dan boleh memainkan peranan dalam penurunan berat badan.

8. Antioksidan

Antioksidan adalah penting untuk melindungi badan kita terhadap radikal bebas, yg menjadi penyumbang kepada penuaan. Sumber-sumber terbaik antioksidan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Cari makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E, Beta-Karotena, Lycopene, Lutein, Zink dan Selenium.

9. Probiotik

Walaupun ia bukan nutrien, Probiotik tersenarai di sini kerana ia penting untuk fungsi penghadaman kita. Probiotik adalah mikroorganisma yang menyokong fungsi normal saluran pencernaan keseluruhan dan boleh mengurangkan kecenderungan kita untuk sembelit dan cirit-birit. 

10. Lutein dan Lycopene

Sebatian-sebatian ini (vitamin-like compounds) yg terdapat dalam makanan adalah antioksidan yg hebat. Mereka juga menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan dan jangka panjang mata, jantung, kulit dan paru-paru!


Ingin mencuba Vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Kulit Cantik Tanpa Parut

Pasti setiap wanita mengimpikan kulit yg cantik berseri tanpa parut. Namun tahukah anda apakah itu parut dan jenis-jenis parut yg sering melanda kulit kita? Sehingga kulit yg cantik pun terjejas dengan kehadirannya?

sebab parut terjadi

Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yg tidak seimbang di sekitar bahagian luka.

Jenis-jenis parut yg sering terjadi adalah:

1) Keloid : Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yg cenderung membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal.

2) Kontraktur : Jika kulit anda terbakar, anda  mungkin akan mempunyai parut jenis ini yg menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan utk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam kulit dan memberikan kesan terhadap otot dan saraf.

3) Hipertrofik : Parut merah yg menggelembung yg lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melangkaui sempadan kawasan yg cedera.

4) Atrofik : Ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.

Kepada yg mengalami masalah parut-parut di atas, anda bolehlah mencuba kaedah rawatan semulajadi daripada Shaklee, dengan pengambilan ESP dan Vitamin E Complex.

testimonial kulit cantik shaklee

Umie Sapidah:

Assalamualaikum dan Selamat petang...

Testimoni ESP+VITA E:

Ni adalah testimoni sepupu merangkap customer umie. Customer ni br consume Esp+vita E selama 2 minggu dan hasilnya memang menakjubkan.

U all boleh tgk kat gambar tu.. actually kulit dia sensitif dan berjerawat batu. Semasa dia consume br 1 minggu jerawatnya dah kecut.. ramai kawan-kawan ofis dah tegur mukanya makin BERSIH, parut jerawat dah PUDAR.. muka makin CERAH..

untuk pengetahuan u all.. dlm 1 minggu dia boleh whatsapp umie hampir tiap hari sb dia excited jerawatnya dah kecut dan ada perubahan selepas menggunakan produk shaklee ni.. umie pun happy dapat tolong dia... alhamdulillah...


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Wanita Asia Cepat Kelihatan Tua?

Anda tahu tak, kulit wanita-wanita Asia cenderung untuk kelihatan tua dan tekstur kulit menjadi kasar serta kusam dengan lebih cepat berbanding dengan wanita-wanita di Barat?


Kajian bermula pada 2007 itu dijalankan ke atas 490 wanita Asia di Tokyo, Jepun dan 380 wanita Barat di Long Island, New York. 

Kajian mendapati kulit orang Asia mempunyai lapisan corneum atau lapisan lembapan yang lebih nipis. Ini menyebabkan penyahhidratan kulit berlaku lebih cepat, seterusnya boleh menyebabkan kulit cepat tua dan tekstur kulit menjadi kasar.

Bintik gelap akibat usia muncul di kalangan masyarakat Asia pada peringkat umur lebih muda berbanding kulit orang Barat, mempercepatkan lagi pertukaran tona kulit orang Asia.

Di samping itu, terdapat perbezaan antara penyusunan kolagen dalam kedua-dua jenis kulit. Ini memberi kesan terhadap bagaimana cahaya disebarkan, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri.

kolagen shaklee

Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Pengambilan makanan kaya dengan protein, Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen secara konsisten akan membantu anda mengembalikan kehalusan dan keserian kulit anda. Malah dapat membantu kulit menjadi lebih anjal serta mengembalikan keremajaan kulit anda.

Namun, sekiranya anda tidak mampu untuk mengambilnya secara konsisten dan mencukupi melalui pemakanan harian, supplement mampu menolong anda.

kulit cantik shaklee


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Hilang Jerawat dan Parut, Kulit Jadi Cantik Mulus!

Ramai yang dah hilang jerawat dan parut jerawat selepas amalkan Shaklee. Malah kulit diorang jadi semakin cantik dan mulus selepas jerawat dan parut tu hilang.

Alhamdulillah. Ternyata Shaklee bukan sahaja terbukti berkesan, malah dapat memperbaiki kualiti hidup pengguna-penggunanya. Yela, selama ada jerawat dan parut, mesti rasa rendah diri dan kurang yakin dengan penampilan diri sendiri kan. Dah hilang segala mak, nenek jerawat, parut jerawat, mestilah makin yakin!

kulit cantik shaklee

Apa kata pengguna ni?

LoVely FaiZah:

Pengalaman sendiri: saya beli vitamin C & E organic xde jenama kat internet.. rupanya vitamin C & E ni shaklee punya. mmg pasni terus promote shaklee jew..tgokla progress from 1,2,3,4.. y 4 tu terkini!! xde parut jerawat pon... :) tengs to Zata Ezzah Fawzi, tgok page beliau bru taw vitamin shaklee y sebenar lebih murah.. now sy da jd ahli... :) look out another vitamin lak pasni.. n suggest kt kwn2..

Dan pengguna ni?

kulit cantik shaklee 2

Dan yang paling best,

kulit cantik shaklee 3

Antara vitamin yang diorang gunakan adalah Vitamin E Shaklee.

vitamin e shaklee

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. Satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3. Pilih Vitamin E yg berserta selenium

**Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan
___________________________________________

Seperti saya... saya pilih jenama Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas:

1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
3. Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium (as selenium yeast)*

Apa pilihan anda pula?


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Rahsia Kulit Cantik Dengan Masker Semulajadi

Kali ni nak kongsi sikit rahsia untuk buatkan kulit cantik berseri. Guna masker! Boleh buat sendiri je masker ni. Lagi fresh dan berkesan kot. Tak payah la korang nak beli kat kedai kan. Antara masker yg sangat-sangat bagus untuk kulit korang adalah masker putih telur, masker tomato dan masker timun.

kulit cantik shaklee

Cara-cara nak buat masker ni senang dan simple je.

Masker Putih Telur

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Selain itu, masker ini dapat mencerah dan menegangkan kulit wajah.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocak hingga berbuih.
3. Pastikan buihnya pekat dan padat.
4.  Campur sedikit Vitamin E.
5. Sapu masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yg memberangsangkan.

Cara penyediaan:

1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil 1 sudu besar ESP dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
5. Biarkan selama 15-20 minit. Cuci seperti biasa.

Masker Timun

Timun berkhasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yg ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk segarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yg terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara penyediaan:

1. Kupas timun, belah menjadi 2 bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campurkan dengan 1 cawan oat di dalam mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati. Timun pula melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.
3. Tambah 1 sudu ESP ke dalam campuran tadi. ESP bagus untuk menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.

Selamat mencuba!

Perangi Eczema Bersama Shaklee!

Eczema adalah keradangan pada kulit, biasanya menyebabkan gatal-gatal dan kadang-kadang disertai oleh sisik pembentukan kerak, atau lepuh pada kulit.

Selalunya (tetapi tidak semestinya), ia akan bermula berhampiran siku atau lutut dengan bintik-bintik kecil yg gatal. Ia kemudiannya boleh merebak dari situ. Kawasan yang terjejas biasanya akan menjadi sangat kering, menebal, atau bersisik. Menggaru kulit akan menyebabkannya menjadi bertambah buruk!

Jom ikuti pengalaman seorang ibu dalam memerangi eczema pada anak beliau.

eczema shaklee

Khadeejah Hasmad:

"Alhamdulillah, memang berbaloi- baloi bershaklee utk eczema ni. Masa awal- awal Muhammad naik eczema., menangis saye dalam hati. Luluh hati tengok, walaupun bukan saye yang rasa, tapi sebagai ibu, mana lah sanggup tengok kan...


Alhamdulillah rawatan bersama Set Eczema Shaklee nampak perubahan yang cepat dan sangat ketara! Syukur sangat- sangat. Memang berbaloi- baloi.."


Apa produk yg beliau gunakan?


Herbal Blend ni best sebab dia melegakan gatal, pedih-pedih. Bila pakai tu kulit rasa sejuk, gatal dan pedih pun hilang.


Vitamin E ni fungsi dia untuk melicinkan kulit, menghilangkan luka- luka eczema. Sapu je kat luka. Yang bagus Vitamin E Shaklee ni, dia ada ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ni lah yang buatkan Vitamin E Shaklee ni cepat nampak kesan. Meningkatkan efficiency nya.

Lagi satu Vitamin E ni mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi takyah risau pape, dia ala- ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan eczema

3. ESP

ESP ni fungsi dia sangat penting sebab ESP ni membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila Eczema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP ni bantu cepatkan hasilkan sel kulit yang cantik




Omega Guard ni untuk memastikan kulit kekal lembap. Untuk Eczema, kulit tak boleh kering, nanti luka pedih dan gatal. Mula lah rasa nak menggaru- garu.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Kulit Cantik Dengan Shaklee

Selama saya berkecimpung dalam biz Shaklee ni, alhamdulillah banyak feedback2 positif daripada customer saya. Antara vitamin-vitamin Shaklee yg 'hot' adalah vitamin untuk kulit cantik Shaklee. Jap lagi saya share antara testimonial daripada customer2 ni ye.

Vitamin apa yg sangat bagus untuk kulit ni?

kulit cantik shaklee

Vitamin C – Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen yang menguatkan sel kulit. Juga membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. 

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya. Juga membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.

B-Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat. Juga membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam.

Apa kata pengguna-pengguna:

testimonial shaklee 1

Hani Nadhirah:

Tengok gambo kt sebelum tu makan vita C tp dari brand lain tp x jadi apa2 pun uols..muka pun ala2 jambatan x siap gittew..coreng sana coreng sini..parut jerawat toksah ckpla merata2 ada..belum masuk lg kawah bulan..mekap pun tetap nampak buroks jugak k..

Alhamdulillah selepas sembang dgn kak Zura Betty, beliau yg suggest sy minum ESP Shaklee..after 2 minggu consume ESP memang terasa ada perubahan terus beli pulak GLA Complex Shaklee x saba2 nk kulit cantik okey...slps sebulan memang sangat2 berpuas hati dgn produk ni..then terus mkn Set D ( VITA C, VITA E, BCOMPLEX) utk dpt hasil yg lg POWER...Alhamdulillah....tak mau tukar yang lain dahhhhh.....Sekarang x perlu nk mekap tebal sampai 3 inci dh k...just sapu compact powder & celak sikit je..memang ESP ni boleh dpt cun lahhhhhh.....


testimonial shaklee 2

Masnah Jali:

Saja nak buat testimoni. Setelah pengambilan set D (vita E, vita C, B-Complex), esp dan gla start sept 2012. gambar terkini 12 dec 2012.


testimonial shaklee 3

Ayu Aiman:

Hasil stlh sebulan stgh amik shaklee set d+esp secara konsisten..2,2 pix ni tanpa makeup k..yg latest ni amik smlm lps balij keje..muka still moist & segar je.. ni hasil yg nampak..yg paling mengagumkan,parut bersalin c-zer yg dh nk masuk 2 thn saya pon dh cerah..tp tkleh la nak tunjuk kan..hehe..:)



Inginkan maklumat lanjut tentang produk?

Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Punca Rambut Gugur dan Botak : Antara Mitos dan Fakta

Rambut merupakan mahkota paling berharga bagi setiap wanita. Sama ada bertudung atau tidak, penjagaan rambut sangat penting.

Pernah dengar tak mitos-mitos tentang punca rambut gugur dan botak? Kat sini saya senaraikan antara mitos yg selalu dikaitkan dengan rambut dan faktanya sekali.

punca rambut gugur dan botak

Mitos 1:
Perapi boleh memperbaiki rambut bercabang.

Fakta:
Perapi memang boleh memperbaiki kutikel sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yg telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap 4 hingga 6 minggu.

Mitos 2:
Jangan tidur dengan rambut basah kerana ia menyebabkan pertumbuhan kurap.

Fakta:
Tiada masalah sekiranya anda tidur dengan rambut basah. Tiada isu kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala sekiranya tidur dengan rambut basah.

Mitos 3:
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.

Fakta:
Jika difikirkan secara logik, bagaimana dengan hanya bersikat rambut 100 kali sehari mampu menumbuhkan rambut? Sebaliknya jika anda bersikat secara berlebihan dan ditambah dengan penggunaan sikat yg salah akan merosakkan kutikel rambut.

Mitos 4:
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.

Fakta:
Setiap orang perlu mempunyai sikatnya sendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia mudah menular dari satu kepala ke kepala yg lain.

Mitos 5:
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.

Fakta:
Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yg anda gunakan, selagi ia bertujuan untuk membesihkan keseluruhan rambut, hasilnya sama sahaja. Jangan membazirkan syampu dan gunakanlah dengan jumlah yg secukupnya mengikut keperluan.

Mitos 6:
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.

Fakta:
Ya, apa yg anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yg seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.

Mitos 7:
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan botak.

Fakta:
Apabila mengikat rambut dengan tegang, ia boleh menyebabkan olepecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Tekanan pada rambut dan kulit kepala menyebabkan rambut mudah gugur dan berlaku gejala botak atau alopecia.

Sekiranya anda ingin merawat rambut yg sering gugur dan hampir botak, boleh cuba suplemen semulajadi dari Shaklee ni:

rambut gugur shaklee


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Vitamin Untuk Kulit Cantik!

Masih tercari-cari vitamin untuk kulit cantik? Selain Collagen Powder, ada beberapa cadangan vitamin untuk setiap masalah kulit.


Nak tahu CADANGAN VITAMIN yang mana sesuai untuk penjagaan kulit anda?? Jom tengok kat bawah...

CADANGAN 1: vitamin B-Complex, vitamin C dan vitamin E + ESP
*untuk masalah kulit berjerawat dan yang tidak serius..
*untuk maintain kulit berseri dan awet muda..

CADANGAN 2: vitamin B-Complex, vitamin C, vitamin E dan Zinc + ESP
*untuk kulit berjerawat batu dan bernanah serta meninggalkan parut yang sukar dihilangkan

CADANGAN 3: vitamin B-Complex, vitamin C, vitamin E dan Alfafa + ESP
*untuk kulit berjerawat akibat resdung dan selain dari muka bahagian belakang juga dipenuhi jerawat..
*sesuai juga untuk mereka alahan pd makanan laut..

CADANGAN 4: vitamin B-Complex, vitamin C, vitamin E dan GLA ESP
*untuk kulit bejeragat dan sering terdedah pada cahaya matahari.

Kami ada menawarkan vitamin-vitamin di atas. Perlukan nasihat dan panduan? Jangan risau, kami sedia membantu anda. Free consultation & tips specially for our customers. :)


Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


Old Vita-E Complex VS New Vita-E Complex


Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana nak bezakan Vita-E Complex yg lama dan yg baru. Ok. Kalau anda tengok secara luaran pun anda dah dapat bezakan antara kedua-dua vitamin ni.

Vita-E Complex yg lama berwarna sedikit cerah dan keperangan, manakala Vita-E Complex yg baru berwarna gelap dan kecoklatan. Ini kerana Vita-E Complex yg baru ditambah dengan Grape Seed Extract yg mempunyai 1001 khasiat seperti yg saya ceritakan di entry yg lepas.

Anda masih ragu-ragu untuk mecuba Vita-E Complex yg baru ni?

Cuba baca pengakuan pengguna-pengguna Vita-E Complex di bawah ini. Mereka menggunakan Vita-E Complex yg lama, namun kesannya amat mengagumkan dan memuaskan hati. Apatah lagi Vita-E Complex dengan formula terbaru ini. Pastinya kesan lebih mengujakan anda!


dan lagi...



Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

The New Vita-E Complex?


Jom tengok kelebihan GRAPE SEED EXTRACT yang terkandung dalam pek baru VITA-E COMPLEX SHAKLEE:

#Mengikut kajian saintifik Grape Seed Extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten.

#Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.

KENAPA GRAPE SEED EXTRACT?

#Sebabnya dalam Grape Seed Extract terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.

#OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.

#OPC juga adalah 50 KALI GANDA lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 KALI GANDA lebih kuat daripada Vitamin C.

#OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.

#Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kolagen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya antara makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.

#Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

#Selain daripada kehebatan Grape Seed Extract dari sudut kajian saintifiknya itu, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah antara sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.

# Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

Untuk Info dan Order: 

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com

Vitamin Terbaik untuk Kulit Sihat & Cantik

Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, dan vitamin tertentu adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kulit anda. Tanpa nutrien tertentu, kulit boleh menderita akibat kekeringan melampau, pengeluaran minyak tidak wajar dan punca penuaan dan perubahan warna. Mengetahui vitamin yang menghalang masalah-masalah ini adalah penting dalam mengekalkan kulit yang sihat.

Vitamin A

Vitamin A adalah perlu untuk keseimbangan kelembapan kulit untuk mengekalkan kulit yang kelihatan muda, berseri dan sihat. Vitamin A mengawal pengeluaran sebum iaitu bahan berminyak yang dihasilkan untuk memastikan kulit lembut dan terhidrat. Tanpa pengeluaran sebum betul, kulit akan menjadi kusam, mengelupas dan bersisik.

Vitamin A boleh didapati di dalam hati, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna merah, jingga dan kuning warna. Purata orang yang memerlukan kira-kira 2,500 unit individu (IU) vitamin A sehari.

Vitamin C

Vitamin C memastikan keanjalan kulit dengan memelihara dan menghasilkan kolagen tisu penghubung. Kolagen adalah perlu untuk mendapatkan kulit yang bebas kedut.

Vitamin C, apabila disapu, mencegah pengoksidaan sel dan kedutan kulit, boleh dipraktikkan dengan menggosok hirisan lemon pada muka anda dua kali seminggu.

Vitamin C adalah vitamin yang boleh larut dalam air, jadi ia perlu diisi semula setiap hari. Buah-buahan sitrus, beri dan bayam adalah sumber makanan yang sangat baik vitamin C.

Vitamin E

Vitamin E digelar "vitamin kulit" kerana kesannya terhadap penuaan kulit. Vitamin E menghalang tanda-tanda penuaan seperti kedut dan tompok penuaan kerana ia adalah antioksidan yang kuat. Vitamin E menghapuskan radikal bebas dan membaiki kerosakan akibat daripada radikal bebas. Ia mempercepatkan proses pertumbuhan semula sel-sel dan melincirkan membran sel untuk penampilan yang muda dan anjal. Ia boleh merawat kedut dan tompok penuaan. Hanya tusukan kapsul vitamin E dan sapukannya di kawasan yang dikehendaki.

Amaun yang diperlukan vitamin E untuk mengambil setiap hari adalah lebih kurang 30 IU. Vitamin E boleh didapati dalam minyak sayur-sayuran, kacang dan benih.

Selenium 

Selenium merupakan mineral antioksidan yang bertanggungjawab untuk keanjalan tisu. Ia juga bertindak untuk mengelakkan kerosakan sel oleh radikal bebas dan ini berhubung kait dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ia memainkan peranan penting dalam mencegah kanser kulit, kerana ia boleh melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya ultraungu yang berlebihan.

Vitamin B Kompleks. 

Lapan vitamin adalah komponen utama Vitamin B kompleks, dan setiap satu mempunyai peranan tersendiri untuk dimainkan di dalam menjaga kulit supaya sihat dan berseri. Semuanya larut air dan disimpan di dalam hati. Dalam susunan abjad, mereka adalah:

Biotin (Vitamin B7): Membantu asid lemak dan juga memainkan peranan penting dalam melepaskan karbohidrat. Penting untuk rambut yang sihat dan kulit.

Cobalamin (Vitamin B12): Membantu fungsi sistem saraf, pembentukan sel darah merah.

Asid folik (Vitamin B9): Membolehkan badan untuk membentuk hemoglobin. Penting terutamanya bagi wanita hamil.

Nikotinamida (Vitamin B3): Melancarkan peredaran. Membantu lemak, karbohidrat dan protein tubuh badan. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Asid Pantothenic (Vitamin B5): Penting untuk membantu fungsi kelenjar adrenal. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Pyridoxine (Vitamin B6): Membantu sistem imun anda untuk berfungsi. Kekurangan boleh menyebabkan jerawat.

Riboflavin (Vitamin B2): Mengekalkan selaput mukosa dalam saluran penghadaman, bersama-sama dengan Vitamin A. Penting untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat. Jerawat adalah satu tanda anda kekurangan Riboflavin.

Thiamin (Vitamin B1): Membantu membersihkan badan anda daripada toksin, penghadaman dan menggalakkan peredaran darah.

Zink 

Mineral Zink adalah satu komponen penting dalam kulit yang sihat, terutama bagi penghidap jerawat. Malah, jerawat sendiri boleh menjadi tanda-tanda kekurangan zink. Zink mengawal pengeluaran minyak pada kulit, dan juga boleh membantu mengawal beberapa hormon yang mewujudkan jerawat. Zink juga diperlukan untuk fungsi sistem imun yang betul, serta untuk penyelenggaraan penglihatan, rasa, bau dan. Penggunaan zink juga dikaitkan dengan pengurangan kanser prostat.

Makanan yang kaya dengan zink merangkumi tiram segar, biji labu, halia, pecans, kacang Brazil, oat, dan telur. Zink boleh dibeli dalam bentuk tambahan, dalam kedua-dua cecair tumpuan dan tablet.

Asid Lemak Omega-3

Kekeringan, radang kulit atau kulit yang mengalami kemunculan kerap whiteheads atau bintik hitam boleh mendapat manfaat dengan menambahkan dengan asid lemak perlu (EFA), terutamanya omega-3. EFA adalah bertanggungjawab untuk membaiki kulit, kandungan kelembapan dan fleksibiliti keseluruhan, tetapi kerana tubuh tidak boleh menghasilkan EFA sendiri, ia mesti diperolehi melalui diet.

Antara produk-produk Shaklee yang mungkin boleh anda cuba:

CarotoMax (Vitamin A)

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Sustained Release Vita-C 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Vita-E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Vitamin Untuk Kesuburan

Teringin nak menimang cahaya mata? Sudah berhabis ribuan ringgit untuk hamil, tapi semua usaha sia-sia? Mungkin anda boleh cuba vitamin-vitamin ini.


Fungsi:

(1) VitaLea - Bekal 28 vitamin dan mineral untuk fungsi normal manusia termasuk pembiakan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan telur dalam ovari lemah dan tidak viable.

(2) Vita-C - Antioksidan - membantu melindungi sel termasuk ovum dan sperma.

(3) B-Complex - Vitamin B 12 meningkatkan kualiti sperma, B 6 dan asid folik yang perlu untuk kesuburan wanita.

(4) ESP - Protein penting untuk proses pelekatan embrio dalam rahim ibu. Kekurangan protein boleh sebabkan kitaran haid panjang (ovulasi kurang).

(5) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Dan lebih bagus sekiranya suami isteri mengambil supplemen-supplemen di bawah ini juga:

(6) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(7) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(8) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


Apa kata pengguna?


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat Dapatkan Set ini?

Sila hubungi saya:

Shafini Zain
Shaklee Independent distributor
017-9151121
finiey_zain@yahoo.com

Panduan Asas Dalam Memilih Vitamin / Supplement



Soalan lazim:

Apa makanan tambahan yang harus saya ambil? Dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk panduan anda. Tidak memihak kepada mana2 brand. Ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers.

Jawapan:

1) Protein

Fungsi:

-Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim.
-Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti.
-Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein pada keseluruhannya.
-Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
-Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protein biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protein tanpa lemak.
-la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Panduan Memilih:

Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.

2) Multivitamin

Fungsi:

-Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
-Menampung kekurangan diet yang kecilan.
-Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Panduan Memilih:

-Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara. Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
-Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
-Manakala kalsium, fosforus dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
-Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini. V

3) Vitamin C

Fungsi:

-Meningkatkan respons imun. Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
-Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
-Membantu penyerapan besi.
-Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
-Membantu memulihkan luka.
-Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih:

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


4) Alfalfa

Fungsi:

-Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
-Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
-Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi. la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protein.
-Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
-la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih:

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya, ini akan menyusutkan kualitinya. Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai.

5) Vitamin E

Fungsi:

-Melengahkan penuaan sel.
-Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
-Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
-Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
-Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien.
-Melindung dengan menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita. Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih:

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.

6) B-Complex

Fungsi:

-Membantu memerangi kelesuan.
-Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi.
-Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan.
-Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B.
-Perlu bagi saraf sihat. Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress.

Panduan memilih:

Dalam memilih B-kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

7) Lesitin/Lecithin

Fungsi:

-Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
-Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
-Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
-Boleh menurunkan kolesterol.
-Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih:

Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati, namun sumber yang paling kaya, paling potensi dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.

8) Kalsium

Fungsi:

-Membina tulang dan gigi yang kuat.
-Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
-Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
-Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
-Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis.
-Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan.
-Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih:

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.

9) Zat Besi

Fungsi:

-Membina sel-sel darah sihat. Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
-Ramai wanita, dianggarkan 90 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
-Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
-Membantu mencegah anemia.
-Penting bagi sistem imun anda.
-la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan.
-Vegetarian, pelangsing badan, ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami kekurangan zat besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih:

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.

10) Zink

Fungsi:

-Perlu bagi memulihkan luka.
-Komponen penting bagi insulin.
-Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
-Amat penting dalam sistem imun.
-Memelihara deria hidu dan rasa.
-Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
-Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
-Memainkan peranan dalam respons stress.

Panduan memilih:

Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

11) Gentian/Fiber

Fungsi:

-Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular dan hernia hiatus.
-Boleh membantu mencegah kanser kolon.
-Boleh mengurangkan paras kolesterol.
-Amat sesuai bagi pelangsing badan.
-Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
-Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis.
-Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar.
-Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

12) Julap / Laksatif Herba

Fungsi:

-Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
-Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli.
-Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. Pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

13) EPA/Omega

Fungsi:

-Boleh menurunkan trigliserida.
-Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
-Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
-Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih:

Carikan keluaran yang berlabelkan “tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

credit
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved