Musuh-musuh utama kesihatan kulit anda adalah seperti berikut:
1 - Tekanan: Tekanan adalah salah satu punca utama penuaan pramatang di kulit anda.
2 - Dehidrasi: Kulit memerlukan banyak air. Jadi dehidrasi menyebabkan kedut dan garis-garis pada kulit anda. Adalah amat baik untuk minum beberapa gelas air setiap hari.
3 - Makanan Berlemak: Bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat cuba untuk mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
4 - Pencemaran: Banyak bahan kimia menyebabkan reaksi rantaian yang berbahaya di dalam kulit. Mengambil makanan yang mengandungi banyak anti-oksidan boleh mengurangkan tindak balas yang berbahaya ini.
5 - Merokok: Terdapat lebih 4000 racun dalam asap rokok. Jadi pendedahan kepada asap ini, orang pertama atau kedua (second hand), menyebabkan penuaan kulit anda.
6 - Pendedahan Matahari: Bukan sahaja UV matahari menyebabkan penuaan kulit, tetapi juga ia boleh menyebabkan beberapa jenis kanser kulit.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment