Tips Untuk Wajah Kasar dan Kusam

Pernah tak bila korang tengok cermin, korang tak kenal orang dalam cermin tu? Macam tula perasaan saya bila pandang cermin dulu. Mak aii...gelapnya orang tu! Kasar dan kusamnya kulit! Padahal orang yg anda perkatakan tu, diri anda sendiri!

Anda tahu tak penyebab kulit kita boleh jadi kasar dan kusam?

Sel-sel mati yang terkumpul di permukaan kulit anda akan berkumpul dan menyebabkan kulit anda kasar. Malah, sel-sel kulit yang mati dan sel-sel kulit yang tidak sihat akan mengakibatkan tekstur kulit tidak sekata dan menyebabkan cahaya tidak dapat disinarkan secara keseluruhan, sekali gus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak, malap dan kusam.

Kekurangan pengambilan protein dalam diet seharian kita banyak menyumbang kepada sel-sel kulit yang tidak sihat. Pengambilan makanan kaya dengan protein secara konsisten akan membantu anda mengembalikan kehalusan dan keserian kulit anda.

Oh! Rupa-rupanya cara nak atasi, just tambah pengambilan protein tiap-tiap hari. Senang je kot. Tapi selalunya saya jenis yg makan ikut sedap hati-mata-mulut je. Sebab tu saya cuba cari produk-produk berasaskan protein, dalam terjumpalah dengan ESP.

kandungan ESP Shaklee
Kandungan dalam ESP.

Tahukah kita, bahawa pengambilan protein dapat memberikan banyak manfaat seperti:

Faedah #1 – Keseimbangan Tubuh Badan

Menurut majalah Amagram, protein dapat membantu mengawal atur tahap bahan tertentu seperti air. Dalam masa yang sama, proten juga membantu membawa masuk, dan membawa keluar bahan-bahan seperti:

■Kalium.
■Elektrolit.
■Kalium.

Faedah #2 – Menyihatkan Kulit dan Rambut

Apabila tubuh badan kita kurang pengambilan protein, maka ia akan menimbulkan kesan pada kulit dan rambut. Seperti kulit berkedut, rambut rosak, atau setiap helaian rambut kelihatan lemah.

Mengikut kajian, 90% daripada tisu rambut dan kulit kita adalah protein. Jadi, ini menjelaskan betapa pentingnya pengambilan protein, bagi menyihatkan kulit dan rambut kita.

Faedah #3 – Meningkatkan Tenaga Bagi Menjalani Kehidupan Harian

Protein merupakan enzim yang bertanggungjawab, bagi menukarkan makanan menjadi tenaga. Oleh itu, jumlah tenaga kita boleh dikatakan bergantung pada pengambilan protein yang diambil dalam kehidupan seharian.

Rupa-rupanya, protein bukan untuk kulit je. Tapi untuk keseluruhan kesihatan badan kita. Bila dah guna ESP, jatuh hati terus. Saya sangat bersyukur sebab bertemu dengan ESP. Kulit dan kurang kasar dan tak kusam lagi! 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved