Namun tahukah anda, kesan dari amalan memakan jeruk ini?
Jeruk mempelam, mangga, kelubi, salak dan sebagainya merangsang deria rasa masam di lidah. Pengilang menggunakan bahan pengawet supaya jeruk tahan lama. Sama ada ia memberi kesan negatif atau tidak, bergantung pada jenis pengawet yg digunakan.
Ketika ini terdapat pengawet gred makanan seperti sodium benzoate, potassium sorbate dan ia kurang mengganggu kesihatan.
Jika anda gemar akan jeruk, beralihlah kepada buah-buahan segar seperti nenas, jambu dan lain-lain, daripada makan makanan yg ditambah garam, cuka atau kicap. Buah-buahan segar lebih berkhasiat daripada jeruk semata-mata.
Makanan masam seperti jeruk ini, sebaiknya dimakan selepas anda makan sesuatu di waktu pagi. Jangan makan ketika perut kosong kerana badan secara semulajadi akan mengeluarkan asid dalam perut.
Jika anda masukkan makanan berasid, asid perut anda akan bertambah. Ia akan merosakkan lapisan dalam perut. Bila ini berlaku, anda boleh mendapat penyakit gastrik. Serangan gastrik akan menyebabkan perut anda selalu berasa sakit dan pedih.
Banyak memakan jeruk juga boleh membawa kepada masalah pedih ulu hati. Jika rasa pedih, kurangkan atau jangan makan jeruk terlalu banyak!
Sumber: Majalah Mingguan Wanita
Anda ada masalah gastrik? Dapatkan ESP Shaklee hari ini!
{ 1 comments... read them below or add one }
https://images.google.iq/url?q=http://truongcaodangyduocsaigon.info.vn//
https://images.google.is/url?q=http://truongcaodangyduocsaigon.info.vn//
https://images.google.it/url?q=http://truongcaodangyduocsaigon.info.vn//
June 28, 2018 at 6:04 PM
Post a Comment