Panduan Meningkatkan Berat Badan


Bagi anda yang kekurangan berat badan, tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku?

Sebab-sebab terjadinya penurunan atau kekurangan berat badan adalah:

• Kurang mengambil makanan berkhasiat
• Gangguan pemakanan seperti Anoreksia dan Bulimia
• Penyakit kronik seperti diabetes
• Gangguan hormon seperti hiper, penyakit Addison atau hipotiroidisme
• Gangguan GI seperti penyakit Crohn dan Celiac
• Kanser, penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru
• Alkoholisme
• Tekanan

Antara cara-cara yang boleh dilakukan dalam usaha meningkatkan berat badan anda:

1) Pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap sepanjang hari

• Mempunyai enam hidangan kecil berbanding tiga hidangan dalam jumlah yang besar
• Makan lebih banyak apabila anda mempunyai selera contohnya pada awal pagi, bagi sesetengah orang
• Jika tidak mempunyai masa untuk makan, gantikan dengan pengambilan susu atau makanan ringan berkhasiat

2) Kira tiap suapan

• Pilih makanan dan minuman yang membekalkan tenaga seperti biskut berkrim dan bukannya biskut kosong

3) Pengambilan makanan yang membekalkan tenaga

• Termasuk makanan yang kaya dengan protein dan tenaga contohnya daging, ayam, ikan, telur, susu, keju, yogurt, kastard, kacang atau kekacang dalam setiap hidangan atau makanan sampingan

4) Mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga.

• Contoh: Mealshakes, bijirin 3-in-1, susu, kacang

5) Minum antara atau selepas makan supaya anda berasa lebih kenyang

• Cuba sediakan beberapa jus buah-buahan, minuman protein yang tinggi seperti susu dan minuman yogurt

6) Menikmati makanan dan makan pelbagai makanan

• Pelbagaikan makanan supaya anda tidak hilang selera makan dan tidak berasa jemu
• Makan bersama keluarga atau rakan-rakan anda supaya waktu makan adalah waktu yang menyeronokkan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved