Diet Untuk Meningkatkan Berat Badan


Diet berprotein tinggi dan membekalkan tenaga akan menghalang anda daripada kehilangan berat badan dan meningkatkan pengambilan nutrient harian.

Berikut adalah beberapa idea untuk memperkayakan makanan sekaligus bagi meningkatkan tenaga dan pengambilan protein:


Nasi dan Bijirin

1) Nasi, Bubur / Bubur Nasi, Mee
Tips: Tambahkan marjerin atau minyak dan sediakan hidangan bergoreng.

2) Bubur Oat dan Bijirin
Tips: Sediakan dengan susu penuh krim, susu sejat, susu pekat atau krim. Madu dan juga gula boleh ditambah jika mahu.

3) Biskut, Roti atau Kraker
Tips: Tambahkan rasa dengan mentega / marjerin, jem, kaya, mentega kacang, keju, krim ataupun coklat.


Daging, Ayam, Ikan, Kekacang

1) Semua jenis daging, ayam, ikan, telur, tauhu dan kekacang
Tips: Goreng atau masak dengan minyak / marjerin. Sediakan kuah atau sos dengan menambah minyak, mentega, marjerin atau susu penuh krim.

2) Susu Penuh Krim, Susu Soya, Yogurt
Tips: Tambah oat atau buah-buahan kering, gula atau madu.

3) Susu Kocak
Tips: Kisar buah-buahan segar dengan ais krim dan/atau susu penuh krim, susu cair atau krim, atau tambahka gula dan madu

4) Keju
Tips: Tambahkan di dalam inti sandwich atau campurkan sedikit ke dalam telur goreng, telur dadar, sos krim atau sup.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved