Showing posts with label Weight Gain Set. Show all posts
Showing posts with label Weight Gain Set. Show all posts

Diet Untuk Meningkatkan Berat Badan


Diet berprotein tinggi dan membekalkan tenaga akan menghalang anda daripada kehilangan berat badan dan meningkatkan pengambilan nutrient harian.

Berikut adalah beberapa idea untuk memperkayakan makanan sekaligus bagi meningkatkan tenaga dan pengambilan protein:


Nasi dan Bijirin

1) Nasi, Bubur / Bubur Nasi, Mee
Tips: Tambahkan marjerin atau minyak dan sediakan hidangan bergoreng.

2) Bubur Oat dan Bijirin
Tips: Sediakan dengan susu penuh krim, susu sejat, susu pekat atau krim. Madu dan juga gula boleh ditambah jika mahu.

3) Biskut, Roti atau Kraker
Tips: Tambahkan rasa dengan mentega / marjerin, jem, kaya, mentega kacang, keju, krim ataupun coklat.


Daging, Ayam, Ikan, Kekacang

1) Semua jenis daging, ayam, ikan, telur, tauhu dan kekacang
Tips: Goreng atau masak dengan minyak / marjerin. Sediakan kuah atau sos dengan menambah minyak, mentega, marjerin atau susu penuh krim.

2) Susu Penuh Krim, Susu Soya, Yogurt
Tips: Tambah oat atau buah-buahan kering, gula atau madu.

3) Susu Kocak
Tips: Kisar buah-buahan segar dengan ais krim dan/atau susu penuh krim, susu cair atau krim, atau tambahka gula dan madu

4) Keju
Tips: Tambahkan di dalam inti sandwich atau campurkan sedikit ke dalam telur goreng, telur dadar, sos krim atau sup.

Panduan Meningkatkan Berat Badan


Bagi anda yang kekurangan berat badan, tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku?

Sebab-sebab terjadinya penurunan atau kekurangan berat badan adalah:

• Kurang mengambil makanan berkhasiat
• Gangguan pemakanan seperti Anoreksia dan Bulimia
• Penyakit kronik seperti diabetes
• Gangguan hormon seperti hiper, penyakit Addison atau hipotiroidisme
• Gangguan GI seperti penyakit Crohn dan Celiac
• Kanser, penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru
• Alkoholisme
• Tekanan

Antara cara-cara yang boleh dilakukan dalam usaha meningkatkan berat badan anda:

1) Pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap sepanjang hari

• Mempunyai enam hidangan kecil berbanding tiga hidangan dalam jumlah yang besar
• Makan lebih banyak apabila anda mempunyai selera contohnya pada awal pagi, bagi sesetengah orang
• Jika tidak mempunyai masa untuk makan, gantikan dengan pengambilan susu atau makanan ringan berkhasiat

2) Kira tiap suapan

• Pilih makanan dan minuman yang membekalkan tenaga seperti biskut berkrim dan bukannya biskut kosong

3) Pengambilan makanan yang membekalkan tenaga

• Termasuk makanan yang kaya dengan protein dan tenaga contohnya daging, ayam, ikan, telur, susu, keju, yogurt, kastard, kacang atau kekacang dalam setiap hidangan atau makanan sampingan

4) Mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga.

• Contoh: Mealshakes, bijirin 3-in-1, susu, kacang

5) Minum antara atau selepas makan supaya anda berasa lebih kenyang

• Cuba sediakan beberapa jus buah-buahan, minuman protein yang tinggi seperti susu dan minuman yogurt

6) Menikmati makanan dan makan pelbagai makanan

• Pelbagaikan makanan supaya anda tidak hilang selera makan dan tidak berasa jemu
• Makan bersama keluarga atau rakan-rakan anda supaya waktu makan adalah waktu yang menyeronokkan

Set Untuk Menambah Berat Badan

Adakah anda menghadapi masalah kurang berat badan? Telah mencuba pelbagai produk dan makanan tambahan, namun hasilnya kurang memberansangkan? Mungkin anda boleh cuba set untuk menambah berat badan ini.


Fungsi:

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Berminat Dapatkan Set ini?

Sila hubungi saya:
Shafini Zain
Shaklee Independent distributor
017-9151121
finiey_zain@yahoo.com
 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved