- Kosongkan payudara
Pastikan bayi menyusu secara efektif. Kosongkan payudara dgn sempurna. Perhatikan juga posisi dan cara bayi melekap. Oleh itu, amat penting untuk kita mengepam payudara selepas atau ketika menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar.
- Kerapkan sesi penyusuan
Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya. Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan utk menyusu sekurang-kurangnya 1/2 jam - 2jam sekali di siang hari dan 3 jam diwaktu malam.
- Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
Sewaktu bercuti,ambillah 2 hingga 3 hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti lain yg boleh menggangu sesi penyusuan efektif.
- Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
Biarkan dia menyusu sehingga puas disebelah payudara kemudian tawarkan sebelah payudara lagi.
- Berehatlah
Minum ketika dahaga. Jangan paksa diri. Minum air yg banyak. Makan makanan yg seimbang.
- Kerapkan mengepam
Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dpt mbantu. Pengepaman sgt penting apabila bayi tidak menyusu dgn efisyen atau kurang menyusu. Matlamat kita mengepam adalah utk mengeluarkan susu dari payudara/meningkatkan kekerapan payudara menjadi kosong.
- Bahan peransang penambah susu
Contohnya ubat-ubatan atau herba utk menambah penghasilan susu. Perlu diingat, ia hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan kita betul. Ia bukanlah jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu.
Ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee? Klik sini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment