Showing posts with label Prosante Shampoo. Show all posts
Showing posts with label Prosante Shampoo. Show all posts

Petua & Rahsia Rambut Sihat Berseri

Ramai yg menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan rambut yg sihat, cantik dan berseri. Namun, tahukah anda, ada petua dan rahsia ringkas untuk merawat rambut sekaligus memberikan kesan yg maksimum!

vitamin shaklee untuk rambut

Antara yg boleh anda praktikkan adalah:

1. Sekiranya anda mempunyai rambut yg rosak & tidak terurus, gunakan perapi dan shampoo secara berasingan. Ini kerana kandungan shampoo yg mempunyai perapi di dalamnya tidak cukup untuk memberikan kelembapan yg diperlukan.

2. Pemakaian perapi yg betul adalah hanya dengan 1 garis perapi diletakkan di tapak tangan dan kemudian sapukan pada helaian rambut secara rata.

3. Untuk memiliki rambut yg kekal cantik dan sihat, pastikan anda bijak memilih atau menggunakan perapi yg sesuai dengan rambut anda.

4. Pilihlah perapi yg mengandungi protein keratin. Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yg hilang akibat dandanan.

5. Jangan mengeringkan rambut dengan menggosok-gosokkan rambut pada tuala. Gosokkan ini akan menjadikan kutikel rambut kasar. Tarik rambut ke belakang, perahkan air yg berlebihan pada rambut dan kemudian balut kepala dengan tuala. Biarkan seberapa lama yg boleh. Kemudian sikat dengan menggunakan sikat bergigi jarang untuk menghurai rambut yg kusut.

6. Rambut kurang menyerap klorin atau air masin jika anda membasahkan rambut dengan air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.

Selain itu, minum air secukupnya akan membuatkan rambut anda lembut dan berkilauan.

Sumber vitamin A, B, C dan zat besi amat baik untuk rambut. Vitamin A akan menjaga kulit rambut, vitamin B & C berfungsi melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen secukupnya untuk rambut.

Protein juga penting untuk pertumbuhan rambut yg lebih cepat dan menjadikan rambut lebih kuat. Pengambilan protein yg cukup dapat mengelakkan hujung rambut dari bercabang!


Anda sedang tercari-cari suplemen untuk rambut atau rangkaian produk penjagaan rambut dari Shaklee?

Hubungi saya untuk konsultasi percuma & tawaran harga istimewa.


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Masalah Rambut Gugur Selesai Dengan Shaklee

Anda mempunyai masalah rambut gugur? Rambut anda semakin menipis dan membotak? Tidak selesa dengan rambut anda sehingga menjejaskan penampilan anda? Anda juga tidak mampu membuat rawatan rambut yg mahal? Anda tidak perlu risau. Kini ada penyelesaiannya. Anda boleh cuba rangkaian penjagaan rambut Shaklee Prosante dan Zinc Complex!


Revitalizing Shampoo

Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


Lightweight Conditioner

Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.

Nourishing Scalp Treatment

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak


Zinc Complex

Sebiji Zinc Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.



                                                  



                                                    Apa kata pengguna-pengguna?



Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Tips Penjagaan Rambut Mudah dan Murah

Rambut ibarat mahkota bagi wanita. Tak kisahla yg bertudung atau tak, penjagaan rambut jangan dianggap remeh ye! Bagi yg berkemampuan, mungkin tak jadi masalah untuk anda jaga rambut anda. Hanya pergi ke pusat2 penjagaan rambut, salon dan sebagainya, setel la masalah anda kan. Tapi macam mana pula bagi yg kurang berkemampuan?

Haa.. Kat sini saya nak kongsi sikit tips yg mudah dan murah untuk anda yg tak berkemampuan untuk keluarkan duit yg banyak semata-mata untuk rambut. Boleh buat dan amalkan kat rumah je!

rambut sihat shaklee

Tips-tips untuk pastikan rambut sihat, cantik dan berkilau adalah:

1. Amalkan gaya hidup yg sihat

Kepada perokok, hentikan tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit jadi kering. Kulit kering jika tidak dirawat akan menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yg terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut.

2. Lakukan olahraga

Olahraga juga berkait rapat dengan kecantikan rambut. Amalkan olahraga secara teratur, makan makanan dengan gizi seimbang dan gunakan teknik istirehat untuk meredakan stress. Cara ini dapat memelihara kesihatan badan dan minda yg juga menyumbang kepada kesihatan rambut.

3. Gunakan pengering rambut dengan pelarasan yg sederhana

Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yg sederhana dan elakkan daripada menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat. Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yg basah dengan tuala terlebih dahulu.

4. Tidur dengan nyenyak setiap malam

Tidur yg nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi kusam.

Kalo sesiapa yg ada masalah insomnia tu, boleh amalkan makan Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vitamin D) ye!

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

insomnia shaklee
Ni rupa Ostematrix tu!


5. Awasi produk penjagaan rambut

Jika anda menggunakan produk penjagaan rambut, pastikan ia tidak mengandungi kandungan alkohol yg tinggi. Juga elakkan menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yg boleh mengakibatkan rambut rosak.

Kalo rambut anda sedang rosak dan gugur dengan banyak, saya cadangkan anda gunakan syampu dari Shaklee ni, Revitalizing Shampoo. Sebab ia diperbuat daripada sumber2 semulajadi dan selamat untuk badan kita.

rambut gugur shaklee


Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


6. Elakkan klorin, pakai pelindung kepala

Sekiranya ingin berenang di kolam renang, pastikan andah basahkan dulu dengan air biasa dan pakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam, anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana air kolam renang mempunyai kandungan klorin yg tinggi dan ianya tak bagus untuk rambut anda.

7. Gunakan sikat rambut yg bersih

Seeloknya bersihkan sikat anda dengan air sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yg diperbuat daripada kayu kerana sikat jenis ni boleh elakkan rambut dari mudah putus.

8. Elak sikat rambut ketika yg basah

Yang ni memang biasa kita buat kan. Seeloknya elakkan dari menyikat rambut ketika masih basah kerana ia akan menyebabkan rambut tak kuat dan senang putus.

Ok. Ni je tips-tips tu. Senang je kan nak amalkan kat rumah. Insyaallah, jika buat secara berterusan, rambut akan sihat, kuat dan cantik macam buat rawatan kat salon! :)


Nak cuba? Hubungi:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121
Email: finiey_zain@yahoo.com


 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved