Panduan Pemakanan Asas Ibu Hamil

Pemakanan yg betul dan seimbang adalah sangat penting kepada ibu-ibu yg hamil. Ini adalah kerana bayi yg dikandung akan mendapat 100% zat dan vitamin yg diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan di dalam rahim daripada ibu-ibu hamil.

pemakanan ibu hamil

Di sini disertakan sedikit panduan pemakanan untuk ibu-ibu hamil. 

Makanan semasa mengandung perlu merangkumi tiga kumpulan utama iaitu Protein, Karbohidrat & Lemak, serta Vitamin & Mineral.

Protein - perlu untuk pembentukan jaringan baru anggota tubuh janin, seperti jaringan otot, kulit, rambut dan kuku; serta untuk persediaan ibu menghadapi saat bersalin dan menyusukan bayi nanti. Protein boleh diperolehi dari daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu dan tempe.

Kalsium - perlu untuk pembentukan tulang dan gigi. Jika janin tidak memperolehi zat ini dari sumber makanan, ia akan memperolehinya dari tulang si ibu. Untuk mengatasi masalah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari, ibu mengandung perlu mendapatkan zat kalsium tambahan daripada susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.

Zat Besi - perlu untuk penambahan darah, supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah terutama ketika bersalin nanti.

Tambahan Vitamin - Vitamin diperlukan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan ibu hamil. Vitamin A terdapat di dalam makanan kuning telur, susu, hati, sayur-sayuran serta buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin B Kompleks terdapat di dalam kekacang. Vitamin C pula banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tambahan Kalori - makanan yang banyak mengandungi karbohidrat, lemak dan gula mempunyai nilai kalori yang tinggi. Biasanya diperolehi daripada makanan utama seperti nasi, mee atau roti.

Walaubagaimanapun, di akhir kehamilan (terutama Trimester 3), makanan ini tidak diperlukan di dalam kuantiti yang banyak kerana nilai zatnya yang rendah. Tambahan pula, makanan yang kaya dengan karbohidrat, lemak dan gula ini hendaklah dikurangkan kerana ianya hanya akan menggemukkan badan ibu mengandung.

Jika anda rasa sukar untuk mendapatkan makanan berkhasiat dari sumber semulajadi, anda boleh mendapatkannya daripada pemakanan tambahan (prenatal vitamin), samada yang dibekalkan oleh pihak hospital, yang dibeli di farmasi, ataupun vitamin semulajadi (elakkan vitamin sintetik!) kegemaran anda.

credit

Ingin mencuba Set Kehamilan Lengkap Shaklee?

Klik sini: Set Kehamilan Shaklee

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved