Cara Atasi Masalah Anemia Ketika Hamil

Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu hamil kurang daripada 11 gm%. Anemia adalah berbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan, namun jangan risau, ada cara untuk atasi masalah ini!

bahaya anemia ketika hamil

Antara punca-punca anemia :

1. kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
2. jangkitan cacing
3. penyakit malaria
4. masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. kerap mengandung (kurang dari 2 tahun), kehamilan kembar, kerap keguguran

Tanda-tanda anemia :

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu hamil :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan:

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.

Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan:

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5.  Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7.  Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8.  Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang


Vitalea (Multivitamin), B-Complex dan Vitamin C Shaklee amat membantu dalam meningkatkan paras hemoglobin atau HB ibu-ibu hamil.


Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu ibu hamil yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

B-Complex
Komponen B-Complex seperti Asid Folik dan Vitamin B12 penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

Vitamin C
Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.


Apa kata pengguna?

testimonial anemia shaklee

testimonial anemia shaklee 2

testimonial anemia shaklee 3

testimonial anemia shaklee 4


Untuk Info dan Order:

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved