Petang 4 Jun 2014, suami saya melakukan rutin hariannya iaitu bermain bola sepak. Bila balik dari bermain bola, beliau mengadu yg bahagian muka kirinya disiku dengan agak kuat ketika bermain. Saya tidak begitu risau kerana menyangka ia adalah perkara yg biasa berlaku ketika bermain bola.
Keesokan harinya, 5 Jun 2014, suami memberitahu yg telinga nya sakit, malah lidahnya kebas dan kurang rasa ketika makan. Saya masih bersangka baik. Mungkin kerana disiku semalam. Nanti baiklah tu.
Dan pada 6 Jun 2014, suami mengatakan yg sebelah muka kirinya terasa membengkak, perit dan pedih. Malah matanya rasa kering serta kerap mengeluarkan air mata. Hati dah rasa kurang sedap. Mesti ada sesuatu yg tak kena kerana sakit yg berturutan bermula dari telinga, lidah, mata!
Malam tu dah tak boleh tidur. Google sana, google sini. Sampai la terjumpa simptom-simptom yg sama dengan suami saya. Bell's Palsy!
Ahadnya, kami baru tergerak hati untuk ke klinik. Dan doktor di klinik tu mengesyorkan untuk pergi ke klinik kesihatan keesokan harinya. Beliau hanya memberi Paracetamol dan ubat kurang bengkak je! Tapi suami tak makan pun ubat tu. Saya bagi vitamin-vitamin Shaklee. Nanti saya akan kongsi vitamin-vitamin yg saya bagi next entry ye!
Hari Isnin, 9 Jun 2014, kami ke Klinik Kesihatan Jenjarom. Doktor mengesahkan yg suami diserang penyakit Bell's Palsy tahap sederhana, yg mana keseluruhan sisi kiri terjejas!
Menurut doktor tersebut, penyakit Bell's Palsy ini terdiri dari tahap ringan, sederhana dan berat. Kalau ringan, penyakit ini hanya menyerang sama ada mata atau mulut atau hidung je. Manakala sederhana, ia menyerang seluruh sisi muka, tetapi masih ada sedikit pergerakan. Tahap berat, seluruh sisi muka dah tak dapat bergerak!
Doktor menyatakan yg ia mungkin mengambil masa berbulan hingga tahun untuk pulih sepenuhnya. Ubat yg berasaskan steroid selalunya akan diberi untuk pesakit Bell's Palsy dan negatifnya, ia dapat menaikkan berat badan! Malah ada beberapa lagi side effect yg tak berapa elok bila ambil ubat ini.
Kena pakai eye patch bila nak tidur. |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment