Cara Mudah & Pantas Beli Produk Shaklee Secara Online

Anda seorang pengguna tegar produk Shaklee? Tahukah anda, produk-produk Shaklee kini boleh dibeli secara online melalui website Shaklee. Anda boleh gunakan kad debit atau kredit anda apabila anda melakukan pembelian secara online ini.

Malah, anda dapat mengumpul mata (point) apabila melakukan belian melalui Shaklee. Sekiranya, mata terkumpul anda adalah 150 UV (lebih kurang RM450 belian), anda layak menerima cash bonus / cash rebate! Menarik kan?

Wah! Makin mudahlah nak beli produk Shaklee sekarang ni kan. Tapi awas! Ada syarat-syarat yg perlu anda ikuti. Syaratnya anda perlu mempunyai ID Shaklee yang sah terlebih dahulu. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Setelah ID anda telah diaktifkan, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membeli secara online di website Shaklee. Senang je caranya.

Langkah 1:

Login ke website rasmi Shaklee iaitu www.shaklee2u.com.my 


Langkah 2:

Masukkan ID anda beserta kata laluan (password) anda.

Langkah 3:

Klik pada tab Membeli-Belah (Shopping).

Langkah 4:

Klik Setuju (agree). Pastikan anda baca perjanjian pesanan terlebih dahulu ye!

Langkah 5:

Masuk dan sahkan alamat untuk penghantaran produk.

Langkah 6:

Klik pada produk yg anda ingin beli dan tambah ke Troli Belanja (shopping cart) anda.

Langkah 7:

Sahkan nama produk, kuantiti dan jumlah.

Langkah 8:

Sekiranya ingin menambahkan produk yg lain, klik Teruskan Pesanan (continue to order).

Sekiranya anda telah selesai membeli-belah, klik Hantar (submit).

Anda akan dikenakan caj kargo (freight charge) RM10 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk penghantaran ke Sabah Sarawak, sekiranya belian anda kurang dari RM800.

Caj pengendalian tidak akan dikenakan jika pesanan anda terdiri daripada Vivix.

Langkah 9:

Tanda (tick) pada kaedah bayaran yg anda inginkan.

Sekiranya ini adalah pembelian pertama anda, tanda pada kad kredit dalam talian (online kredit card / debit card).

Kemudian, sahkan cara pembayaran.


Langkah 10:

Masukkan maklumat kad kredit atau kad debit yg anda ingin gunakan.

Sahkan maklumat yang telah anda masukkan. Jangan risau, segala maklumat anda adalah selamat dan dilindungi oleh Shaklee (secure online payment / shopping).


Langkah 11:

Sahkan atau ubah pesanan anda.

Langkah 12:

Masukkan kata laluan yg dihantar oleh pihak bank terbabit.

Langkah 13:

Tahniah! Pesanan anda telah berjaya.

Cetak invoice dan simpan sebagai bukti pesanan.

Malah anda juga boleh semak invoice di Pertanyaan Sejarah Pesanan (Historical Order) pada tab Membeli-Belah (shopping tab).


Makluman pesanan anda juga akan dihantar di telefon bimbit anda oleh Shaklee.

Mengikut perjanjian, anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:

- Daerah tempatan dan kota raya – 4-5 hari bekerja dari masa pesanan
- Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawk – 7-10 hari bekerja dari masa pesanan

* Hanya anggaran sahaja, tapi mengikut pengalaman saya, selalunya lebih cepat dari masa yg dijanjikan ini.

Ada pertanyaan lanjut? Hubungi saya untuk konsultasi percuma!

Shafini Zain
Shaklee Independent Distributor [ID: 881194]
SMS/Whatsapp: 017- 915 1121

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved