10 Mitos dan Fakta Kesuburan


Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita

Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah


Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.

Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.


Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.


Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.

Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.

Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an

Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35 iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.

Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.

Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

credit
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Sihat Cergas Cantik All Rights Reserved